It's You!

Wednesday, January 15, 2014

Busy Like A Bee

Salam,

Susah betul sekarang nak berblog. Sejak duduk di unit baru, saya masih tercari-cari rentak yang sesuai. Nak update blog pun susah apatah lagi nak berblogwalking. Mungkin saya masih lagi kekok di tempat baru.

Tempat baru ni sentiasa berurusan dengan pelanggan. Kami merupakan "wajah" library. Kami dah macam duta pulak. Front liners kena lebih ramah, lebih pandai tackle pelanggan. Kalau bagus di depan, insyaAllah pandangan mereka terhadap mereka di balik tabir juga baik.

Naik cekang muka tersenyum tapi saya ikhlas tersenyum sebab saya suka tengok orang senyum kat saya. Bila kita suka sesuatu benda yang baik..sudah pasti orang lain pun sama. Cuma, memang banyak karenah tapi alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

Dua hari ni si kembar tak ada di rumah. MIL bawa mereka pulang ke Penaga semalam. Dah lama tak jumpa Tok Ibu dan Tok Abah. Mesti la rindu kat tok mereka. Bila adik-adik tiada di rumah..abang2 pula nak.manja-manja dengan mama dan abah. Anak-anak begitulah...yang besar pun ingin dimanja, dibelai kadang-kadang walaupun bila mama nak peluk sebelum p sekolah tersengih-sengih malu. Hehe....

Tinggalkan korang dengan gambar si kembar yang mengikut MIL mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul. Comelkan? Hhahahaha

5 comments:

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...