It's You!

Tuesday, January 21, 2014

4D in the House

Salam,

Lamanya tak update blog. Tak tau nak cerita apa. Asyik sibuk je. Baru nak menaip, ada je benda yang lebih penting. Huhu..macamlah busy sangat kan?

Hari ni saya cuma nak cerita pasal empat orang budak noty di rumah. Semakin membesar, semakin banyak ragam. Si abang, dua-dua dah mula sibuk dengan sekolah. Ada program kepimpinan la, persatuan, kelab. Tak lama lagi, Danish akan start kelas tuition di sekolah anjuran PIBG untuk persiapan UPSR tahun depan. Danial pula, sibuk dengan diri sendiri je, malas terlebih, asyik nak tengok kartun je.

Yana dan Yani makin improve kosa katanya. Banyak perkataan baru yang mereka belajar. Walaupun Yana agak pelat, tapi banyak perkataan yang dia sudah pandai guna. Ada stu malam tu, dia kata kat abah dia yang baru balik kerja agak lewat, "Abah pi mana ni malam-malam baru balik?". Wah, rasa teruja bila mereka pandai menggunakan ayat.

Kalau Yani pula, tak usah tanyalah. Macam-macam perkataan yang dia dah pandai guna. Kadang-kadang macam budak besar pulak. Ada satu hari tu, kami dok dengar dia sembang dengan Yana. Tetiba boleh keluar ayat, "Adik, bagaimana...." Pandai plak guna perkataan "bagaimana" tu, huhuhu.

Yang pasti, masing-masing dah pandai demand, kalau hujung minggu je mulalah bertanya "kita nak jalan-jalan mana arini?" Pandai juga nak pergi shopping walaupun saya pasti diorang tak tau apa itu "shopping". Begitulah kisah mereka berempat. Kadang bergaduh sampai tarik rambut dan bergusti tapi bila baik, lain pula jadinya. Semoga mereka sentiasa rapat sampai ke anak cucu. Amin..





8 comments:

  1. bijak sungguh anak2 zaman skang ni kan :)

    ReplyDelete
  2. Sukasgt baca kisah dorg kt sni...nk nk si yana ngn yani...sweet aje...

    ReplyDelete
  3. 4D tu pangkal nama dia org ek...
    ingat tadi apa...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. DZ, first time saya dengar kawan saya ajar anak kecil dia cakap Terengganu. Seriyes terkejut! Hahaha.

      Delete
  5. sama la ngan anak saya kalo cuti hujung minggu pepagi dah tanya kita nak gi mana hari ni...
    memang hujung minggu hari yang ditunggu...
    seronok layan kerenah anak2 kita macam2 ragam dan gaya....

    ReplyDelete
  6. dah pandai depa ni... hujung minggu dah set kat minda hari utk depa jalan2..hehe

    ReplyDelete
  7. Bukan 4D jer yg ajak jalan jalan Kniedaz....kalu kat rumah ni 1O pun ajak jalan gak hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...