Salam Rabu,
Selamat pagi kengkawan...dah breakfast ke belum? Aku belum lagi, maybe kejap lagi sebelum kul 9.
Hari ni bos baru masuk ofis setelah bercuti dan menghadiri mesyuarat di PTAR, UiTM Shah Alam. Pagi2 tadi nak jumpa dia untuk settle LO dan PB tapi dua bos kecik dah masuk awal lagi. Malas nak tunggu sebab for sure lama giles kalau diorang dah berjumpa. Balik dululah ke meja update blog hehehe...jangan marah e bos!
Ada satu artikel yang nak aku kongsikan ngan korang pagi2 ni. Tentang menjadi KETUA. Macam senang je kerja bos, dok dalam bilik, approve kerja, tandatangan itu ini dan bagi arahan...MACAM SENANG tapi susah sebenarnya. Nak handle orang bawahan yang pelbagai karenah bukannya mudah. Oklah, korang bacalah dulu k...
Ayark...nak jumpa time lunch huhu kena ke?
KETUA YANG DIRAHMATI ALLAH
Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan sekadar diukur kepada kecekapan seseorang ketua mentadbir dan mengarahkan staf-staf membuat apa yang diarahkan.
Seorang ketua dedikasi yang disegani adalah seseorang yang juga pandai menguruskan modal insan staf di bawahnya. Kerana terdapat kata-kata, seorang ketua yang baik adalah ketua yang dihormati, bukan ditakuti. Bererti segala amanah yang dilakukan adalah kerana hormatnya kita kepadanya, bukan kerana takutnya kita kepadanya. Itulah nilai seorang ketua yang dirahmati Allah.
Staf yang bekerja seperti robot tidak akan merasa kasih kepada organisasi yang dianggotainya. Tiadanya kasih akan menyebabkan tiadanya budi. Lantaran itu, sedikit demi sedikit mempengaruhi prestasi diri secara individu, prestasi jabatan secara berkelompok, lantas prestasi organisasi secara menyeluruh.
Ketua yang dirahmati pandai menjaga hati dan maruah staf dibawahnya. Namun tidak dapat dinafikan, adanya ketua yang pandai bermuka-muka. Malah bijak memanipulasi kata-kata. Ketua begini adalah racun dalam daging. Bahaya menanti di mana-mana. Nikmat bekerja berpasukan seharusnya menjadi budaya nilai kerja dimana-mana jua. Individu yang paling memainkan peranan ialah ketua sesebuah organisasi.
Bukan mudah menguruskan kerenah manusia, namun harus pandai membeza yang mana nila yang mana susu. Usah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Usah lupa jasa si susu yang berpatah arang membekal protein kepada kehidupan.
Ketua yang dirahmati Allah kuat nilai agamanya, kerana itulah jiwanya tenang. Kerana itulah jiwanya bersih dan hatinya tidak busuk dengan prasangka. Kerana zikrullah boleh mengusir syaitan yang rajin berbisik-bisik pada hati.
Suka diingatkan pada semua, jadilah ketua yang dirahmati Allah..
Note : Bos korang macamana?
saya tak suka kepada ketua yang tahu nak marah saja...tenggelam dalam ketensenan, tak tahu jaga hati orang bawahan, tahu nak pijak pijak pijak jer...huhuhu, sori. ter-emo plaks
ReplyDeletek.zue mmg x pernah jadi ketua..kuli batak ade le. smpai ke pencen le jadi kuli.
ReplyDeletemaksu ~ saya pun sama maksu, tahun lepas saya telah memberontak dan jumpa bos sebab tak puas hati..skang kami dah berbaik dah..ngeee
ReplyDeletek.zue ~ samalah kita..hehe
ReplyDeleteTeringat juga my boss dulu waktu tu belum kawin lagi heheh. Ya my boss dulu tu memang bermuka dua. Depan kita bagus sangat tapi di belakang huhu habis kita di pandang rendah. Tapi itu yang dulu lah. Sekarang ni my boss baik hehehe.
ReplyDelete