Hari nak bayar hutang. Banyak entry yang saya tak publish lagi. Ok ... hari ni saya publish dulu tentang lawatan kami pada hari ketiga iaitu hari terakhir lawatan akademik kami. Destinasi kami ialah ke Nilai, Negeri Sembilan.
Oleh kerana jadual kami telah berubah, maka kami dapatlah menjejakkan kaki ke Nilai 3 untuk cuci-cuci mata. Masa agak suntuk sebab jam 2.30 petang kami perlu berada di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Sepatutnya kami melawat USIM dahulu pagi Khamis tu tapi sebab mereka ada tetamu daripada USM, maka jadual kami telah ditunda ke petang mengikut basis siapa hantar surat dulu dia yang dulu, hehehe.
Dengan kelam-kabut kami berwindow shopping di Nilai 3. BAnyak sangat kedai yang nak dikunjungi tapi masa pulak tak banyak. Saya sebenarnya tak beli apa-apa pun, cuma mencarikan kain bahan sepasang untuk member ofis yang tak dapat turut serta dalam lawatan kali ini. Susah juga mencari yang berkenan di hati sebab banyak sangat kain untuk dipilih. Lega rasanya hati bila dapat carikan kain untuk si teman.
Ok la..meh layan gambar sepetang di USIM. Biasalah, mula-mula sampai rasa macam tak mesra lagi tapi bila dah warming up, boleh saja bergutau senda dengan rakan-rakan daripada library USIM. Teruja melihat "rumah" orang yang serba lengkap. Kami masih lagi bertatih-tatih menghias kediaman kami. Mana yang baik, boleh kami bawa balik dan aplikasikan di "rumah" kami. It was a pleasant trip, exciting and full with knowledge and new experiences.
Kami sampai jam 2.00 petang, konon nak singgah Pusat Islam mereka untuk solat jamak tapi rupa-rupanya USIM tiada Pusat Islam a.k.a masjid. Hmmm....
Kaunter pertanyaan yang sangat selesa. Belakang kaunter tu ada ruang seperti kafeteria yang menjual makanan ringan. Bagus sebab pengguna tak perlu pergi jauh untuk mengalas perut.
Sebahagian daripada kami ketika sesi taklimat. Masa ni memang sangat mengantuk. Asyik menguap je. Huhuhu
Salah satu inovasi yang boleh diadaptasi. Benda mudah dan memudahkan orang lain.
Ruang pejabat mereka. Waktu ni ramai staf library diorang yang tak ada di tempat mereka...mereka berkursus rasanya.
Ruang IT mereka.
Glass table for students? They have it!
Kalau tak silap yang ni Koleksi Law mereka.
Security gate yang awesome. Suka..suka..suka
Kami dan mereka di akhir sesi lawatan. Semoga perkenalan singkat kita membawa manfaat pada kedua belah pihak. Insya Allah.
Nota kaki : Bila berjalan ke tempat orang, banyak benda yang kita rasakan kita ini kekurangan tapi insya Allah, jika diizinkan, kami pun mahu menjadi segah mereka.
Bestnya tengk library USIM nie..kemas dan tersusun gitu..aaahhh rindu USMnyer library lak...yer ker USIM takder masjid...cam tak percaya jer...
ReplyDeleteorg library melawat library....hehe...banyak berjalan luas pemandangan kan...
ReplyDeletesemoga bermanfaatler lawatannyer yerk.. mana yang baik bolehler di bawak balik ...
ReplyDeleteSo ? Dah ada plan nak buat perubahan kat library awak Kniedaz?
ReplyDeletewahh rombongan cik kiahh tuuu.,ehHHHee
ReplyDeletewaa..best jugak library ni...gate dia tu canggih tu....
ReplyDeletewah kerja di environment macam ni, dengan buku lagi. wahhhh!! memang heaven la seh.
ReplyDeleteJalan-jalan yg macam ini selain seronok, penuh pengertian sebab banyak menimba ilmu utk diaplikasikan.
ReplyDeletebest n cantik betul library usim tu kak!
ReplyDeletebagusnya perkongsian pintar ini..
ReplyDeleteSalam.. balik kena buat laporan ke? kalau buat sehabis cantik supaya idea boleh dijadikan realiti nanti.. good luck!
ReplyDelete