It's You!

Tuesday, April 6, 2010

Sandal oh Sandal



Salam,

Jangan terkejut bila nampak gambar kasut Xandra Camel Activeku ini di dalam blog, hehe. Ramai yang tanya kenapa minggu ni aku pakai sandal ni? Sebab biasanya aku mesti melaram ngan kasut-kasutku yang banyak dan bertumit 2 inci (lebih-lebih tak larat nak pakai). Ada sebab napa aku pakai sandal ni.

Hujung minggu lepas kan aku sibuk tolong hubby ngan adik ipar pasang lampu dan soket kat umah aku yang sedang direnovate. Ya, kami wat sendiri je semua keje wiring sebab adik ipar pandai wat kerja2 elektrik. Hari jumaat sebelum kejadian kami g beli lampu untuk 'umah baru'. Banyak jugak membeli dan separuh lagi guna yang lama.

Nak jadi cerita ari Sabtu tu aku pun tolong kutip lampu2 lama untuk dicuci dan dipasang semula. Malang plak aku terjatuhkan 3 biji lampu dinding yang comel so pecahlah ketiga-tiganya. Kakiku yang comel ini telah terkena kaca lampu dan berdarah dengan banyaknya tapi aku kontrol lagi. Sebabnya aku dah pecahkan lampu, huhu. Lepas cuci luka dan balut ibu jari hubby sound aku la sambil senyum-senyum "tu nak sabotajlah tu...nak lampu baru punya pasal bagi pecah lampu lama"...hehe aku bukan sengaja tau! Memang jatuh tapi lepas ni dapatlah lampu baru...tapi beli yg murah-murah je la..huhu.

Itulah sebabnya aku memakai sandal Xandra itu dan sebenarnya sandal tu pun ada kisah di sebaliknya, bagaimana aku boleh meminta hubby membelikannya untuk aku. Len kali citerlah..

3 comments:

  1. sy lagi suke pompuan pakai sandal..nmpk intelligence...cembam pn sy belikan satu..

    selesa, tak licin..tak melecet..

    ReplyDelete
  2. hemy ~ betul tu..nak jalan pun tak sakit kaki..hehe

    ReplyDelete
  3. Aduh...mesti sakit ni kan. Tapi tak apa yang penting dapat juga lampu baru hehehe. Anyway, hope your kaki will be ok.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...