Salam,
Ceriakah korang hari ini? Aku ceria tapi banyak kerja. Curi2 masa siapkan entry pagi ini. Pagi tadi telah selesai menyusun semula buku-buku di rak RUJUKAN. Banyak betul buku rujukan yang tidak dibaca oleh student dan lecturer. Agaknya diorang dah malas nak membuka lembaran buku sebab lebih senang mencari info di internet.
Tapi bagi aku, buku mempunyai 'sentimental value' yang tersendiri especially kepada pencinta buku seperti aku. Bayangkan, korang memang suka membaca sebelum tidur. Takkan korang nak buka lappy n baring sambil membaca dari lappy? Lenguh la tangan nak pegang. Kalau buku, kan sedap je korang baca sambil baring santai...
Ini ada sedikit info tentang sejarah BUKU yang aku baca daripada sebuah ensiklopedia yang ada di atas rak. Layan la info ni jap..
Buku telah digunakan oleh manusia sejak lebih 5000 tahun dahulu. Waktu tu buku berbentuk lembaran kulit kayu, kepingan tanah liat atau lembaran kulit haiwan.
Tahun 2700SM (sebelum masihi), bangsa Mesir Kuno telah menggunakan kulit papyrus yang banyak tumbuh di pinggir Sungai Nil sebagai medium untuk menulis. Perkataan "PAPER" berasal daripada "PAPYRUS"
Sekitar 300SM, bangsa ROM telah menggunakan kulit haiwan yang lebih kuat dan tahan terhadap iklim untuk menggantikan papyrus. mereka juga mula mencipta jahitan yang menyerupai penjilidan buku.
Itulah sedikit sebanyak info tentang buku. Tak rugi kalau rajin membaca buku.
dapat info berguna rini.. thx..
ReplyDeletepapyrus.. akan ku ingt nama tue.. =)
sejarah buku...
ReplyDeletetapi apa2 pun..walau intenet ke apa yg dah moden..buku jugak di cari apabila semua benda jem....
kena jugak cari manual....
kertas alquran dibuat dari apa?
ReplyDeleteRoronoa Zoro ~ Papyrus ngan Roronoa bukan adik beradik ke? Mana dapat nama Roronoa tu? hehe
ReplyDeleteasha ~ ye..buku tetap di hati..tak pasti pulak Al-Quran dulu dibuat dari apa..mungkin pelbagai sumber kot..rasanya kulit haiwan..kena cari jawapan nih
ReplyDeleteBetul tu. Eh..buku hari tu yang saya beli from kk pun belum lagi habis di baca kekek.
ReplyDelete