It's You!

Thursday, March 4, 2010

AAWAS! Produk Makanan Halal Palsu di Dapur Anda

Hari ni sibuk dengan listing lecturers & vendors untuk ke Kuala Lumpur Book Fair 2010 di PWTC 19 hingga 28 Mac 2010. Letih mendail no telefon lecturers yang jarang ada dalam bilik dan vendors yang biasalah mesti busy wat marketing. Anyway, dah siap pun call diorang, so lepas ni kena wat surat jemputan pulak.


Semalam saja turun ke Unit Jilid & Pangkalan Data, pinjam majalah untuk dibaca di waktu senggang. Aku pinjam Al-Islam bulan Februari dengan tajuk esklusifnya "AWAS! Produk Makanan Halal Palsu di Dapur Anda" yang ditulis oleh Saudara Muhd Ridhwan Abdul Jalil.

Aku cedok sikit yang penting untuk pengetahuan korang sama ek..
Kalau nak beli barang, kenalah yang ada logo halal daripada JAKIM yang mengamalkan standard MS 1500:2004 yg diiktiraf seluruh dunia. Lepas tu sebenarnya bukan itu je yang kita kena tengok. Nak tau, sebelum syarikat2 ni dapat sijil halal tu dia kena mematuhi syarat-syarat berikut :
1. Makanan @ ramuannya ta
k mengandungi bahagian @ produk haiwan yg tak halal kepada org islam
2. Makanan itu tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis mengikut hukum syarak

3. Makanan tersebut selamat & tidak memudaratkan

4. Makanan itu tak disediakan, diproses @ dikilang dgn peralatan yg dicemari najis mengikut hukum syarak

5. Makanan tersebut tak mengandungi bahagian, anggota @ hasilan manusia yg tidak dibenarkan oleh syarak

6. Semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan @ pengangkutan, makanan itu diasingkan daripada makanan yang tidak menepati keperluan dalam butiran 1 - 5.


Sebagai pengguna, kita tak dapat nak pastikan semua syarat telah dipatuhi oleh pengeluar so jalan selamat belilah makanan yang ada logo halal JAKIM. Kalau rasa was-was, xpayahlah beli.


Untuk menyemak status halal, korang lehla sms kodbar makanan ke 32728 : taip halal 9551234567891 & hantar ke 32728. Satu lagi korang kalau ada masa surfla web ni dunyahalal.com, mungkin leh membantu korang.

3 comments:

  1. tula kak..skrang ne byk btol makanan yg berlogo kan halal tp tk halal..isk2

    ReplyDelete
  2. Cahaya ~ sharing is caring

    SJB ~ ^_^

    Wahidah ~ Betul tu...takut gak kalau nak membeli skang ni..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...