Salam,
Sekejap je dah hari Jumaat. Toleh kiri dan kanan kawan-kawan di ofis ni memanjang tak ada. Bukan curi tulang ye tapi menghadiri kursus, bengkel dan program. Bila ada selalu nak gaduh, bila tak ada rasa sunyi la pulak. Itu semua lumrah kan? Benda yang ada di depan mata, kadang-kadang tak dihargai dan kita selalu take for granted sahaja. Bila sesuatu yang dipunyai itu hilang, barulah terasa kehilangan dan menyesal tak sudah. Peringatan buat diri saya juga.
Lama kan tak cerita tentang anak-anak. Semakin hari semakin membesar dan perangai pun dah macam-macam. Waktu baik, rasa aman je rumah tapi bila time havoc, adui la...rasanya satu taman boleh dengar suara diorang menangis dan suara mama yang macam tarzan. Redha je la. Anak-anak sedang membesar.
Kadang-kadang bila difikirkan, sebenarnya setiap masalah, kita dah tau jalan penyelesaiannya cuma kita saja nak buat teruk. Nak juga semakkan kepala. Itu selalu berlaku kepada saya. So sekarang, nak belajar cuba buat rileks je. Orang kata buat don't know. Jangan ambil serius sangat tentang masalah. Nanti stress.
Tapi satu bab ni tiada kompromi bagi saya iaitu kebersihan. Saya boleh hangin satu badan kalau rumah bersepah. Bagi saya, setiap benda ada "rumahnya'. Di mana kita ambil, di situlah kita perlu pulangkannya. Janganlah biar ia tersesat tidak bertemu jalan pulang. Satu lagi, saya sangat tak suka kalau lantai melekit, itu sebabnya saya perlu menyapu dan mengemop hampir setiap hari. Tak sempat? Oh...tidak ada istilah itu jika berkenaan kebersihan. Saya lebih rela tak makan dari makan di meja yang bersepah. Saya perlu tekankan selalu tentang kebersihan kepada anak-anak supaya bila mereka berfikiran sama macam saya secara automatik mereka pun akan mudah menjalankan tugas2 pembersihan.
Saya sebegitu kerana selalu berfikir, kalau rumah kemas, teratur, bila ada tetamu datang mengejut tentulah tak kelam kabut nak mengemas. Lagipun, bukan ke kebersihan itu tuntutan di dalam Islam malah semua agama. Fikiran akan jadi tenang bila rumah kita sentiasa kemas.
Eh...tadi kan konon nak cerita pasal anak-anak kan? Tetiba melencong jauh pulak. Tak pelah...lain entri kita cerita pasal anak-anak. Salam Jumaat semua teman-temanku. Moga hari kita diberkati dan dilimpahi rezeki hari ini.
Tapi kalau rumah yang ada anak atau anak-anak, memang jangan harap la akan sentiasa berkemas. Kalau bersepah, biasanya mainan dia la, saya akan pujuk dan ajar dia kemas balik mainan. Dah main nanti, letak balik dalam bakul ya? Budak kecik memang jarang nak ikut cakap, tapi apa pun kena sabar.
ReplyDeleteChewwah, pandai pulak bagi nasihat ya? Hahahah
ok la tu intro dan ending - anak-anak. ahaks
ReplyDeletekueh
Kalau ikutkan mmg particular psl kebersihan nie..tp sampai 1 stage bila dah ade anak..bagaimana mrk keep on menyepah rumah..bila dah letih mulut membebel tangan mencubit..kadang tgk jerlah. yg mampu.:)
ReplyDeletehah samalah. boleh angin satu badan. kadang2 dgn pak farah marah haha. geram. tp la ni fara try to be cool. Ajar zara kemas, kadang2 kemas dgn dia sekali. if dia kemas sorang2 dia akan bgtau mummy dah cantik. then farah terus puji. kata anak mummy ni pandai rajin. terus dia happy hehe..
ReplyDeleteBetul tu Fara...kena ajak dan ajar si kecil mengemas sama..kalau kita je dok membebel dan buat semua kerja, diorang tak terkesan...
Deleteyang ni lagi satu pasal bersih...budak umah sewa sy dah berapa kali dah kene sound kalau xnk basuh pinggan n gelas lepas makan makan skali dgn pinggan n gelas..haha~!..akak ni perangai mcm sy jgak...haha...eyh..sy yg perangai mcm akak sbb akak lahir dlu..haha~!
ReplyDeleteHahaha...ketawa sorang2 kak baca komen Ayub ni...kalau takmo basuh pinggan, makan atas daun la...ble terus buang...perangai kita sama sebab tu kita boleh ngam kan Ayub ^_^
Deleteyela kak..kebersihan tu dituntut kan..
ReplyDeleteOkje pun suka makn atas meja yg tak semak Kniedaz...rasa lapang sikit dada ni hehe... Bukan senang nak train anak2 anak ni...tak boleh jemu!
ReplyDelete