It's You!

Wednesday, September 3, 2014

Sepi

Salam,

Lama sungguh tinggalkan blog. Bila sibuk dengan tugasan, tak sempat nak buka dan melawat rakan-rakan blogger. Nak menaip entri pun jadi malas padahal ada je cerita nak kongsi dengan diari online ni...hehehe.

Terima kasih kawan-kawan yang bertanya khabar. Saya sihat, alhamdulillah. Bulan Ogos dan September adalah bulan sibuk buat saya. Program Galakan Membaca Perpustakaan UiTM Pulau Pinang sedang berlangsung. Pelbagai persiapan perlu dibuat sampai tak menang tangan. Alhamdulillah banyak tangan yang membantu untuk menjayakan program tahun ini. Nanti saya kongsikan gambar-gambar sepanjang program berlangsung. Program ni bermula 2 September 2014 hingga 30 September 2014 tapi ada aktiviti yang akan berjalan sampai 11 September je dan ada yang akan dijalankan pada Hari Kemuncak pada 18 September 2014.

Student sekarang ni sedang sibuk menjalani ujian sebelum peperiksaan bermula akhir bulan September 2014 so kami terpaksa buat promosi yang lebih giat untuk menarik mereka datang ke perpustakaan. Bila ramai, barulah terasa gempak program yang kami jalankan. Semuanya perlukan sokongna pelajar, kalau tak...buat program macam syok sendiri la pulak.

Okla...berhenti di sini dulu coretan saya. Nanti saya update lagi (kalau tak malas)


4 comments:

  1. Selamat Bertugas...:-)
    Bagus Program Galakan Membaca...
    Akak sendiri pun kurang membaca...ni nak start balik, one day a book...hehhhe...
    Nak aktifkan membaca 5 orang anak-anak akak juga...
    Take care...n TQ for sharing...:-)

    ReplyDelete
  2. iyalah....lama tak tatap dan update tentang tentang si kembar tu..
    rindu

    ReplyDelete
  3. Sama la. Kalau dh malasmg susah. Lama x sggh sini sbb malas nk on blog. Hehe...

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang bila sibuk sangat tu yang jadi tak menyempat nak update blog lepas tu memang malas bertandanglah. Kalau dah malas tu, tau-tau ajelah memang lambat nak recover :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...