It's You!

Friday, January 4, 2013

Kembar ke Tak Ni?

Salam,

Entry khas ini untuk rakan-rakan blogger yang keliru dengan anak-anak saya. Eh hehehehe...ayat power macam popular sangat blog saya ni sampai orang nak tau ye..hehehe...popular di hati saya je.

Ok..kisahnya..saya lahirkan Muhammad Danish pada 17 Februari 2003. Waktu tu saya masih lagi seorang surirumah sepenuh masa. Bukan tak mau bekerja tapi rezeki tu tak ada lagi. So saya yang  menjaga Danish sampai la umur 2 tahun. Danish ni lembut orangnya, sangat taat orangnya dan tak banyak bercakap. Sampaikan orang buli dia kat tadika pun dia tak bagitau. Tiba-tiba satu hari tu dia tak mau pi tadika, mengamuk sampai panjat pagar. Bila ditanya baik-baik, baru dia cerita ada budak yang suka buli dia waktu nak tidur tengahari. Kesian anak saya. 

Lepas tu, saya dan Mr Hubby bagitau dia, kalau ada orang pukul ke apa, balas balik..huhuhu...sekali tu kat sekolah, waktu darjah satu, dia tumbuk sorang budak yang dok kacau dia. Alamak! Silap nasihat pulak huhu...sekarang, Danish dah darjah 4.



Macam kembar ye?


Muhammad Danial Syahmi pula lahir 18 Julai 2005. Bila umur dia 6 bulan, saya dapat tawaran kerja di UiTM. Alhamdulillah, saya dapat pengasuh yang sangat baik dekat dengan tempat kerja. Sejak hari tu, Danish dan Danial dihantar ke rumah pengasuh ketika saya bekerja. Sebab jarak umur 2 tahun tu, Danish dan Danial nampak sama besar. Kami pula suka belikan baju yang sama untuk mereka sebab senang. Kalau jalan ke mana-mana semua sama, itu sebab semua orang kata mereka kembar. Danial seorang yang banyak cakap, berlawanan dengan sifat abangnya. Kadang-kadang kamceng, selalu gaduh 5 minit, kawan balik...biasala tu...


Si kembar Yani & Yana


Mungkin sebab orang selalu kata anak lelaki saya kembar, selalu sangat, tiap-tiap kali keluar mesti orang tegur, agaknya jadi doa kot. Alhamdulillah, selepas keguguran, saya disahkan mengandung anak kembar. Saya bernazar untuk puasa tiga hari kalau dikurniakan baby girl. Dua dah boy, dapat gegirl dua mesti la best. Mula-mula scan, cuma nampak satu je girl, satu lagi tak nampak. Redha dah dapat satu girl satu boy. At least ada satu girl tapi minggu-minggu last mengandung gi scan sah dua-dua gegirl. 

Alhamdulillah...18 Februari 2011 lahir la Nur Dayani Hayfa dan Nur Dayana Hayfa. Kembar tak seiras, perangai pun berbeza..Yani nampak garang tapi hatinya lembut, Yana nampak lembut tapi sangat garang. Hehehe...

Oleh itu, mengumumkan, bahawa saya hanya ada kembar perempuan dan dua anak lelaki. Bukan 2 kembar. Hehehe...tapi kalau ada yang nak kata diorang kembar pun, saya tak kisah. ^_^

12 comments:

  1. pipi tu macam mintak kena cubit je kan! hehe

    ReplyDelete
  2. gebunya pipi si kembar ni.... nak geget boleh tak....

    ReplyDelete
  3. Tak kesahlah kan yg abgnya kembar ker tak..janji dah perfect family kniedaz...sy suka anak ramai nie ..tp rezki tuh kan br nak jd 2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah..jika diizinkan mesti ummu boleh tambah lagi...alhamdulillah cukup buat saya dua pasang ^_^

      Delete
  4. Replies
    1. kalau ada button like dah like ye tak? hahaha

      Delete
  5. Alhamdullilah....mmg kata kata org tu jadi doa :)
    Saya tumpang seronok baca..Lengkap anak..2 lelaki, 2 perempuan(kembar pulak tu)...

    saya tengah menunggu anak saya yg ke-3 dlm kandungan ni..berharap girl...tapi kalau tuhan anugerahkan boy jugak..saya syukur juga...ada 3 heroes..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah kalau ada rezeki ble timang baby girl...apa pun saya doakan mommyZZ sentiasa sihat dan ceria pregnancy kali ni ^_^

      Delete
  6. ooo..tp yg boy tu muka lebih kurang...no wonder la kalau org ckp kembar...

    seronoknya ada anak kembar...

    ReplyDelete
  7. Wahhhh best nye ade anak kembar! Hehe excited baca.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...