Salam,
Hah! Apa korang fikir bila membaca tajuk N3 aku ini? Jangan biru ya! Ini bukan tajuk hot semata-mata untuk tarik trafik tapi tajuk yang tulus suci..hehe... Aku dapat info ni dari Yahoo! Green.
Saja nak share ngan korang. Lepas ni jangan gaduh2 ngan apek/pakcik/macha kedai tu ek bila beli telur...
Mitos 1
Telur berkulit cokelat berbeza dengan telur berkulit putih
Haha..sebenarnya takde bezanya pun. Yang membezakannya ialah jenis ayam yang mengeluarkan telur itu. Ayam berbulu gelap bertelur telurnya kulit coklat, ayam berbulu putih bertelurkan telur kulit putih.
Ingat mat saleh je ke yg dapat anak kaler putih kulitnya? Khasiat dan zat yang terkandung di dalamnya masih sama ye kawan2...tak perlu risau.
Mitos 2
Telur organik lebih berkhasiat
Mungkin, tapi ia bergantung kepada diet ayam itu. Kalau ayam itu diberi makan 100% makanan organik, okla. Satu kajian yang dibuat di Penn State University dan Mother Earth News, mendapati telur daripada ayam yang makan rumput dan serangga mengandungi lebih banyak minyak Omega-3, vitamin E, A, dan D.
Pendek kata ayam kampunglah bukan ayam yang dibela di kandang secara besar-besaran tp time jual telur dia label organik.
Tapi kalau aku g membeli telur, mestilah pilih yang gred A. Hehe..sebab dia lebih besar dan puas dimakan. Lama pulak tak makan telur mata kerbau ngan kicap n cili padi, lawannya nasi putih yang panas. Hui hui..buat aku lapar la pulak di petang hari. Jom kita makan telur goreng malam ni!
sesekali layan telur masin best gaks, especially time selera jatuh merudum :)
ReplyDeletekalu saya pi makan kat sg dua,suka sgt tgk papan tanda tulis telur dibasuh..
ReplyDeletehahaha..siap wat pesanan lagi tuh..kelakar2..
tukang kata ~ betul betul! banyak kedai jual char kue teow skang tulis camtu..hehe
ReplyDeletekalau cek..cek amik yang berwarna coklat kemerahan..pasai kalo yg bewarna putih selalu kalo goreng meletup2..pasai banyak air..pengalaman cek sebagai peniaga ler..hehehe
ReplyDeleteBagi saya, rasa geli lah nak makan telur putih tu. Entah kenapa. Mahu juga telur coklat tu hahaha.
ReplyDelete