It's You!

Monday, August 26, 2013

Kisahnya

Salam,

Selalunya tak kira pun hari ni dah raya ke berapa. TAhun ni, teringin nak kira sebab teringin nak buat puasa enam. Awal-awal aritu tak buat sebab asyik nak makan je. (Nafsu betul). Lepas tu, biasalah orang perempuan, ehem ehem je dah seminggu. Minggu ni baru free so boleh la puasa. Dah 19 Syawal dah, harap-harap sempatlah puasa enam dan ganti sekali. Kalau dapat banyak hari pun ok juga kan?

Alkisahnya, saya dah plan pagi ni nak bangun awal untuk masak nasi goreng. Kononnya nak makan waktu bersahur la. Boleh juga Danish bersarapan dengan nasi goreng pagi ni. Jam hp dah kunci jam 4.40 pagi. Ok...set.

Jam 3.30 pagi saya terjaga. Tengok jam di hp lepas tu boleh pulak tidur balik. Bila tidur balik, memang sah la terlambat. Bangun tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Kejut Danish suruh dia mandi dan saya pun berilat di dapur. Tengok jam lagi dah pukul 5.45 pagi. Tak boleh jadi ni, ambil cawan, buka peti ais minum air masak. Lepas tu minum susu coklat Dutch Lady.Siap goreng nasi sempat rasa dua sudu, lepas tu azan. HUhuhuhu...bukan rezeki saya la tu. Sedap je tengok Danish makan nasi goreng ngan telur goreng pagi tadi. Insya Allah perut ni akan tahan sampai ke Maghrib sebab dah biasa puasa sunat tanpa bersahur cuma minum air saja. Lagipun, bukannya buat kerja berat, duduk pun dalam bilik berhawa dingin so tak ada masalah la.

Saya pernah terbaca tapi lupa di mana tentang tidur dan jaga ni. Kalau kita merancang untuk bangun sekian-sekian waktu tapi lepas tu kita "digerakkan" awal dari masa tu, janganlah tidur. Mungkin Dia gerakkan kita untuk buat sembahyang sunat, membaca al-Quran. Ada sebabnya yang kita tak tahu. Insya Allah, lepas ni kalau terjaga sebegitu teringin nak solat sunat dan membaca al-Quran. Mungkin Dia tahu kita tak berkesempatan nak buat semua tu di siang hari so Dia beri kita waktu di dinihari.

Nota kaki : Mr Hubby dah pulang malam tadi. Membawa "bika" dari Medan. Untuk saya dan MIL, dibelikan seorang sepasang kain sutera bersulam tampal. "Terima kasih pa. Nanti boleh hantar jahit. Hehehe"

9 comments:

  1. selamat berpuasa kak.. :)
    sy pun kalau nak terjaga sekian waktu, tp mesti terjaga awal dari tu.. selalu jgk jadi..
    suma dalam fkiran saya tido tak nyenyak..tido berjaga2.. knapa la tak terfkir ke arah tu kan..
    thanks for sharing kak..

    tambah duit tabung sekali.. :)

    ReplyDelete
  2. malaikat kejut tidor..
    setan suh sambung tidor..

    ReplyDelete
  3. kena reset jam biologi juga tu...

    ReplyDelete
  4. Selalunya macam tulah terjaga tido balik lepas tu terbabas.

    ReplyDelete
  5. untung rrr., orglen bawak 'madu' dari medan.,ahhHKs

    ReplyDelete
  6. selamat berpuasa...asha pun cadang nak berpuasa minggu ni sbb asha pun baru jerk bersih..ehehhehe....tapi mgu ni cik abe oustation lagi...uhuhuhu jadi penat skit ni kalo dia takde...thari nak kena amik anak..nak anta KAFA lagi....inshaAllah next week ingat nak puasa direct...

    ReplyDelete
  7. betui tu k ida, riena pun kalau tido blk klu terjaga awal mmg terbabas la. tp skrg alhamdulillah, dah training lps ramadhan hari tu,kalau terjaga atas pukul 4 mmg tak tdo balik. hrpnya takdelah kes terbabas2 ni. amin. huhu

    ReplyDelete
  8. even kalau kita terjaga nak buang air waktu malam pun...sebenarnya digerakkan kita untuk bangun! tapi...kita ni yg sering lalai...tidur semula..(kak le tu..)

    ReplyDelete
  9. Betul tu, bila dah tak niat nak puasa, automatically asyik nak makan aje. Siap buat senarai lagi makanan apa yang nak dimakan. Hampeh tak hampeh tu?

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...