It's You!

Wednesday, October 27, 2010

Kesedaran Sivik

Salam,

Letih buat keje tadi take a break jap. Nampak paper Metro tapi semalam punyala..takdehal..aku baca je. Tertarik ngan berita pasal pemandu teksi mati sebab kena batu yang dibaling dari umah flat di Pulau Pinang. Lepas tu baca lagi pasal besi jatuh n terkena cermin depan sebuah kereta di tempat yang sama. Baca lagi, diorang kata kejadian seumpamanya telah sering berlaku sejak 12 tahun lepas. Kesimpulannya?

Adakah salah majlis bandaran kalau penduduk buang sampah dan pelbagai lagi benda begitu? Tentulah tak masuk akal. Mestilah salah orang yang duduk di situ. Alasannya tiada tempat pembuangan sampah di setiap tingkat. Itu bukan alasan konkrit. Masalah sekarang ialah tiadanya kesedaran sivik di kalangan penduduk tentang bahayanya membuang sampah/benda dari tingkap/tingkat tinggi.

Agaknya kalau dah kena batang hidung sendiri, baru diorang nak berubah. N by the way, untuk orang yang baling batu sampai pemandu teksi tu mati tu tak rasa bersalah ke? Itu nak kira bunuh orang ke macamana? Mmmmm...

Note : Semalam Danish n Danial kena marah ngan mama monster sebab asyik tengok kartun je n tak baca buku. Minggu ni diorang dah exam. Geram pulak tengok diorang wat latihan sambil mengadap tv je. Last2 mama monster perintahkan tv ditutup dan dua2 tido awal. (Tapi dalam marah2 kat mama dia, Danial tetap amikkan air & ubat..sweet little naughty boy..merekalah racun..merekalah penawar)

10 comments:

  1. susah la orang macam tu... suh diorang g sekolah belajar sivik jom :D

    ReplyDelete
  2. Dni ~ Biasanya org macam ni takmo ngaku kesalahan diorang..kira dia je betul

    ReplyDelete
  3. uish buang sampah merata2...tak kira di mana2..bahaya jugak..spt kulit pisang ke...mmg takde kesedaran tu...dah tau umah tgi2 gitu..kena rajin lebih la angkat sampah turun ke bawah tmpt buangan...

    sweet danial..harap danish sy mcm danial..

    ReplyDelete
  4. asha ~ itulapasal..kenalah rajin buang sampah...insya allah danish asha pun begitu ^_^

    ReplyDelete
  5. duduk rumah flat mmg cengginilah keadaanya..mentaliti tak leh dibuang..mcm org tak pernah sekolah lagaknye..

    adoiiiyaiii!
    cuma kesian, org tak bersalah yg menjadi mangsa..

    ReplyDelete
  6. makdara ~ kalau tak melibatkan org awam yg lain kita pun tak peduli, tapi ni sampai org dan harta benda musnah apakah itu? huhu

    ReplyDelete
  7. Kesian pemandu taxi tu. Hmmm, wander siapa lah orang yang tak ada otak tu?.

    ReplyDelete
  8. SJB ~ Entahla Sue..tak rasa bersalah agaknya orang tu

    ReplyDelete
  9. huyoo..nasib baik x campak peti ais je..mmg naya la..ade kes campak bayi dari apartment ke sungai lagi hebat kak..nak buang care paling laju kot

    ReplyDelete
  10. hentakbelipat ~ orang yg buang bayi dari apartment tu hukumannya kita campak dia pulak dari apartment..boleh tak? ngeee

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...