It's You!

Thursday, October 3, 2013

Angry Management II

Salam,

Merujuk kepada entry Angry Management semalam..hehe...sebenarnya saya bukan tengah marah semalam tetapi sedang berfikir tentang sifat cepat marah saya selama ini.

Saya akui saya ni jenis cepat marah. Pantang silap sikit melenting. Saya sangat sukar nak handle diri bila marah. Bila marah seseorang, marah tu boleh merebak kat orang lain. Memang annoying sangat. Saya juga sangat sensitif. Bila dah marah, cepat pula menangis sebab bila dah marah hati rasa sangat sakit. Bila sakit, jalan penyelesaian buat saya ialah menangis. Bila dah nangis, marah pun reda dan hati jadi lega.



Kaunselor saya cakap, saya kena belajar bersabar, bukan tahan marah. Saya perlu belajar meletakkan diri saya di tempat orang yang saya nak marah. Adakah patut kerana sebab itu saya dimarah? Apakah yang saya rasa bila saya dimarah sedemikian rupa. Jujur saya katakan, selama ni, saya memang menahan marah. Bila ditahan, marah tu tetap ada dan akan bertambah setiap masa. Bila dah bertambah, tunggu masa jela nak meletup macam gunung berapi.

Saya baca artikel ini tentang marah. Saya harap, saya dapat buang rasa marah sebab saya tak suka rasa sakit dan tak suka juga menyakiti hati orang lain. Insya allah, ada jalannya kan?



"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]

HURAIAN 
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego 
seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan 
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak 
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan 
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka 
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita 
yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun 
nafsi. Di antara langkah yang perlu kitahadapi untuk menghilangkan marah 
ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk 
kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang 
hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan 
kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa 
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. 
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam 
keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas 
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat 
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah 
tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit 
daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan 
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah 
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah. Siri 22/05

4 comments:

  1. nice info..sy pon cepat melenting jgak..

    ReplyDelete
  2. sy kalau benda2 lain tahan lg sabar,tp kalau ngan anak cepat benar melenting..tak tahulah ..kurang sabar sket ngan anak2..takut jgk..

    ReplyDelete
  3. Btl tu kdg2 saya pun cpt je nk mrh ;)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi info...
    Betul cakap kaunselor tu, kena sabar,bukan tahan marah tu :)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...