It's You!

Thursday, August 22, 2013

Kesayangan Hamba

Salam,

Seharian ni sibuk ke hulu ke hilir mendapatkan tandatangan Rektor dan Timbalan Rektor untuk kelulusan peruntukan Program Hari Mesra Pelanggan Perpustakaan. Ada yang meeting, ada yang buat tugasan luar. Jenuh telefon dan plan pejabat mana nak redah dulu. Bila kerja ni tak pernah kita buat, baru pertama kali, rasa macam sukar tapi bila dah jejak kaki ke pejabat mereka dan bertemu kawan-kawan di sana, rasa seronok pula.

Ya la...selalu duduk dalam library je, tak pernah keluar dari library kecuali ada program yang melibatkan semua staf uitm. Kadang sampai orang tanya, ni staf baru ke? Tak pernah nampak pun. Huhu..camna nak nampak, kerja kami ni dikelilingi buku je. Bila duduk di kaunter barulah merasa glamer sikit sebab ramai yang kenal. Kalau dalam pejabat, terhadlah kenalan yang ada.

Okla..dah tengahari baru nak update blog. Letih berjalan pun tak habis lagi. Minggu ni pula saya dan anak-anak tinggal dengan BIL dan MIL saja. Mr Hubby akan bertolak ke Medan, Indonesia kerana mengikut rombongan perkahwinan sahabatnya. Tinggal tak apa, pa...tapi ole-ole buat kami jangan dilupa ya! Huhuhu...

Itu je nak cerita...nah tempek sekali wajah-wajah kesayangan hamba. Walaupun kadang-kadang marah, gaduh mulut atau terasa hati, tapi mereka adalah kesayangan saya selama-lamanya. Ada juga yang gambarnya tak ada, sebagai contoh adik lelaki saya di kampung dan juga Mr Hubby yang susah nak bergambar, tapi saya tetap sayang. I love you all!

My SIL with her husband

My husband's cousin with his wife


My dear sister with her family..

My precious children and their cousins

My mother with her granddaughter and grandsons

My MIL and BIL



11 comments:

  1. Bkn semua org suka bergambar kan ;) sesekali apa salahnya kan

    ReplyDelete
  2. meriah.. ramai sanak saudara kan.. best big family camni... seBIG big kitorang pun tinggal 3 keluarga je tahun ni raya kat rumah mak.. sepatutnya 6 family tau.. hehehe.. :)

    ole ole indo mesti la mau kan.. wajib tu.. habuan ubat org kena tinggal.. :P

    ReplyDelete
  3. meriahnyerr uools..,selamat hariraya makk kniedaz tuu.,ehHHe

    ReplyDelete
  4. laaa tak de gambar family ke.... payahnya cik somi tu nak bergambar yek...

    ReplyDelete
  5. erm..samalah dgn hubby sy..mmg tak suka bergambar...huhu
    apapun bila sesekali bergambar tu mmg nampak sweet...:)

    ReplyDelete
  6. Mereka yang kadang2 jauh di mata tetapi dekat sangat kat hati. Sayang ketat2.

    ReplyDelete
  7. Wah sporting memasing bila bergambar kan?

    Saya? Huh jangan harap. Saya ni antara makhluk Tuhan yang camera shy. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. saki baki kuih raya masih ada lagi ke hehe

    ReplyDelete
  9. ayah sy susah nak diajak bergambar.. fmily sis sporting je.. :)

    ReplyDelete
  10. Untungnya mereka sebab ada insan yg menyanyangi...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...