It's You!

Monday, May 13, 2013

Penternak

Salam,

Kan saya ada cerita nak tolong Mr Hubby siapkan reban ayam minggu lepas. Sebenarnya idea nak membela ayam tu tercetus apabila kami berbincang-bincang untuk mengusahakan sedikit tanah di seberang jalan rumah tu. Kami beruntung sebab rumah kami tidak mengadap rumah lain. Untungnya sebab adalah tanah untuk bercucuk tanam, kurang untung sebab bilangan jiran jadi kurang la sikit.

Sebelum ni, Pak Teh sebelah rumah (bapa saudara Mr Hubby) sudah mula menanam pokok kelapa, nangka, cempedak, pisang, jambu air dan mempelam. Selain itu, ada juga pokok pandan dan serai. Dulu kami tanam pokok cili dan kacang botol tapi oleh kerana tanah di situ jenis berbatu (mungkin kontraktor dulu dok buang batu-batu dan sisa pembinaan di situ) so tanaman seperti itu mudah mati. Tapi alhamdulillah, dah dapat juga merasa hasilnya.

BIL dan Mr Hubby plan nak membela ayam so mereka berdua la yang beli barang untuk buat reban ayam. Reban mereka tu reban upgrade sikit, diorang kata ini adalah satu lagi projek mega Barisan Nasional. Ntah apa-apa ntah.

Atap tu sebenarnya awning anjung rumah yang tak digunakan lagi.

Dah siap, dah ada 30 ekor anak ayam di dalamnya. Insya Allah selepas 3-4 bulan, kami dapat lah makan ayam sendiri. Lepas ni nak cuba tanam cili, tomato dan bendi pulak. Mungkin kena beli tanah hitam untuk topup tanah yang keras tu. Harap-harap menjadilah hendaknya. Hehehe

18 comments:

  1. wah canggih. ahaks

    kueh

    ReplyDelete
  2. wah! bagus ni dapat merasa ayam yg kita ternak sndiri..
    lagi OK sbb skrg takut lah suntikan2 ayam yg di jual di pasaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Atie...ini percubaan lagi..harap2 berjaya hehe

      Delete
  3. bila ayam tu dah beso kena lepaskan kat bawah la ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitulah gamaknya so dia boleh jalan-jalan...tapi rasanya jalan2 dalam reban je kot..

      Delete
  4. Rajinnya!! Bagus..
    Saya mmg failed lah bab2 nak suruh bela ayam itik ni...hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebenarnya fail juga..takut lupa bagi makan..saya tukang peringat diorang suruh bagi makan, minum dan cuci reban hehehe

      Delete
  5. kniedaz, mak nani kat kampung pun ada bela ayam.. tapi bila ayam dah cukup umur dah boleh sembeleh atau jual.. abis kena curi ngan mat pet.. kesian abah hari2 bagi makan.. nanti kena soh abah wat reban ayam camni, baru ada chance nak makan ayam and jual hasilnya,. kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tu yang geram tu..penat2 bela orang lain pulak kutip hasil ya Nani...mmm

      Delete
  6. samalah kita. kami pun ada "zoo" di belakang rumah...heee

    ReplyDelete
  7. bestnya kak..saya tingin sangat nak duk umah atas tanah sndiri.. pastu boleh berkebun, cucuk tanam.. maybe one day kalau d beri keizinan..heheh

    *tambahkan sikit duit tabung akk... =)

    ReplyDelete
  8. Bestnya ade reban ayam sendiri..cuma nanti berbau sikitlah kan kalau ditiup angin..good luck bertanam..:)

    ReplyDelete
  9. Wah raya ni nampaknya makan ayam bela sendirilah Kniedaz.....

    ReplyDelete
  10. kat depan rumah saya ni pun ada orang bela ayam. ayam hutan lagi. merasa la jugak dgr ayam berkokok mcm kat kampung.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...