Hari Ahad yang baru lepas ni, di Penang hujan dari pagi hingga ke petang. Sekejap gerimis, sekejap hujan lebat. Alkisahnya, kami menghadiri kenduri kahwin kawan UiTM saya dalam keadaan hujan lebat. Pakai comel-comel pun kena hujan juga.
Bila hujan di hari kenduri, mestilah kurang selesa tetapi sebab dah lapar, makan juga dalam keadaan sejuk. Danish, Danial, Yani dan Yani siap berbaju sejuk lagi. Macam gi Genting pulak. Oleh kerana Yani dan Yana masih belum baik selesema dan batuk, selepas makan kenduri kami singgah di Kids Carer, Children Specialist untuk check-up.
Kali ni gi klinik dua-dua sangat behave. Masa nak timbang berat badan tak perlu lagi didukung mama, tetapi naik sendiri di atas penimbang tapi dengan bantuan seekor dinasor yang diletakkan atas penimbang. Kalau tak, tak mau naik juga.
Waktu jumpa doktor, dua-dua tak menangis. Kalau dulu, bila doktor sua stetoskop je terus nangis. Dua-dua pandai nganga mulut tanpa bantuan kayu aiskrim doktor...hehehe. Hasil pemeriksaan, Yana terpaksa diberi nebulizer kerana ada kahak. Salah satu sebabnya saya rasa sebab dia tak pandai nak hembus hidung untuk keluarkan hingus sedangkan Yani pulak pandai menghembus hidung. Mungkin itu sebabnya. Waktu nak nebulized pun Yana tak nangis dah. Steady je.
Tapi yang tak bestnya, dua-dua takut makan ubat. Bila keluarkan ubat je, mencicit lari sembunyi. Bila tanya "Sapa nak makan ubat dulu?", masing-masing tolak-menolak. Kelakar, macam budak besar pulak. Kadang-kadang siap bagi ayat "Kakak/Adik dah baik. Takmo makan ubat" Huhu..punyalah bijak anak-anak sekarang ni ya!
Diorang suka gi klinik ni sebab ada banyak mainan. Hahahaha...
moga cepat baik ye twins.. =)
ReplyDeleteanak kmbar akk ni comel laa..geram saya tgk..ppi dorang tu... ^_^
keletah anak-anak memang menyeronokkan...
ReplyDeletepenyakit anak2 tak mao makan ubat nie susah kan..kdg berperang pegang kaki tangan ms aidan kecik2dl..sampai skrang kenamasuk ubat jus minuman feberetnya ..
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeleteowhhh bawa twins gi cek doktor ye... budak2 mmg biasa camtu.. ada yang nangis.. ade yg tidak kalau gi jumpa doktor... haikal dari kecil sampai skrg 6 yrs sudah.. paling takot dia nganga mulut nak masukkan kayu atas lidah nak tengok tekak tu.. hahahahaha.. sampai kena pegang tangan kaki kasi baring atas katil.. punya terukkan.. dah tu siap bagi nangis sbb nak suruh dia nganga.. lepas tu bila nyalakan touch light kat mulut waktu dia nganga nangis tu, boleh pulak dia tutup mulut sendiri.. tak nak tunjuk.. hahahahahahahahahahaha.. sakit jiwa mamanya di buatnya..
I like the helpful information you provide in your articles.
ReplyDeleteI will bookmark your weblog and check again right here regularly.
I'm somewhat sure I will learn many new stuff proper right here! Best of luck for the following!
Review my weblog ... understand about breast actives here
Kalau dah tiwns ni kakak rasa kalau satu makan ubat satu lagi akan buat sama tapi kalau satu tak suka dua-dua pun tak suka. Cutelah mereka ni.. kakak suka tengok pipi dan rambut dia bila kena ikat dua - cantik:)
ReplyDeletealahai kesiannya. get well soon the twins! masa kenduri pun farah dok jaga zara. x bg dia keluar sgt. takut demam. ujan kan. nyway thx dtg kenduri adik! =) kids carer tu kat mana?
ReplyDeletegood girls lah dorang nie...
ReplyDeletetapi tu lah kan kids..
gantung pada mood dorang...
bila mood baik, lega hati kita kan sis....
hahahhahahahaha memang comei jer pe'el dorang sis...
cerdik....
suka sangat tgk kembar akak ni. dua2 pun bulat... geram rasa nak cubit pipi dorang tu. ooo... suka pi klinik sbb banyak mainan ye... hehe
ReplyDeletetomelnyeeee..hehe
ReplyDeletememang ramai kanak2 yg menangis masa nak ambik nebuliser..hihihihih..
ReplyDeletedan lagi ramaiiiiiii kanak2 yg susah nak makan ubat, padahal ubat2 tu semua manis2 perasa strawberry/oren..;P
demam2 pun macam tomei..get well soon, yana & yani
ReplyDeletegeramnyaaa aunty tengok pipi yani n yana ni..
ReplyDeletegeramnyaaa aunty tengok pipi yani n yana ni..
ReplyDelete