It's You!

Monday, May 31, 2010

Aiskrim Malaysia

Salam,

Tengah hari ni korang buat apa? Tidur ke? Aku tak reti nak tidur di tengahari. Rasanya kalau tidur tengahari lagi rasa ngantuk dan mamai lepas bangun. Kat umah pun kalau cuti jarang tidur tengahari..biasanya baring depan tv. Kadang2 mata nak tertutup gak tapi setakat 2-3 minit tutup dah terbuka balik.

Aku carik gambar dalam google je...sedap tol..baru tgk gambar dah rasa sejuk gigi..camna tuh?

Aku bukan nak citer pasal tidur tengahari. Tetiba aku teringat "aiskrim malaysia" waktu panas2 macam ni. Ada yang tak tau apa itu "aiskrim malaysia" ke? Dulu waktu aku kecik2, kalau balik sekolah mesti beli aiskrim malaysia. Perisa yang aku paling suka ialah milo. Tapi ramai gak yang suka beli perasasirap bubuh asam boi, oren buh asam boi, anggur dan pandan. Kadang2 makcik tu buat aiskrim cendol...

Dulu aiskrim ni harganya 10sen je. Kadang2 kami patah dua sebab kongsi. Sebenarnya tak susah pun membuatnya. Just buat air milo yang kaw..(suka milo yang cukup susu dan milonya..ada makcik yang lokek buh milo ciput je..jadi aiskrim milo tak sedap). Lepas tu buh dalam plastik panjang n ikat. Buh dalam esbok (orang jawa kata fridge) tunggu keras. Dah keras, bolehlah dinikmati.

Ada tak orang buat lagi aiskrim malaysia ni? Lama tak nampak. Budak2 skang mana layan aiskrim malaysia. Diorang lebih gemar aiskrim Paddlepop (macam Danish & Danial). Aiskrim malaysia ni dah sure tak mengandungi gelatin dan pengawet. Nak makan pun tak payah nak was2 (kecuali korang was2 ngan kebersihan makcik tukang jual). Harga pun murah.

Kenangan makan aiskrim malaysia akan sentiasa diingatan..korang ingat tak?hehe...Ok..daaa

14 comments:

  1. hi kniedaz...
    izan kalau rajin buat sendiri. tapi kalau malas, suruh muhaimin beli seringgit 5 batang kat jiran satu row ni je...

    **kami mmg penggemar aiskrim mesia!! tak balik johor ke?

    ReplyDelete
  2. dni suka buat sendiri tau perisa jagung, milo, asam boi, dan juga mangga. kekadang buat perisa nagka.. hooo sedap kak!

    ReplyDelete
  3. suke perisa asam boi.

    perghh...siap jilat tepi aiskrim tue dulu baru gigit simpul dier..

    ReplyDelete
  4. izan ~ yeke? hehe best kan makan eskrem malaysia..
    ada plan nak balik cuti sekolah tapi tak pasti jadi ke tak..hehe

    ReplyDelete
  5. dni ~ perisa nangka? sedap ke?

    ReplyDelete
  6. aujinz ~ asam boi..sedap gak bila teringin yg masam2 manis..hehe

    ReplyDelete
  7. fuh..mmg teringat betul..tp sy nye peberet kalau bubur kacang hijau..fuh.jadi eskrem..memuah betul rasanya

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. saya suka kacang hijau ngan asam boi waaaa....nati ank i dah besar sikit i nak buat letak stok banyak2 kat umah hehhee jimat buat askrem sendiri kalau beli tuh dah banyak sangat bahan2 awet dia perisa la bagai tak elok...

    ReplyDelete
  10. hemy ~ oo..sedap tu..aiskrim bubur kacang..yum yum

    ReplyDelete
  11. ibuelysha ~ betul tu..tp skang budak2 nak aiskrim mahal jek..huhu

    ReplyDelete
  12. suka sesangat ais-krim nie , paling suka perisa asam boi . harga selalunya 10 sen atau 20 sen jer .

    ReplyDelete
  13. Ingat heheh. Sama lah kita tu saya pun suka perasa milo heheh. lagi lah saya suka kalau perasa bubur kacang, mmmmmmmmm memang sedap.

    ReplyDelete
  14. NAK!!!!! Perisa asam boi ada tak?

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...