It's You!

Thursday, September 27, 2012

Tak sihat, Boboiboy & Breastfeed

Salam Khamis,

Apa khabar blogger semua? Harap2 sihat la kan...Hari ni saya letih sikit. Semalam banyak kali terjaga sebab Yani dan Yana masih batuk-batuk lagi so bila tidur kerap terjaga. Pandai pulak diorang susun waktu bagi terjaga satu-satu tapi yang letihnya mama la. Mula-mula Yani terjaga batuk-batuk..pastu dia tak boleh tidur so mama gosok-gosok tangan dia n bagi susu. Lepas tu bila Yani dah tidur, Yana pulak terbangun nangis-nangis sebab batuk tak lepas. Mama bubuh vicks dan gosok-gosok belakang dia, dia tidur.

Diorang terjaga dan bangun setiap 1.5 jam malam tadi so mata mama ni pun dah mengantuk tahap melampau walaupun baru jam 11 pagi.Pagi tadi Yani bangun awal..mungkin dia dah tak boleh tidur sama. Mak tolong cucikan muka lepas tu mama bagi dia susu dulu sebelum mama mandi. Lepas minum susu, mama bukakan tv Channel 615 tengok Upin Ipin dan Boboiboy.

Yani dan Yana suka sangat Upin Ipin dan Boboiboy. Kalau hari Sabtu dan Ahad, diorang mandi awal dan duduk tunggu kartun tu dari jam 9pagi. Waktu tu, bolehla mama buat kerja rumah sikit. Kadang-kadang, mama ngan abah p market pun diorang takmo ikut sebab kusyuk layan kartun.Sebenarnya, mama pun suka dengan dua kartun ni sebab perbualannya santai dan kelakar dan sungguh "catchy". Kalau tak, macamanala Yani boleh ikut Upin dan Ipin cakap "wahhhhh" kalau nampak benda yang menarik/cantik/menkjubkan pada mata dia.

Sekarang ni, Yani dah semakin pandai bercakap. Perkembangan terbaru dia dah boleh sambung dua perkataan jadi ayat pendek. Selalu bila mama balik kerja, dia da tunggu dekat depan pintu. Bila nampak mama je, dia panggil ..."mama...meh...acuk" (mama, mari masuk) ... "Meh...duduk.."


Kalau waktu makan ubat pulak, Yani dah pandai suruh kita bagi adik dia dulu..Dia bukan kata "Adik dulu..." tapi "Adik pulak.." lawak je bunyinya tapi rasa seronok dengar dia belajar bercakap. Yana masih lagi belajar menyebut perkataan-perkataan mudah. Yana lambat sikit bercakap tapi dia cepat dalam perbuatan. Dan yang penting, dua-dua sudah faham kalau kita minta buat/ambil sesuatu. Paling rajin, diorang suka ambil bantal untuk mama setiap kali nak menyusu badan. Jangan tak tau..mereka berdua masih menyusu badan walau sudah menginjak 1tahun 8bulan dan menyusu mesti nak serentak... ^_^



Gelagat dua anak daraku









7 comments:

  1. kak ida gunalah minyak batooka yg riena juai kat pantry tu. sapu kat tapak kaki bila tido mlm. insyallah,cpt baik.

    ReplyDelete
  2. batooka, bukan betoi ka. hahahaha

    ReplyDelete
  3. macam mana dah ur kids? alhamdulillah... mine dah ok. siap ajak berjalan2 lagi.

    ReplyDelete
  4. Si adik dah ok dah..demam nak bercakap kot..mencengcong je dia..si kakak muntah2 n cerry berry plak la Sal...huhu

    ReplyDelete
  5. besar dah si twin..

    gigih cari entry2 lama nak tgk twins....comeyyyyyyyyyyy sgt mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks asha...nanti saya bubuh gambar terbaru diorg...hehe

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...