It's You!

Tuesday, July 2, 2013

Laporan Kemajuan

Salam,

Hari ni saya shif petang so pagi ada lagi di rumah. Lepas mengemas rumah, seterika baju dan mengemop lantai, saya mula mengemas beg pakaian untuk Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Bahan untuk Guru-guru Pusat Sumber Seluruh Pulau Pinang. Kalau mengemas beg, memang saya lambat. Lipat sehelai, termenung dulu...fikir balik guna tak baju yang ni...bila nak pakai yang ini...letih mak.

Gerak dari rumah awal sikit jam 11.00 pagi sebab nak ke sekolah Danish dan Danial. Hari ni ada perjumpaan dengan guru kelas mengenai laporan penilaian mereka sepanjang setengah penggal ni. Oleh kerana kedua-duanya sudah naik ke kelas paling atas dan persaingan memang sangat sengit, saya berpuas hati dengan keputusan separuh penggal mereka.

Kata guru kelas Danish, dia ada peningkatan berbanding awal tahun. Keputusan subjek semuanya bagus cuma Kajian Tempatan dan penulisan dia dapat markah 70 lebih saja. Bab penulisan memang Danish agak lemah sebab dia tak pandai nak kembangkan ayat. Satu lagi sebab imaginasi dia kurang kot. Cikgu kata bab penulisan tu memang banyak pelajar yang tak skor sebab guna penilaian baru, dah guna format UPSR sebab dah darjah 4. Lepas ni kena pulun untuk penggal kedua. Kena lebih kuat buat latihan la Danish.

Kata guru kelas Danial, dia cemerlang walaupun tak dapat top 5. Saya tengok senarai pelajar memang semua dapat A cuma markah yang membezakan. Cikgu kata lagi, Danial banyak cakap, rajin tolong cikgu dan berfikiran macam orang dewasa. Hahaha..yang itu, memang tak boleh dinafikan la. Sabtu ni Danial naik pentas untuk ambil hadiah top 15. Dia dapat nombor 7. Danial ni memang banyak main tapi time exam memang dia excel. Danish kena kuat usaha sebab dia malu bertanya...tu yang sesat sikit tu. Banyak kali saya suruh rajin buka mulut bertanya supaya senang faham. Nampaknya mama kena lebih giat memantau latihan mereka.

Petang ni ada orang belanja Magnum. Terima kasih daun keladi. Lain kali belanja lagi..hehe

6 comments:

  1. tahniah utk danial n danish... boleh usaha lebih lagi utk exam penggal kedua nanti.

    akak, abg muhaimin pun sama. masuk darjah 4 ni subjeknya byk yg merosot. kecuali b.arab yg dia skor 100%. paling lemah skrg ni sains n kajian tempatan. bahasa melayu n inggeris mmg kena buat latihan byk2 lagi...

    ReplyDelete
  2. Syukur alhamdullillah.. dapat no7 pun dapat hadiah.. tu la sebenarnya semangat anak2.. so lepas ni kalau dia nak hadiah lagi besar.. dia kena usaha lagi.. cam haikal dulu.. dia dapat hadiah paling besar.. lepas tu suruh dia usaha lagi dia kata nak hadiah besar camne? dah takde dah.. :P (time umur dia 5 tahun) hahahaha alahai la anak...
    semoga danial terus maju nanti..

    ReplyDelete
  3. Seronok bila anak cemerlangkan Kniedaz... Anak okje tu leka dgn game geram nengoknya!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...