Salam,
Ni entri orang lapar. Kita sembang bab makanan pulak
Aku dilahirkan dan dibesarkan di sebuah kampung di Daerah Batu Pahat di Johor. Semestinya aku orang Jawa. (aku masih boleh bertutur bahasa Jawa walaupun telah lama duduk di Penang. Biasanya bersembang ngan mak di dalam telefon aku pun speaking la..eh eh..lari topik pulak)
Dulu waktu aku kecik2, aku selalu ikut mak aku dan makcik2ku pergi mengutip "jamur". Orang melayu sebut kulat sisir kot. Mengutip "jamur" mestilah di kawasan pokok2 getah yang telah ditebang. Paling best kutip "jamur" waktu selepas hujan. Berplastik2 kami dapat.
"Jamur" sangatlah sedap dimasak lemak cili padi. Mak aku suka wat masak lemak ni dengan santannya pekat-pekat dan cili padinya banyak2 sebab anak2 dia semua hantu cili padi especially aku (ratu cili padi).
Okeh..citer pasal cili padi pulak. Orang jawa panggil "lombok" kalau cili padi jadi "lombok rawit" (ni bukan nama tempat kat Indonesia yang selalu budak bawah umur tu lari k...tapi mungkin nama "Lombok" tu diambil daripada nama cili padi..hehe). Mak aku kata sejak aku kecik memang aku makan cili padi macam tu je. kira selamba badak je aku tokak cili padi a.k.a cabai melaka (tidaklah aku tahu kenapa ia dipanggil cabai melaka di utara. Adakah orang yang memperkenalkan cili padi itu dahulunya berasal dari melaka? arghhh..merepek lagi pulak..i'm sorryyy)
Kalau tak ada lauk, aku suka makan nasi putih ngan telur goreng buh kicap dan ulamnya cili padi. Fuhh..sedap tak terkata. Kalau nak best goreng bawang besar, ikan bilis n cili padi pastu buh kicap...yum yum..lauk paling best di dunia... (bagi aku lah)
Pendek kata, semua benda kalau boleh aku nak buh cili padi. Sampai sekarang, kat umah mesti ada stok cili padi, kalau tak hambarlah hidup aku. Paling aku ingat mak masak "sambal cili padi cepokak". Korang tau tak apa tu "cepokak"?
Cepokak a.k.a terung pipit memang my favourite. Tapi kat penang ni jarang pulak aku jumpa kat pasar. Kadang2 mak masak sambal cepokak tu buh santan sikit. Alamak sedap sungguh! Terbayang-bayang masakan mak yang sedap tu. Alamak, sah lepas ni aku kena cari gak salah satu daripada tiga makanan di atas.
Note : Semua gambar google jek.
kulat tuh dni pon sukeee.. nyum nyum ^_^
ReplyDeletedini ~ hehe dini ni pasal makanan suma suka tp kurus je akak tengok
ReplyDeletesaya pon ratu cili padi..
ReplyDeletekita sama!
:)
gula melaka pun ada jual kat penang..
ReplyDeletealamak.. ni nk kene try ni kulat sisir tu. kalau goreng pon best x? sbb org xmakan santan. hehe
ReplyDeletekulat tu kite penah kutip..masa kecik2.tp yg takleh timee kulat tu ..dia dok lepak bakang jamban tok gua..potong setim betui..terung pipit tu lak..arwah ayah gua nyer peberet..n cili padi tu wa n hubi mmg gemor bebenor.suke masakan pedeh pedaih
ReplyDeletetukang kata ~ takde cili padi tak bermakna waktu makan kita hehe
ReplyDeletezarie ~ ha'ah..betul3x..napa tak buh gula penang je kan?
ReplyDeleteEh...my favorite tu nasi putih dengan telur goreng. Sedappppp hehehe.
ReplyDeletesheh ~ xmakan santan? kalau grg gitu je takut terasa "earthy" sket..buh cili padi byk sikit kalau tak buh santan..
ReplyDeletelarra ~ kalau dok kampung memang jumpa suma makanan tu..seronok jadi org kampung haha
ReplyDelete