It's You!

Thursday, February 14, 2013

Telur Siapakah Itu?

Salam,

Hahaha...jangan salah sangka dengan tajuk yang di atas itu. Biasalah...dah lama cuti..tetiba nak update blog guna pc ni, so tajuk kena gempak..hehe..

Alkisah, waktu kenduri di rumah sepupu di Ayer Hitam cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Setiap tetamu dibekalkan dengan sebuah beg berisi bunga telur, sebungkus popcorn dan satu bekas kek coklat. Kek coklatnya sedap..yum yum. Popcornnya habis dibedal 4 budak nakal. Bunga telur habis dibuat main si kembar dan ada telur....pindang!

Banyak kami dapat hari tu...telur rebus biasa pun ada juga...


Lama tak makan telur pindang. Tak tahu telur pindang tu apa? Telur pindang adalah telur yang direbus dengan lebih 10 jenis herba tempatan. Ia direbus sedemikian rupa untuk meningkatkan tahap ketahanan telur rebus itu kerana pada zaman dahulu pedagang membawa telur rebus sebagai salah satu bekalan makanan ketika berdagang.

Antara herba yang digunakan ialah daun senduduk, serai, daun jambu batu, halia, lengkuas, jintan, ketumbar, bunga lawang, kulit kayu manis dan lain-lain. Dulu saya pernah tengok makcik-makcik saya merebus telur pindang, ada juga dimasukkan kulit bawang. Telur ni kalau direbus lebih lama, maka rasa herba-herba tu akan meresap dan lebih terasa.

Yani makan sebiji telur pindang. Mula-mula berkerut gak muka..haha..lepas tu dia ngap je. Bila nak bagi lagi dia takmo dah. Rasa lain sikit kot. Telur Pindang ni popular dekat Batu Pahat. Waktu kenduri kahwin selalunya diorang buat untuk cenderahati kepada tetamu. Waktu saya kahwin dulu pun buat telur pindang tapi sekarang dah jarang ada. Mungkin sebab telur pindang tak sedap dibuat sambal tumis kot? Hehehe...

Nota kaki : Favourite Yani dan Yana sekarang ialah telur rebus. Kadang-kadang sekali hadap boleh makan dua biji tapi kuningnya selalu tak makan...jaga kesihatan betul budak dua ni...mama jugak yang perabis kuningnya...

18 comments:

  1. Kalau Johor memang sinonim dgn telur pindang nieda. Lihat saja ada warung siap atas meja sentiasa ada telur pindang. Sebab telur pindang boleh tahan lama...

    Kakak macam Yana/Yani tak makan kuning telur sebab boleh tercekik kalau makan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan...bila balik Johor baru nampak makanan-makanan camni..hehe...kalau makan kuning telur kena tutup mulut takut tersembur hehehe

      Delete
  2. ingat 1st time pi kenduri org johor, dpt telur pindang, pelik pada saya....rasa dia pon semacam.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia lain sebab rebus dengan rempah...bukan orang cina pun ada rebus telur macam ni ke? tapi tu lagi kuat bau dia huhu

      Delete
  3. x brp nak reti sgt makan telur pindang. hehehe. saya dan anak sulung pun minat telur rebus gak. sedap!

    ReplyDelete
  4. kat johor memang lah pames dgn telur pindang nie kan.....
    tapi kan, i tertarik lak dgn pinggan yg kat sebelah tu...
    jambu ke tu? hehehehehe...
    nampak menyelerakan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sis Rasp.. itu jambu batu..dia gaul dengan asam kulit limau yang dikisar..masam-masam manis..sedap...hehe

      Delete
  5. Hmmm...antara ingat tak ingat..mcm pernah tengok telur pindang nie...mesti rsnya kureng kan sbb bdak2 tak suka..heheh..orng cina pun rebus telur berkaler jgk kalau tak salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ummu..orang cina pun ada buat juga tapi herba diorang lagi banyak kot..tu yang baunya aduh..pening kepala

      Delete
  6. akakpun tak suka sesangat makan telur pindang... tapi kalau dah ada depan mata bedal gakler...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..saya pun kurang suka telur pindang...suka tengok je

      Delete
  7. macam saya masa kecik, suka makan yang puteh. ia lembut untuk dikunyah. tidak melekat macam telor kuning dan rasa 'dahaga'..but when they grow up, mereka akan lebih suka yang kuning tambah-tambah bila ada kicap...

    kueh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak reti makan telur rebus ngan kicap...telur goreng ngan kicap ok la

      Delete
  8. ANAK2 BUI PUN SAMA,KALAU MAKAN TELUR REBUS YG KUNINGNYA MESTI DIBAGI DGN BUI..

    ReplyDelete
  9. Telur pindang ni makin pupus/susah nak jumpa kan...dulu2 teringat zaman kecik2 kalau ke majlis perkahwinan di Johor, mmg boleh kata setiap rumah ada bagi telur ni sebagai ole ole

    ReplyDelete
  10. nawal sukaaaaaa sgt dgn teloq rebus. dia boleh mkn 3-4 biji skali. tp teloq kuning tak mkn. adik dia yg kena mkn,mujuq adik slim bolehla mkn byk2. hehe

    ReplyDelete
  11. tak berapa suka dgn telur pindang.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...