It's You!

Saturday, October 26, 2013

Again

Salam,

Baru je balik daripada lawatan akademik malam Khamis, dah gerak lagi ke Putrajaya malam Jumaat. Kali ni bersama keluarga pula. Kenduri menyambut menantu Mummy Yon dan Sham di Kajang.

Bertolak selepas game bola antara Kelantan dan ATM kerana driver malam ni nak tengok bola dulu baru gerak. Ikutkan aje la. Letih naik bas tak hilang lagi, saya dah melalui separuh jalan yang baru saya lalui dua tiga hari yang lepas.

Sebenarnya seronok travel ni tapi ada gak kontranya. Sampai saja rumah malam Khamis tu dah start mencuci baju. Petang Jumaat sesi melipat kain baju yang belambak dan sesi mencuci baju lagi. Ini untuk mengelakkan bila balik dari Putrajaya esok terdapat longgokan kain yang perlu dicuci dan dilipat. Lepas tu sibuk plak mengemas beg. Kiranya minggu ni saya asyik kemas beg je.

Merepek pulak ya....saya dah selamat sampai di Putrajaya jam 3.45 pagi tadi. Sampai area Tapah ke selatan hujan turun menyebabkan mata pun terasa mengantuk gila. Tertidur dari Slim River sampai Putrajaya. Nasib saya bukan co-pilot kali ni.

Tu je nak cerita. Banyak cerita nak kongsi tapi nak menaip dalam hp comel ni buat jari-jemari boleh cramp. Until next entry!

4 comments:

  1. memang best travel cuma yang tak best time nak pack n unpack barang dan laundry hehe especially bila kerap travel dlm jangkamasa yang dekat

    ReplyDelete
  2. Pas blk travel
    Nak kena Kemas n membasuh tu yg malassss hihi

    ReplyDelete
  3. seronok sebenarnay travel ni kan?? cuma tu lah balik je mesti penat...hehe..
    takpe lah sesekali...:)

    ReplyDelete
  4. Kata orang kalau budak kecik besar atas jalan ajelah yeh kniedaz...hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...