It's You!

Wednesday, October 16, 2013

Cuti-Lengang-Sambung Cerita

Salam,

Hari ni saya sudah mula bekerja. Tak sambung cuti sebab hujung bulan akan bercuti lagi sebab majlis bertandang di rumah suami Mummy pulak so simpan-simpan cuti la. Cuti masih ada lagi tapi kena simpan untuk hujung tahun. Mana tahu ada orang nak ajak kita bercuti makan angin ke? Hehehe...berangan aja saya ni...

Hari ni sangat lengang. Masing-masing masih bercuti. Student pun sudah bercuti dari minggu lepas so memang lengang UiTM. Dalam ofis ni cuma ada 8 orang je. Lepas tu sebab lain department, so nampak macam satu department ada seorang je yang datang kerja. Hari ni saya pasang lagu sepanjang hari, buat peneman diri.

Kami bertolak pulang dari Putrajaya jam 6.30 petang dan sampai dengan selamat di Pulau Pinang jam 10.45 malam. Perjalanan lancar dan saya tertidur dalam kereta kerana sepanjang hari tak tidur sebab melayan The Voice dan tetamu yang hadir.

Berhari raya di Putrajaya sama macam beraya di Pulau Pinang sebab lepas sembahyang raya duduk dalam rumah buat-buat sibuk. Hari raya haji tak sama dengan hari raya aidilfitri. Tak dapat bayangkan terpaksa beraya di Putrajaya ketika Aidilfitri. Mau banjir Putrajaya nanti kot. Hehehe...

Oh ya...sambung cerita selepas melawat Syaza Imaani. Selepas melawat Imaani, kami ke Sogo pula. Memang betul-betul ambil kesempatan waktu Kuala Lumpur lengang. Jalan tak jam, dalam Sogo walaupun ada ramai orang tapi masih boleh tolerate lagi nak bershopping. Shopping apa? Cuma belikan Danish dan Danial sepasang slacks, Dayani dan Dayana seorang sepasang t-shirt dan saya dapat sepasang kasut. MIL mencari beg tangan so kami peneman saja.

Pulang dari Sogo, kami singgah di Ramal Junction Food Court di Kajang. BIL pesan semangkuk mi kuah Kuala Sepetang, saya pesan otak-otak JB dan Fish n Chips, Mr Hubby pesan sebiji burger Abang Burn dan BIL lagi sorang pesan sate. Kami makan berkongsi-kongsi sebab masing-masing masih kenyang. First time rasa burger Abang Burn dan suka dengan rasanya. Danish dan Danial makan separuh pun tak habis. Saya cubit sedikit tapi saya balun cendawan goreng dia yang sedap tu. Sorry la tak ada gambar pulak...hehe..

Itu cerita kami hari Sabtu yang lepas. Balik rumah, mandi dan semuanya terus tidur. Habis cerita satu hari...nanti saya cerita pasal outing ke Marina Putrajaya pulak ya. Daa!

6 comments:

  1. sama lah kita..hari ni dah start bekerja...suasana pun masih sunyi juga..mgkin msh ramai yg sambung cuti jg... :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum ida..
    sedap nya makan ramai2.. kat ramal junction food court tu mmg banyak gerai.. macam2 nak ada kat sana.. puas kalau gi sana makan apa pun takpe.. semua jenis ada.. kan.. :) hmmm syok raya sakan..

    ReplyDelete
  3. Saya masih bercuti cuti rehat + mc tak tahu la satu family kena virus demam .Burger abg burn saya kurang ckit tapi man burger kukus lava mmg terbaik ;)

    ReplyDelete
  4. portion burger-burger di Malaysia sekarang dah terikut Barat punya kan? punya la besar portion dia. memang berganda kalori la nampak nya. siapa yang makan, memang kantoi la diet depa.

    ReplyDelete
  5. Putrajaya ni rumah MIL ke Kniedaz...
    OKje ni nama je duk KL tapi Sogo baru sekali sampai untuk tahun ni hehe itu pun sebab ada hal kat Medan Mara...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...