It's You!

Wednesday, July 16, 2014

Deko lagi

Salam,

Pejam celik pejam celik..dah dua minggu lebih kita berpuasa. Sat je rasanya. Alhamdulillah...cuaca di Penang sekarang tidak la terlalu panas so nyaman sedikit berpuasa. Walaupun nyaman..ada gak panasnya cuma jangan hangat hati macan Cik akak CDM25 tu..huhu..hilang kesantunan dah tu.

Deko raya library dah nak siap. Untuk sudut Sampaikan Dariku Untukmu dah pun siap. Lebih kurang yang dulu juga cuma ditambah baik untuk lebih menarik. Maklumlah...bajet pun xde so kenalah kreatif dan inovatif.

Lagu raya pun dah mula dipasang di dalam library. Rasanya...adik-adik ni semua dah tak sabar nak balik kampung. Berbuka puasa bersama keluarga. Waktu saya ke bangunan Laman Perdana (bangunan pentadbiran) minggu lepas pun dah nampak depa jual tiket bas untuk balik kampung.

Persiapan raya korang macamana? Saya alakadar je...lebihnya untuk anak-anak sebab mereka yang lebih excited kan? Yang penting...raya kena balik kampung. Tak kisahla awal atau lewat sikit. Janji balik...mak pun faham anak-anak dia ni dah berkeluarga so kenalah bergilir-gilir.

Okla...nanti kita sembang lagi. Nak sambung wat dekorasi raya.

11 comments:

  1. wah..dah suasana raya kat UITM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah shaiful...lagu raya pun dah dok pasang...raya mana tahun ni?

      Delete
  2. Rasa macam nak gantung ketupat la dalam klinik...hahaha

    ReplyDelete
  3. persiapan kami ala kadar shj..tak berapa nak mood raya sebab suami kena kerja raya 1st & kedua.. hehe.. cantik nya dekorasi raya tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai..mesti kurg syok kalau kena kerja time raya

      Delete
  4. cantiknye wording tu...font apa yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya check balik..font apa hehe

      Delete
  5. samalah dgn kami pun, serba sederhana je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. He he...janji beraya ngan yg tersayang

      Delete
  6. Lagu raya macam lambat je berkumandang di radio tahun ni. Orang dah excited nak balik kampung beraya dah ni :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...