It's You!

Tuesday, July 23, 2013

TBT dan Rumah P. Ramlee

Salam,

Hari Sabtu yang lepas, kami anak beranak dengan Mummy dan BIL ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang yang bersebelahan dengan Rumah P. Ramlee. Tujuannya ialah untuk menghantar Danish ke sesi latihan Tunas Budaya Tari Cemerlang.



Sebelum tu, cikgu kebudayaan sekolah diorang dah bawa 10 orang ahli kelab untuk ujibakat untuk Tunas Budaya Tari Cemerlang (TBT) ni dan semuanya terpilih. Diorang akan join dengan ahli TBT dari sekolah lain untuk wakil TBT peringkat negeri so lepas ni kalau TBT dipanggil untuk membuat persembahan dalam apa-apa acara keramaian dalam dan luar negeri Pulau Pinang. Kalau ada panggilan, boleh juga ke luar negara.

Tak sangka sebenarnya. Danish tu dalam diam dan garang ngan Danial tu ada lembutnya. Mula-mula macam tak mau hantar dia tapi bila tengok semua kawan-kawan dia yang aktif bola pun ada sama, kira ok la. Tak bermakna masuk TBT jadi budak lembut. Timbalan pengarah dalam taklimatnya bagitau, pemilihan pun berdasarkan kecemerlangan akademik sebab mereka mahu ahli-ahli TBT ni cemerlang dalam semua bidang. Katanya lagi, TBT ni bukan setakat tarian tradisional saja tapi ada tarian moden, teater dan lakonan. Amboi...bunyinya bagi mama gerun pulak. Yang penting pelajaran dulu. Nak Danish sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan juga bidang lain.

Sesi latihan


Lepas sesi taklimat, ada latihan pertama. Kalau dilihat, geng sekolah Danish yang terdiri daripada pelajar lelaki lebih menyerlah tariannya daripada pelajar perempuan. Penuh gelak-tawa pagi Sabtu tu sebab macam tak boleh pi je tengok budak lelaki menari tarian tradisional. Nak tunggu diorang belajar tarian Zapin Johor tu, yang rancak.


Rumah P.Ramlee

Yani a.k.a Cik Kak Pau Kacang

Lepas latihan, kami singgah di RoadWalk untuk membeli buah-buahan sambil tengok orang berjual-beli barang-barang. Budak paling seronok ialah Nur Dayani Hayfa la. Aduhai, abang dia sibuk berlatih, dia sibuk bergusti dengan abang Danial dia. Cik Kak Pau Kacang ni la...

9 comments:

  1. seronoknye menari..teringat dulu masuk tarian masa sekolah.. feveret sy menari ni..hehe

    ReplyDelete
  2. sandal yg yani pakai tu cantik...hehehe

    ReplyDelete
  3. amboi mak.. bagi nama cik kak pau kacang ye.. sebab yani suka makan pau kacang ke? hahaha sama cam autie lah camni..

    ReplyDelete
  4. amboii..abang dah menari yer..mesti seronok tengok..ila pun suka tgk tarian zapin..rancak kannn...

    ReplyDelete
  5. ooooo si abg ada bakat terpendam ...
    bagus gak join ni sis...
    lawa profil dia nanti...
    mana tau leh gi oversea kot kannnn....

    amboi....memang sesuai namanya dgn pipi bambam dia tu....
    rasa cam nak cubit2 jer pipi pau dia tu...

    ReplyDelete
  6. Bagus tu sertai aktiviti sihat, kalau anak berminat kita sebagai ibu bapa bagi dorongan ja.

    ReplyDelete
  7. terisi jugak masa lapang Danish tu....
    Cantik kasut cik Kak Pau Kacang tu hehe

    ReplyDelete
  8. comelnya si pipi labuh tu..hehe..
    kak, biarkan je dorang sertai. adik saya dulu pun join kebudayaan msa ting.4 sampai 5 kalau tak silap.
    adik saya lelaki. pergi sampai peringkat negeri. bape hari ntah pergi JB..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...