It's You!

Monday, October 15, 2012

Macam Apek...Jalan Tutup Matakah?


Salam Isnin,

Tengah buat kerja ke tu? Sambil-sambil bekerja tu boleh la kot jenguk-jenguk baca entry bloggers di alam maya ni kan. Letih juga mata mencerun dok tengok buku-buku dan invoices ni.

Tiba-tiba teringat cerita Ali Baba Bujang Lapok pulak. Lepas tu ingat pulak kat apek yang jadi tukang jahit yang jahit badan Kassim Baba tu. Seronok kan cerita tu. Walaupun ulang-ulang banyak kali tapi tetap nak tengok jugak. Tak lapuk dek hujan tak telan dek zaman, very entertaining gitu.


Nak jadi mat spek la pulak dia

Sebenarnya nak cerita sikit pasal abang Danish saya. Sejak dua menjak ni dia suka tonyoh mata dia. Gosok tak mau-mau. Selalu juga kena marah sebab bila dia gosok mata tu sampai merah menyala mata. Lepas tu keliling mata sampai jadi kering. Memang la dia ada eczema tapi nampak teruk bebenor la pulak. So, aritu kami sekeluarga di klinik.

Bila masuk bilik doktor je doktor dah tanya, ada masalah penglihatan tak? Sebab doktor perasan dia suka sepet-sepetkan mata bila nak adjust cahaya. Doktor nasihatkan kami pi check power mata dia sebab takut kalau dia selalu paksa mata dia tengok benda sampai sepet2 mata tu, mata akan cepat rabun. Danish pun kan suka tengok tv dekat2 dan main games dan berfacebook selalu tu yang jadi camtu. Balik klinik kami singgah kedai cermin mata dan check mata dia. Memang sah dia dah nak rabun cuma power masih rendah so kami tak buat lagi cermin mata kat dia. Tak lama lagi memang kena buat dah. Jadilah dia si mamat bermata empat macam mama dan abah. Sian dia...nanti tak bolehlah nak main bole sepak..huhu...

Dia punya takut nak check mata. Banyak betul tanya...dia ingat nak check mata tu kena cucuk mata ngan jarum kot...huhu...bila time nak check banyak betul tanyanya. Masa letak muka kat mesin tu siap gelak-gelak pulak sampai gegirl tu cakap "adik..duduk diam2...jangan ketawa" .

Bila dah selesai je dia senyum lebar sebab bukan kena cucuk ke apa. Yang tak tahan tu tanya pulak kat saya, "Mama...kenapa dalam mesin tu ada gambar rumah..kenapa tak gambar lain?" Ish..ish..tak yah la tanya soalan camtu...mama pun tak tau Danish ooiiiii...

Lama dah saya dapat satu petua dan doa yang dihantar oleh kawan-kawan pejabat...mentang-mentang saya ni rabun, hahaha...aritu ada beli baby carrot untuk buat petua ni. Sampai rumah simpan la dalam peti ais. Esoknya ingat nak buat la sekali tengok baby carrots dah selamat jadi sup sayur, MIL punya penangan....hahaha...makan sup baby carrots pun aci kot..hehe..

So, saya share kat sini..mana tau ada kawan2 di luar sana yang ingin mencuba. Insya Allah berhasil. Saya pun nak cuba juga. Harap2 tak jadi sayur campur pulak baby carrots saya lepas ni..  ^_^


2 comments:

  1. kesian kan kalo kids kecil2 dah kena pakai spek...
    bagus petua tu...
    leh try ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...tapi nak buat macamana dah keturunan rabun huhuhu..

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...