It's You!

Thursday, November 8, 2012

Angan Dietku Musnah

Salam Pagi,

Dah breakfastkah korang rakan-rakan bloggerku sekalian? Saya sudah...sebungkus bihun goreng dan secawan Nescafe 3 in 1 Mild. Walaupun mild, tapi kepala dah rasa sakit pulak. Milo Fuze kat pantry dah habis, yang tinggal Nescafe je so nak tak nak minum tu je la.

Lepas tu ada 2 kotak susu coklat Dutch Lady si Danial semalam yang dia tak mau sebab kotaknya kemek. Salah dia juga...pi bubuh susu kotak tu dalam timbunan buku teks yang baru dapat semalam. So, hari ni mama boleh minum susu Dutch Lady Coklat ni..hehehe.

Pagi ni kita cerita pasal diet ok tak? Semalam jalan-jalan kat blog MyRillys ni. Dia cerita pasal diet mengikut jenis darah, maksudnya kalau kamu darah A contohnya diet macamana yang sesuai. Saya pun klik kat pautan yang Sis Rillys bagi. Saya copy paste kat bawah ni ya... Yang ni untuk darah jenis A...sayalah tu.


Diet Untuk Golongan Darah 'A'
Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
  • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
  • Cukup beristirehat
Oh...my favourite

Yang ni pun



Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Tapi...tapi..tapi...

Semua makanan yang sepatutnya Darah A tak boleh makan banyak adalah kegemaran saya. Saya adalah penggemar daging tegar. Daging lembu, kambing adalah kegemaran saya hokay. Pastu saya sangat sukakan susu. Kalau dapat sekotak susu 1 liter tu, sekejap je habis kat saya.

Kalau macam ni, punahlah harapan saya nak berdiet. Huhuhu...Kalau macam ni gayanya, saya kena eksesais lebih sikit la...aci tak?

Try la check korang punya jenis darah dan diet yang sesuai. Boleh gi kat sini.

Nota kaki : Tak suka minum air masak walaupun tau kebaikannya. Macamana tu?

7 comments:

  1. assalamualaikum..
    banyak bekfes.. :P susu kotak.. sedap nya..
    saya tak minum susu lagi hari ni.. :D tapi minum tehOais.. :P kuih keria 1 biji.. bun chicken frost 1 biji.. hmmm alhamdullillah.. kenyang.. :)

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, antara tips mudah nak diet, supaya sentiasa rasa kenyang/full, ialah banyakkan minum air kosong. Sebelum makan, minum at least 250-500ml air kosong..Air tiada kalori..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Doktor...saya tau fakta tu tapi saya memang liat nak minum air masak. Selalu hairan macamana orang yang selalu bawa botol air besar tu habiskan air dalam satu hari sedangkan saya segelas pun belum tentu habis...

      Delete
  3. hari ni bekfes dgn nasi putih ayam black pepper.. air kosong je.. dh tengahari ni, lapar balik dah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah breakfast macam mkn tengahari pulak dah hehehe

      Delete
  4. I lak, asyik baca je lah pasal diet and tips....
    teori kira ok lah...
    praktikal memang ke laut hehehehehe...
    camna lak tu?

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...