It's You!

Thursday, July 3, 2014

Bazar Ramadhan

Salam,

Sudah lima hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tak terasa sudah nak dekat seminggu kita berpuasa. Di kawasan perumahan saya, ada satu bazar Ramadhan. Saya dah dua kali mengunjunginya. Ramai yang berniaga, ada yang baru nak mula berniaga, ada juga yang sudah lama berniaga atau di bulan-bulan lain juga mereka berniaga.

Kawan saya kata, dia hanya akan pergi ke gerai yang dah tau kesedapan makanannya. Kalau nampak periuk belanga dan bekas makanannya tu berkilat semacam baru tu, dia tak pergi. Hahaha...lawak pulak saya dengar tapi itulah hakikatnya. Ada yang berniaga sekadar peniaga Ramadhan je. Kalau makanannya sedap, alhamdulillah tapi takut juga bila ada peniaga yang suka recycle bahan jualan. Oh..yang ni saya takut...bukan takut apa...takut keracunan makanan. Tapi saya pasti tak ramai yang begitu dan ramai yang betul-betul menjadi peniaga yang berhemah.

Makanan apa yang korang suka beli di bazar Ramadhan? Saya suka cari karipap. Hahaha...paling penting karipap sardin. Lain-lain, saya tak minat sangat. Kalau berhenti di gerai jualan, mesti tanya dulu, "karipap ni inti apa?". Kalau dia kata keledek, saya tak ambil..kalau ubi, saya ambil, kalau sardin, saya skeptikal sikit sebab selalu dapat karipap sardin yang bawang besarnya lebih banyak dari sardin. Huhuhu...Nak buat sendiri tu boleh, tapi kena tunggu hari minggu. Nak buat banyak pastu sejuk bekukan. Kalau rajin..hehehe...

Mr. Google

Apa yang korang cari di bazar Ramadhan?


Nota kaki : Semalam teringin murtabak rendang. Beli sekeping, makan ramai-ramai. Sedap juga. Boleh beli lagi lain kali.


8 comments:

  1. Akak suka beli tepung pelita kniedaz tu pun beli pada penjual yg selalu beli.. sebab dah tahu sedapkan :)

    ReplyDelete
  2. Aku blom pegi bazaar ramadhan lagi setakat ini...biasanya aku cari murtabak dan mee goreng...

    ReplyDelete
  3. Semalam pertama kali dalam bulan Ramadhan ni aku pergi bazar belakang ofis. Pertama kali juga aku rasa betapa benci nya pergi bazar. End up aku tawaf aje bazar tu. Singgah di gerai paling depan, rembat 2 bungkus air kelapa dan balik.

    ReplyDelete
  4. Kakak suka kuih tradisi. Masa inilah macam-macam kuih tradisi boleh dicari
    Karipap sardin kakak pun suka juga:)

    ReplyDelete
  5. baru sekali ke bazar itupun masa kat kg...sy suka cari kuih muih dgn murtabak..

    ReplyDelete
  6. Oh, kita serupa..karipap sardin sentiasa faveret. Tak tau kenapa time bulan posa, memang karipap sardin yang dicari. Che Mid suka yang bentuk panjang ...

    ReplyDelete
  7. samalah kita ida. peminat karipap sadin. satu lagi murtabak dan popiah basah, tak tinggal. tapi mcm kawan ida katalah, kak pergi gerai yg sama. nak cuba gerai baru, tengok orangnya dulu..hahaha..

    ReplyDelete
  8. Dah nak masuk seminggu, saya belum bertandang lagi ke bazar Ramadhan. Hari ni Hubbydearie ajak gi nun jauh di Putrajaya, saya kata boleh gak kalau nak berbuka dalam kereta :) Saya belum ada mood nak cari apa-apa di bazar Ramadhan lagi. Kalau boleh, tahun ni memang malas nak gi.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...