It's You!

Sunday, January 26, 2014

Si Becok

Salam,

Al kisah..minggu lepas hari Khamis..saya bekerja shif petang. Tengah hari yang sama, saya perlu ke sekolah Danish dan Danial mengambil wang bantuan RM100 tu. Pagi tu, duduk di rumah dengan Danial sebab dia bersekolah petang.

Sambil saya menjahit, dia menyiapkan kerja sekolah. Danial ni last minute man. Waktu terluang banyak, dia tak buat kerja sekolah..bila dah nk dekat..baru nak buat. Errr...sama macam saya...huhu. Tapi, otak Danial ni ligat gak. Saya dok perati dia buat kerja sekolah subjek Dunia Sains..dulu kita xde kot subjek tu time darjah 1 - 3. Alam dan Manusia pun darjah tinggi baru ada. Tak tahan betul bila dia tanya camna nak buat inferens. Ha?Apa tu? Terpaksalah saya pun study buku dengan dia. Bertambah ilmu mama ni...Danial oiii...

Saya ke sekolah bersama dia. Lepas dia tunjukkan kelas si abang Danish, dia turun ke tapak perhimpunan...jaga budak kelas darjah dua. Kan dia pengawas. Sempat la tengok macamana pengawas tu bertugas..hehehe. Lepas ke kelas abang, terpaksa lepak di kantin setengah jam sebab tunggu kelas Danial pulak. Dekat jam 1.30 baru jumpa cikgu kelas Danial untuk terima duit tu.

Danish dan Danial masing2 duduk di depan cikgu. Bagus juga tu supaya perhatian tak selalu tersasar. Yang kelakar..kalau pi kelas diorang, mesti diorang malu-malu kat member kelas. Hahaha....comel plak. Esok dah teruna, mesti lagi malu nak jalan pimpin tangan dengan mama. Danial kalau takde kawan dia nampak, laju je pegang tangan saya tapi bila sampai dalam sekolah laju-laju nak lepas tangan. Malu la tu. Hehe...

Anak lelaki memang begitu agaknya ya? Mereka nak dimanja tapi segan dan malu kalau orang lain nampak dan tahu. Danial becok tu pun sama...mulut pot pet pot pet..mengalahkan org perempuan tapi kadang saja mengusik dia. Begitulah kisah Muhammad Danial Syahmi.

2 comments:

  1. Fida, bagi email ke whatsapp ke phone no. ke.. aku nak tempah something ni.

    ReplyDelete
  2. Ta.. ko ble emel aku kat kniedaz@gmail.com
    ^_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...