It's You!

Wednesday, July 10, 2013

Oh My Kampung, Here I Come!

Salam,

Selepas Bengkel Guru 4 - 6 Julai yang lepas, malam 6hb tu saya, Mummy Yon, Mak dan Yana bertolak balik ke Batu Pahat. Penat menguruskan bengkel beberapa hari tu belum lagi hilang, kena naik bas pula berjalan jauh. Lama juga tak jalan jauh naik bas so saya siap prepare plastik takut muntah hehe.

Ini kali pertama Yana naik bas balik kampung. Plan asal, saya dan Mr Hubby yang akan hantar mak dan Yana balik kampung tapi Mr Hubby tak dapat cuti. Lagipun rasanya lebih baik sorang jaga anak-anak yang lain di Penang.

Yana suka naik bas

Yana sangat teruja tengok bas. Mungkin dia ingat lagi hari tu hantar kakak dia naik bas tapi dia tak dapat naik. Bila dapat naik bas, dia nak jalan ke depan belakang pula. Tapi bila bas jalan dan lampu dimatikan dia duduk diam sambil tengok pemandangan malam di luar. Lama juga tunggu dia tidur sebab dia tak biasa kot tapi bila dah tidur, aduhhh..macam tidur kat rumah pulak.

Kami bertolak jam 8.30 malam dan selamat sampai di Ayer Hitam jam 4.30 pagi. Tu pun sebab bas kami masuk ke Puduraya sebab ada orang turun di Pudu. Yang cemasnya, saya lupa nak ingatkan driver bas supaya berhenti di tol Ayer Hitam so kami semua terlepas Ayer Hitam. Driver bas turunkan kami di Hentian Sebelah MAchap dan adik saya ambil kami di situ.

Seronoknya balik kampung! Walaupun sekejap saja dan nak kena tinggal si budak comel. Huhu..nanti kita cerita lagi ya.

11 comments:

  1. wah, dah naik bas dah.....sy penah plan nak bwk adam naik bas blk kmpg, tp takut dia x selesa lak sb jauh...yana ok ye?

    ReplyDelete
  2. Salam kniedaz..
    nampak seronok muka yana tuh naik bas...
    selamat berpuasa yer..moga2 bertambah berkat dibulan yg mulia n ie..

    ReplyDelete
  3. Dah lama betul tak nak bas ekpress ni..

    ReplyDelete
  4. Saya dah lama betul tak naik bas..

    Selamat menyambut Ramadan...:)

    ReplyDelete
  5. Salam kniedaz.yana nampak ceria n happy dpt naikbas.wah bestnya blk kg!naper tgl yana kat kg?

    ReplyDelete
  6. selamat balik kg dan selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. comelnya anak akk ni..suka tgk muka dia..cute..

    ReplyDelete
  8. Sesekali naik bas memang bestkan Kniedaz...jangan kata org tua... mak budak pun suka hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...