Setiap bulan, semua warga UiTM seluruh Malaysia akan menerima emel daripada VC kami, Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Isinya selalunya tentang perjalanan tugasan beliau setiap bulan dan sedikit sebanyak perkembangan UiTM. Ada masanya, beliau akan berkongsi cerita dan pendapat tentang pelbagai topik.
Bulan ni, beliau kongsikan dua kisah yang boleh kita renung-renungkan. Saya pun nak share dengan korang semua. Semoga ada manfaatnya ^_^.
AKAN ADAKAH PELUANG KEDUA?
Mereka
telah berumahtangga melebihi tiga dekad dan kedua-dua anak mereka telah membina
keluarga masing-masing, tinggal berasingan di daerah lain. Aishah kini melalui empty nest syndrome, hanya tinggal bersama suaminya, Mohd Razif
yang masih bekerja, di penghujung kerjayanya.
Saban tahun mereka meraikan hari ulang tahun perkahwinan, hinggalah
sejak beberapa tahun kebelakangan ini hubungan mereka melalui perubahan. Kerapkali berlaku perselisihan antara mereka
walaupun atas perkara remeh sahaja.
Sesungguhnya jauh di sudut hati, mereka tidak suka kepada perubahan
dalam hubungan mereka itu.
Pada
hari ulang tahun perkahwinan mereka yang lepas, Aishah begitu teruja menunggu
kepulangan suaminya, Mohd Razif. Sejak mereka
menjadi suami isteri, banyak perubahan telah berlaku dalam hubungan mereka,
namun kali ini Aishah berazam untuk cuba memperbaikinya. Pasangan itu yang suatu masa dahulu umpama
tidak boleh dipisahkan, kini telah semakin ‘hangat’ dek perselisihan antara
mereka yang tidak habis-habis.
Seolah-olah sekarang ini mereka hanya nampak kelemahan dan kesilapan
pasangan, bukan lagi seperti baru-baru mereka berkahwin dahulu, semuanya baik
belaka. Hari itu Aishah ingin melihat
kalau Razif ingat pada tarikh penting dalam hidup mereka suami isteri.
Apabila terdengar bunyi loceng di pintu, Aishah meluru membukanya dan dapat melihat suaminya basah kuyup, sambil tersenyum menggenggam sejambak bunga di tangannya. Aishah tergamam lalu tanpa banyak bicara kedua-duanya terus ke ruang tamu. Aishah ternyata sangat gembira dengan ingatan Razif terhadap hari ulang tahun mereka. Di saat itu mereka seolah-olah dapat melupakan masalah yang dihadapi, pertengkaran yang sering terjadi dan kerenggangan hubungan yang sedang mereka lalui. Masing-masing meluahkan penyesalan terhadap apa yang berlaku sebelum ini dan berazam untuk memperbaikinya.
Perbualan mereka terhenti apabila telefon di bilik tidur berdering. Aishah menjawabnya dan seorang lelaki di hujung sana berkata, “Assalamualaikum puan, saya membuat panggilan daripada balai polis. Adakah ini nombor telefon Encik Mohd Razif Osman?” Jawab Aishah, “Ya” dan lelaki itu berkata lagi, “Maafkan saya puan, ada kemalangan dan seorang lelaki telah meninggal dunia. Kami dapat nombor ini daripada dompetnya. Kami perlukan puan datang ke sini untuk mengecam jasadnya”.
Hancur luluh hati Aishah dibuatnya, dia tidak percaya apa yang didengarinya. “Tapi suami saya ada di sini bersama saya!” katanya bersungguh-sungguh. “Maaf puan, kejadian itu berlaku pukul 2 petang tadi, semasa dia hendak menaiki keretapi,” lelaki itu meyakinkan. Aishah hampir hilang pertimbangan mendengar penjelasan lelaki itu. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, bisik hatinya kebingungan. Sebelum ini dia pernah terdengar juga ada cerita mengenai roh yang datang menemui orang tersayang sebelum ia meninggalkannya.
Aishah
bergegas semula ke ruang tamu dan mendapati Razif tiada di situ. Ya, betul! bisiknya hampa. Razif telah pergi buat selamanya. Rohnya yang datang tadi ingin mengucapkan
selamat tinggal! Aishah tersungkur ke lantai merasai hidupnya begitu kosong
seraya berdoa, “Ya Allah, berilah aku peluang sekali lagi bertemu suamiku,
ingin ku cium tangannya memohon ampun terhadap apa yang berlaku dalam kehidupan
kami. Ingin ku perbaiki hubungan kami
suami isteri. Berilah aku peluang
menjadi penawar dalam hidupnya, penyejuk hatinya dan jadi isteri yang solehah,
ya Allah.” Bercucuran air mata Aishah
penuh keinsafan dan pengharapan daripada Allah.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi dari bilik air dan kelihatan Razif membuka pintu sambil berkata, “Sayang, abang terlupa nak bagitau yang dompet abang dicuri orang tengahari tadi.”
KITA MUNGKIN TIDAK DAPAT PELUANG KEDUA, JADI JANGAN SIA-SIAKAN SAAT-SAAT YANG TERLUANG UNTUK MEMPERBAIKI APA JUA KESILAPAN KITA.
Jika diizinkan Allah kita akan menemui sekali lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kebaikan dalam beberapa hari sahaja lagi, jadi marilah sama-sama kita berubah ke arah membuat kebaikan, terutamanya kepada kedua orang tua kita, suami atau isteri kita, adik-beradik, rakan taulan dan ramai lagi.
Kita
tidak tahu sama ada kita akan ada lagi di hari esok atau tidak, maka eloklah
kita menikmati kehidupan ini dengan sebaik-baiknya tanpa perlu apa-apa penyesalan
di kemudian hari.
lain macam plak entry awak kali... kita kena hargai apa yang kita sekarang kan...
ReplyDeleteHehehe...terasa nak share pulak..kadang-kadang kita terlupa nak hargai orang tersayang..
DeleteYa, itulah peluang kedua sebenarnya bagi Aishah...
ReplyDeletealahai sedih pulak
ReplyDeleteassalamualaikum ida.. posa tak? ha haah.. tu nasi kat tepi dagu.. :P.. hehehe
ReplyDeletetu la kan.. bukan semua org mendapat peluang ke2.. jadi hargailah semuanya sebelum apa2..
Kena hargai org sekeliling kita..
ReplyDeleteapa pun bila dah ada peluang kedua, kita mestilah hargai sebaik mkin..:)
Tiba2 hati saya tersentuh.
ReplyDeletebila ada depan mata jarang sgt nak hargai. bila dah takde baru nak menyesal... peringatan buat diri sendiri juga ni.
ReplyDeleteInsyaallah moga ada keinsafan ......kadang kala kita lupa bahawa peluang itu hanya sekali, jadi gunakanlah sebaik baiknya!
ReplyDelete