It's You!
Wednesday, April 7, 2010
Peria, suka tak?
Ehsan En Google
Salam,
Tengahari tadi korang makan apa ek? Tengahari tadi aku g foodcourt ngan Riena dan Ita. Sepanjang kerja di UiTM ni boleh dibilang dgn jari berapa kali aku kuar dari ofis untuk beli makan. Paling kuat aku tapau je kat budak2 lelaki. Kalau ari Jumaat boleh kira berapa Jumaat aku kuar habiskan rehat panjang g shopping @ window shopping.
Aku memang jarang keluar so bila tadi g foodcourt beli makanan sendiri, mata mulala rambang.Nampak itu sedap, ini sedap. Last2 amik ikan keli sambal, sayur peria n telur masin.
Nak cerita pasal sayur peria sebenarnya. Sapa suka peria, angkat tangan...mmm..tak ramai pon! Tau sebab apa, mesti sebab rasanya yg pahit. Tapi yang pahit tu kan ubat...aku ada baca peria bagus untuk mengubat kencing manis. Kalau ssapa2 nak try bolehla wat jus peria. Ingat dulu arwah pakcik minum jus peria katak untuk ubat kencing manis. Peria juga ble mengubat buasir, masalah darah kotor, mengatasi ketagihan alkohol.
Mak bagi petua kalau nak kurangkan rasa pahit, lumurkan garam pada peria yang telah dihiris sebelum dibasuh. Insya Allah taklah pahit sangat tapi pahit kan ubat? Selalu makan yang berminyak dan berlemak je sesekali makanlah peria pahit...(nasehat utk diri sendirik nih..)
Pastu kalau citer pasal resepi peria, mestilah yg paling sedap peria goreng ngan telur. Yum yum..sedapnya. Peria masak lemak cili api pun sodap jugak. Pastu makan ngan ikan masin goreng..fuh fuh..sedap. Eh udahla..wat keje balik..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak pandai nak makan peria (cover line, mmg tak makan, hehehe)
ReplyDeletecamner nak buat peria goreng ngan ikan masin? mungkin maksu boleh terai
kurang gemar makan
ReplyDeletemaksu ~ peria goreng ngan telur la maksu..perencah dia lada kering, bawang merah, bawang putih n ikan bilis tumbuk atau kisar, pastu tumis garing buh peria n telur..senang jek..hehe..perasa ikut suka..
ReplyDeletehans ~ yeke? hehe..org muda memang jarang yg gemar
ReplyDeletejeling2 pahit pun ok ....
ReplyDeleteabang ~ jeling2 pahit xmola..jeling2 manja ok lagi ^_^
ReplyDeletedulu tdk mkn.tapi skarang bolela masuk sikit2..e2 pun kalau kena campur dgn jeruk ikan(hinava)hehe...lagi pun bnyk khasiat.tdk suka pun telan jala..hehe
ReplyDeleteperia potong nipis2 pastu goreng garing2. Yummy!
ReplyDeleteMacamana ni I tak suka makan peria lah. Tapi kalau campur campur dengan ikan ke or telur ke kali boleh masuk juga hehehe.
ReplyDeleteain tak suka peria....
ReplyDeletetapi hubby suka, terutamanya goreng ngan telur....
maureen ~ takpe..mula-mula makan sikit lama2 makan banyak..hehe
ReplyDeletecahaya ~ mm..yum yum
SJB & Ain ~ sedap tu grg ngan telur
ReplyDeletesaya sangat suka makan peria..pahit pon tak pa kak..
ReplyDeletebaru semalam buat peria sambai udang.. ;)
peria katak selalu buat ulam cicah sambai belacan je;)