Salam Pagi Isnin,
Sibuk wat keje ke kawan2? Dah bekpes? Aku lom lagi tapi dah kul 9 pagi pulak...ralit check emel dan bersihkan inbox yang dah semak...(aku dah lama tak buka yahoo/gmail...skang pun cuma buka emel rasmi uitm je). Japg baru start keje..biasalah pagi2 hari Isnin, mood nak wat keje tu lambat sket tapi takleh la lambat sangat. So...biasanya pagi2 ni aku wat keje2 sampingan dulu samada kemas meja, wat filing atau check emel... Oh ya..ada sedikit info nak kongsi, bacalah..moga dapat kebaikan bersama...
Ular Yang Tidak Berdosa
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang 2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".
selamat pagi kak...
ReplyDeletekerja baik2 :) hehe...
pssstt... takot kan bila baca kisah2 tu.. dapat duit nuff kita bersedekah ye kak.. yukkk wat amal jariah ^______^
p/s: budak exam jam 2 sempat datang komen haha
dini ~ hahaha..nak exam ek..wat leklok k
ReplyDeleteBoleh imagine macamana ular tu di leher mayat tu. Takuttttttt.
ReplyDeleteSJB ~ betul tu...huhu
ReplyDeleteaduhh...terasanyaaaaa..saya cuba saya cuba
ReplyDeletehemy ~ sama2 kita amik pengajaran
ReplyDelete