Pagi-pagi dah sibuk dengan persiapan Family Day esok. Semua orang bantu sikit2 so tak terasa sangat. Jap g acara membungkus dan menghias hadiah akan berlangsung...so sebelum wat semua tu aku telah membahagikan tugas menggunting dan melaminate berbagai2 benda kat diorang..hahahahahaha
Oh ya..nak share sikit benda tentang FaceBook hari ni. Aku baca dalam Yahoo! pagi2 tadi. Harap2 blelah memberi sedikit info kat kita semua yang ada Facebook Account. 7 Perkara yang Perlu Dielakkan daripada Dilakukan di FB
1. Menggunakan Password yang 'lemah'
Elakkan menggunakan password yang terdiri daripada perkataan yang simple yang
boleh diperolehi di dalam kamus. Campurkan penggunaan huruf dan nombor untuk
membentuk satu perkataan adalah digalakkan. Teknik terbaik ialah dengan menyelitkan
nombor dalam perkataan.
Contoh ThR33s0m3
2. Meletakkan tarikh lahir lengkap anda di dalam akaun
Kita akan mudah menjadi mangsa pencuri identiti kerana mereka boleh menggodam info tentang
kita. Cara terbaik jika telah berbuat demikian ialah dengan mengedit informasi tentang diri
kita di Akaun Facebook dan pastikan tarikh lahir tu taklah lengkap .
3. Gunakan Sepenuhnya "Privacy Control"
Kita setkan je akaun kita kepada kawan2 terdekat je untuk mengelakkan pergerakan gambar, info
dan lain2 tentang kita berlaku di luar kawalan. Bagi akses untuk yang benar2 kita kenal sahaja.
Lebih selamat begitu.
4. Posting nama anak sebagai caption gambar
Yang ni aku tak pasti kenapa? Mungkin untuk mengelakkan penculik2 di luar sana untuk ambil
kesempatan rasanya. Bayangkan dia tahu nama anak kita, pastu time nak culik tu dia panggil
nama anak kita..For sure anak kita akan terpedaya ngan penculik itu.
5. Memberitahu yang Korang Tiada di Rumah
Yang ni macam korang bagitau kat semua orang yang kat umah takde orang lah kan...senangnya
pencuri nak aim umah korang...eh..eh..umah kita..
6. Letting Search Engines Find You
Dalam artikel yang aku baca ni kata, untuk mengelakkan orang yang tidak dikenali mengakses
page korang, g kat Search section dalam akaun Privacy Control FB korang dan pilih Only Friends
untuk Facebook Search Result.
7. Jangan benarkan kanak2 di bawah 12 tahun menggunakan FB tanpa
pengawasan orang dewasa.
Banyak kes yang aku baca di negara barat, penculik dan pengamal seks di luar tabii mencari
mangsa melalui laman sosial seperti FB. Mangsanya biasalah...kanak2 yang boleh digula-gulakan
dengan kata manis (orang dewasa pun jadi mangsa)
Oleh itu marilah kita berFB dengan selamat. Orang kata beringat sebelum kena. Sama-samalah kita ingat mengingatkan. Ok..chalo..nak wat kerja best iaitu Balut Hadiah...Daaaa
good info pagi2 jumaat ni :) yg kita ikut, penggunaan privacy control tu je. privacy sungguh sampai husband sendri pun takleh tgk few things heheh.
ReplyDeleteadia ~ haha..bagus tu..
ReplyDeletetq 4 th tipsss
ReplyDeletebanyak keburukan dr kebaikan?
ReplyDeletenana ~ sharing is caring
ReplyDeletecahaya ~ mmm bila difikirkan, begitulah...tp kalau kita beringat mungkin ble elak yg buruk
ReplyDeleteThanks for the info. Memang betul ni. Ada kebaikan dan ada juga keburukan dia. So berhati hati lah.
ReplyDelete