It's You!

Monday, July 22, 2013

The Girls

Salam,

Hari Isnin tak boleh malas-malas. Banyak pulak kerja nak buat. Nanti kita sembang lah ye. Nak tempek gambar cik kak Pau Kacang ni. Semalam dia dah bertolak ke Kuala Lumpur dengan Mummy Yon dan Tok Ibu. Mereka pi rumah Along (abang Mummy Yon). Hari Rabu baru balik Penang. Bila saya call nak cakap dengan dia, dia takmo cakap sebab busy main dengan Aatif Zayyad, anak Along. Bila dah berjalan, dia lupa kat mama ya.



Yana di kampung baik-baik sahaja. Cuma aritu tok dia "tangkap" dia dalam bilik Cik Man, tengah belek album gambar dan tengok gambar SAYA. Oh..anak mama..rindu kat mama ya...Mama laaaagi rindu kat Yana. Insya Allah nanti kita jumpa seminggu sebelum raya. Time tu mama nak peluk cium dan gomol Yana puas-puas. Bila call mak je mesti saya ajak dia cakap dalam phone. Kekadang dia mau bercakap, kadang-kadang ralit bermain.

Nota kaki : Minggu ni kami semua tidur rumah MIL sebab lebih dekat dengan tempat kerja dan sekolah. Nanti, lepas Mummy Yon kahwin, kami akan berpindah balik rumah MIL supaya senang ke tempat kerja/sekolah dan tempat mengasuh. Mmmmm.....

10 comments:

  1. Mungkin seronok kak dpt more attention..dpt kawan..tuh yg leka sgt yana yani nie..:)

    ReplyDelete
  2. seronok dapat bermalam kat rumah MIL lama.. ada peneman.. tak sunyi.. lagi pun meriah sikit MIL bila berbuka kan.. yana memang comel..

    ReplyDelete
  3. alo..lo..lo...comel je depa ni...
    Dulu pa'e duk dgn mak sy mcm tu gak, kejap nak cakap dgn sy..kejap tak mau plak.. nenek dia rajin tunjuk gambar sy kt dia.. hehe...

    ReplyDelete
  4. Cik Kak Pau Kacang.... Heheheheh... Lucu

    ReplyDelete
  5. Yana tu rindu kat mama sangat2 tu tapi tak reti nak expresskan...Balik karang,jumpa dia, entah2 dia yg sayu dan tak renggang dengan mama..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal dari Che Mid.. cute mute blog ni, dihiasi dengan kisah 4 anak-anak comel...

    ReplyDelete
  7. tak meragam tu okay la. anak2 ni kdg2 tak mau dgn org kan. jenis yg tak kisah la yg buat mak rindu2an. hehehe...

    ReplyDelete
  8. Asyik berjalan je dak cik kak tu Kniedaz...Mama honeymoon le hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...