It's You!

Wednesday, December 26, 2012

Kisahnya...

Salam,

Hari ni sebenarnya saya mula bertugas jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Maklumlah student diploma sedang bercuti seminggu. Student degree ada study week so bilangan student yang masuk ke library sangatlah sedikit, maka library hanya dibuka sehingga jam 6.30 petang sahaja.

Pagi tadi keluar rumah dengan Mr Hubby jam 8 lebih. Kena menyorok-nyorok keluar sebab Yani dah bangun. Asyik panggil "mama mana? nak mama...nak mama" Alahai....nak je pi dekat buaian dan ambil dia tapi kalau buat begitu mesti dia nangis kaw-kaw nanti bila nampak kami keluar naik kereta. Sudahnya, Mr Hubby suruh saya menyorok dalam kereta siap-siap sementara mak saya dukung Yani tengok Tok Ibu dia menyapu daun kering di kebun kecil seberang  rumah kami. Nasib baik dia tak nampak saya.

Sampai di Permatang Pauh lebih kurang jam 8.45 pagi terus singgah ke sekolah Danish dan Danial membeli buku-buku tulis dan buku-buku kerja mereka. Beli juga sorang sepasang baju sukan dan lain-lain benda kecil. Ok...settle sudah buku-buku diorang. Tadi singgah di Kedai Buku di dalam UiTM beli pembalut buku untuk tugas-tugas membalut buku. Minggu ni juga nak siapkan iron baju-baju sekolah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk bercuti..last minute punya cuti.

Actually ada kenduri kahwin sepupu saya. Alang-alang dah berjalan, ingat nak bawa anak-anak berjalan. Sambil tu, boleh melawat adik, adik ipar dan saudara-mara di sana.

Ni pulak cerita Jumaat lepas. Alkisahnya, Danish dan Danial tak pernah lagi ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak. Kerana kesiankan anak-anak yang tengah kemaruk main bola (pagi dan petang) Mr Hubby membawa mereka menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pulau Pinang vs Kelantan di Stadium Bandaraya Penang. Seronoknya diorang...siap call mama di rumah bagitau nampak Apek. Hehehe...Danial siap cakap kat abah dia "Danial heran la...kalau tengok bola kat rumah mesti Danial tido tapi tengok kat sini boleh pulak tengok sampai habis.." Koh koh...dah tu? Takkan nak tido time orang jerit-jerit tu? Danial...Danial....




Nampakla Apek di sinun kot..hahaha




5 comments:

  1. baru perasan, danish n danial pon kembar jugak eh?wahhh,seronoknya ada 2 pasang kembar..mcm dah complete je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Ms.Su..Danish n Danial bukan kembar tapi semua orang cakap diorang kembar...agaknya berkat doa org ramai kata saya ada anak kembar, maka dapatlah the real kembar si Yani n Yana tu..hehehe..

      Delete
  2. bercuti di saat nak buka sekolah, cam kak le jugak. lengang sikit...

    ReplyDelete
  3. semoga team bola Penang kembali gah macam waktu lewat 90an dulu, boleh la selalu tgk bola kat stadium..:)

    ReplyDelete
  4. wak pon dh lama X tengok bola.. UUhhuu

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...