It's You!

Tuesday, May 4, 2010

Makanan & Diet?

Salam,

Pagi kawan2, korang dah bekpes? Lambat update hari ni sebab siapkan beberapa kerja yang menunggu untuk diselesaikan. Aku dah makan bihun goreng pagi2 tadi sebab rasa lapar pulak. Macamana tak lapar, semalam petang makan bihun tomyam je. Dah lama tak makan malam (cuma hari minggu je makan malam). Kalau hari bekerja balik kerja kul 5 tu aku & anak2 memang dah makan siap2 so malam takdela nak makan lagi. Macam diet pulak walaupun tak diet hahaha.

Bila pagi tadi dah makan berat (bihun goreng tu kira beratlah kan?), tengahari ni rasa kenyang pulak so tadi bila budak2 lelaki ni g makan, taklah tapau nasi cuma kirim air bandung je. Petang karanglah pulak aku makan.



Saja buh gambar lama ni..kuruskah aku dulu? Comelnya Danial dulu haha



Ni gambar baru..skang kurus ke dulu kurus? Danial pun dah besar

Tapi skang ni rasa malas nak makan nasi sangat. Rasa tak selera pun ada. Lainlah ada mak masakkan asam pedas johor yang pekat dan pedas giler. Wah, sedapnya! Lama tak balik kampung memang macam ni lah jadinya, tapi sejak Danish dah masuk Tahun Satu ni, susahlah nak balik Johor kerap. Kena tunggu cuti sekola baru leh balik. Huuhu..lama lagi tu bulan 6 baru cuti sekolah.

Tadi ada baca entri kat blog
Darkbatman pasal kempiskan perut..macam nak wat hehe..maklumlah perut pun dah naik tapi taklah senaik perut hubby si bear bear comel tu..hehehe. Tapi tahap kemalasan yang berada di tahap gaban ini membuatkan aktiviti2 senaman seperti itu akan tertangguh aja. Poyos betul ko ni Kniedaz! Malasnyerr

Eh..eh..banyak pulak aku merepek ni..nak sambung wat keje lagi. Berhenti kejap tadi sebab mata dah berpinar tengok details buku-buku ni. Daaa...


Note : Bila aku highlight nama2 makanan dan kata kunci dalam n3 aku ni baru aku tau, aku menulis tentang makanan dan diet upanya..hahaha..mahu dietkah aku ini?

12 comments:

  1. perghh!! asam pedas pekat dan pedass giler memang bestttkan! :)

    ReplyDelete
  2. eh lunch i hari ni asam pedas hehe jgn jelous :P

    erk dalam pic nampak mcm dulu kurus? ke camera trick ni. ala ta kurus pun takpe janji sihat kan :)

    ReplyDelete
  3. dulu ada semangat nak dieet, skrg semangat dah terbang, huhuhu

    ReplyDelete
  4. ieda ~ sedap kan kan kan..huhu T_T ble nanges ingat asam pedas nih

    ReplyDelete
  5. walaweh mesti sgt sedap itu asam pedas daaa.. lapar nih..

    ReplyDelete
  6. adia ~ apa?!! makan asam pedas waktu lunch ....owhhh tidak!!!

    xde trick la...

    ReplyDelete
  7. Saya pun mahu ikut ni. You tahu lah perut buncit ni susah betul mahu kempis hahaha.

    ReplyDelete
  8. SJB ~ betul2 nampak macam kurus tapi ada spare tayar daaaa

    ReplyDelete
  9. sy ada wat entri pasal senaman mudah utk perut gak;

    http://hasnulefendi.blogspot.com/2007/09/exercise.html

    ReplyDelete
  10. hehehe... samo lah kita..

    sudah mencanak2 lemak dalam badan dah ni.. huhuhu

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...