It's You!

Friday, April 16, 2010

Ayat Kursi

Salam,

Sekadar renungan di pagi Jumaat yang indah ini. Hari ni aku start keje kol 2.30 petang sampai 10.00 malam. So pagi ni bersiaran dari dalam bilik tidur yg sejuk..ngee...Lepas siapkan budak2 ke sekolah, solat Subuh dan sarapan, aku kemas umah n sekarang masa untuk bercengkarama di dalam blogku ini.


Gambar ehsan En Google..alangkah damainya jika aku berada di sini



Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Antara kelebihan Ayat Kursi

1. Bacalah ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

2. Amalkan membaca Ayat Kursi setiap hari sebanyak 18 kali,
dadanya dibuka dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya,
dinaikkan darjatnya
dan diberikannya pengaruh
sehingga semua
orang akan menghormatinya
serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3. Baca sebanyak 50 kali kepada air hujan lalu diminum
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain..

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapamembaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,
Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur
perbuatan2 orang yang benar,
pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya

Note : Banyak kelebihannya walaupun tak sepanjang mana ayatnya. Aku amalkan setiap kali lepas solat fardu dan malam. Lepas ni boleh amalkan tiap2 waktu terluang. Takde susahnya pun cuma mau atau tak je. ^_^

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. ayat kursi memang mujarab.. masa adik dni masuk jin dalam badan dia, jin tu asyik jerit..

    "gilo mung, panah aku weh.. aku nok tubik doh aku nok tubik.. bgheti la weh aku nok tubik ghano, sakit ni!"


    err... kalo tak faham takpe.. :) tu ayat jin tu cakap yang terngiang2 lagi kat telinga..

    ReplyDelete
  2. dini ~ tubik tu bukan balik ke? Adik ipar akak kawen ngan org kelantan so bila kami g kelantan semua cakap kelantan tapi hampas...hahaha..sikit2 faham la..

    ReplyDelete
  3. Best juga kan ada aircon dalam bilik. kalau tidak huhu panasssss hehehehe.

    ReplyDelete
  4. SJB ~ betul tu Sue, musim panas ni kalau panas sangat kami semua duduk dalam bilik je..hahaha

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...