Alhamdulillah dah sampai hari ke 21 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Rasa macam baru je berpuasa, dah nak raya dah. Mesti korang semua sedang sibuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri kan...dengan kuih la, baju raya, mengemas rumah, macam-macam lah kan.
Saya pula, tak sabar nak pulang ke kampung di Johor. First sekali sebab dah lama tak jumpa Yana. Rindu sangat-sangat. Saya pasti abang Danish, Abang Danial, Mr Hubby dan Yani pun rindukan adik Yana. Tak dapat bayangkan apa yang diorang akan buat bila berjumpa nanti. Insya Allah, Jumaat ni kami bertolak ke Putrajaya dulu sebelum turun ke Batu Pahat. Sekolah pun dapat cuti awal walaupun berganti so kami pun balik awal.
Rindunya kami nak jumpa kamu, Dayana!
Sebelum nak balik kampung, kenalah settlekan rumah dulu. Saya perlu tukar cadar 3 bilik tidur, sebab balik dari kampung, adik ipar pun sampai dari Kelantan. Giliran beraya di rumah saya pula. Sebelum ni dah kerah Danish dan Danial memvakum habuk, lepas ni nak kerah Mr Hubby dan BIL untuk mengubah meja/sofa. Kena juga cari alas meja makan. Saya rasa macam tak pernah ada alas meja kat rumah saya tu...hehehe..teruk kan? Lepas tu nak kena simpan semua bear-bear Yani dan Yana sebab ruang tamu tu dah ditakluki oleh anak patung mereka.
Biskut raya main tempah aja, tak sempat nak buat. Lagipun saya memang "kureng" sikit bab membuat biskut. Cukuplah kot serba-sedikit sebab bila adik ipar balik nanti, biasanya kami buat BBQ dan masak makanan yang berat-berat. Janji ada...
Oh ya..bila nak jalan jauh, kena kemas beg. Yang ni paling saya tak suka huhu..letih nak mengkelas baju. Bila balik laaagi la letih, tu yang kadang-kadang kalau lepas balik kampung, baju bersih masih ada dalam beg. Bila nak pakai, tercari-cari lepas tu marah-marah kata baju banyak hilang. Rupa-rupanya ada dalam beg lagi. Hehehe...
Macamana pula persiapan korang? Mesti havoc juga kan. Kalau ada ramai "pembantu" ok la juga boleh pecah & perintah. Kalau saya ni, kerah & perintah jalan juga tapi mulut pun kena jalan sama. Letih berganda, baik saya buat sendiri huhu..
Kakak pun dah rindu anak dara dua org ni sejak mama dia tak tepek gambar berdua macam ni. Tu sebab nampak aje kakak terus nak baca ingatkan dah balik. Nak tahu gaya Yani bila jumpa Yana. Belum lagi ye.. Jumaat ini anak-anak kakak pun dah boleh diambil utk balik. Isnin dah tak sekolah... meriah juga rumah kakak tau:)
ReplyDeleteKg kakak dekat aje sejam-dua pun boleh balik..
huhuhuhu.... saya buat sendiri je.... hujung minggu ni baru nak mengemas
ReplyDeletecomel dayana :)
ReplyDeleteMinggu lepas dah cuci semua baju raya anak2 angkat dari ampaian terus ja lipat masuk beg. Husband kata semangat nak balik saya kata nanti lupa semua barang coz semua mak nak buat.
ReplyDeleteWah jauhnya kg , mesti hati membuak2 nak balik kg kan...
ReplyDeletePersiapan kami sekeluarga ala kadar jer lebih untuk anak2 ;)
Tinggal rumah je x berkemas lg....
ReplyDeletemasih senang - bagpack aje..kehkeh..
ReplyDeletemesti Yana tak sabar2 nak jumpa ibunya..
ReplyDeleteComel sungguh princess kniedaz nie..mata bulat..comel!!
ReplyDeletebila nak balik kg ni mmg kena fikir smuanya kan kak. dgn nak kemas2 rumah yg ditinggal. nak pek baju bajan. dahlah pulak kali ni cuti raya bersekali cuti sekolah... lama gitu.
ReplyDeleteTulah Kniedaz nak menukar langsir pun tak tertukar2 ni...huhu Tapi betullah kalau dah settle kat rumah balik kg pun bestkan
ReplyDelete