Kalau semalam kisah kuih raya, hari ni kisah pendek tentang duit raya dan sampul duit raya. Mesti sekarang dok sibuk nak tukar duit di bank kan? Kadang-kadang terfikir juga, kita boleh je bubuh duit tak baru dalam sampul duit raya tapi nak juga tukar yang baru di bank. Agak-agaknya, kalau budak kecik, kita suruh pilih antara duit lama RM10 dengan duit baru RM5, mana yang diorang amik ye? Nak amik yang cantik baru ke atau amik duit yang buruk? Hehehe...
Zaman sekarang buh duit RM1- RM2 pun budak-budak pandang sebelah mata. Macam tak ada nilai pulak. Zaman saya kecil-kecil dulu, dapat 20 sen tu kira dah seronok gila. Kalau orang bagi RM1, wah dah kira kaya tu. Lepas tu sanggup beraya di setiap rumah dalam kampung dari pagi sampai petang. Raya kedua siap boleh beraya di kampung sebelah sebab nak kutip duit raya.
Zaman sekarang, duduk rumah pun boleh dapat duit raya. Yang peliknya, kadang-kadang tetamu pulak yang bagi duit raya kat anak tuan rumah.
sampul duit raya saya...
Kita cerita pulak pasal sampul duit raya. Mr Hubby memang setiap tahun hobinya mengumpul sampul duit raya. Setiap tahun dapat banyak sampul duit raya tapi dia tak bagi kita guna sampul tahun ni. Kalau nak guna, kena guna sampul yang tahun-tahun lepas. Saya pulak jenis suka guna sampul raya yang paling cantik sekali. Kalau design tak berapa syok, macam tak best pulak. Hehehehe....
Tahun ni, korang tukar duit raya banyak ke? Saya tak ambil tahu tentang duit raya. Selalu yang tukar duit, Mr Hubby la. Bila waktu nak isi duit raya dalam sampul, baru dia panggil. Kena isi siap-siap dan asing pulak untuk anak-anak, anak saudara dan yang biasa-biasa. Untung kan jadi budak-budak..kerjanya ngutip duit je. Ni kira kita bersedekah kepada mereka sempena hari kegembiraan kita. Bukannya benda yang wajib tapi sekarang ni, macam tu pulak kan?
assalamualaikum ida..
ReplyDeletedah teruja sangat nak raya kan.. lebihkan anak2 kecil lagi.. wahahaha..
tul tu.. dulu2 tuan rumah kena bagi duit raya.. skrg ni tetamu dan tuan rumah bertukar2 duit raya lak.. kitorang adik beradik pun dasyat gak.. hahahaha.. yang best lepas tu kira duit raya anak2 dapat bape.. wahahaha..
tahun ni nani tak beli sampul.. hari tu gi beli barang kat OK baby warehouse dapat dah sampul free 3 pek.. lepas tu beli barang kat Sogo pun dapat lagi 3 pek.. hmmm.. order dominos pizza pun dapat sampul gak.. :) jimat duit.. tahun lepas beli sampul upin ipin rm 10- 3 pek.. rugi rugi..
Aina dah tukar tapi sampul raya tak ada rasanya kena belilah kot.
ReplyDeletei pun cam u sis...
ReplyDeletesuka pilih sampul2 yg lawa and bagi...
baru rasa syiok nak memberi hehehehehehe...
Kitorang adik beradik pun suka kumpul sampul raya, boleh recycle next raya pulak. Bagi sampul raya pada bebudak ni psikologi kena kuat. Hati mahu sabar. Tak tahan sabar tak payah bagi duit dalam sampul raya, bagi bogel aje. Kenapa?
ReplyDeleteSebab, bagi kat depa waktu pagi, petang karang pi rumah depan, haa melambak sampul raya kosong jadi sampah kat luar rumah. Hampeh tak? Membebel aje karang.
konsep duit raya dah ditukar kepada sedekah kepada budak-budak... tu yang tak kira anak tuan rumah ke tak..
ReplyDeletetak tukar bykpun..cukuplah utk bg anak2 sedara dan sepupu.
ReplyDeleteSy pun suka pilih sampul cantik2 utk letak duit raya nak distributed kat tetamu.
ReplyDelete