Salam
Semalam kami semua gi GM Klang. Nak cari baju anak-anak kat sana. Kalau boleh, takmau ke KL sebab mesti jalan jam.
First time gi GM Klang. Sebelum ni cuma dengar cerita saja dari member-member yang dah pernah sampai. First impression, macam Tanah Abang, Jakarta pulak. Menjual borong tapi kalau nak beli selai dua pun boleh. Di bangunan baru yang 7-8 tingkat kalau xsilap ni...pelbagai barang ada. Suasana memang meriah tapi sangat selesa. Sejuk je. Cuma sebab xpernah pi lagi, so sistem mencari kami pun tunggang langgang. Alhamdulillah...dapat baju si kembar.
Lepas gi GM...kami ronda pulak Aeon Bukit Tinggi sebab nak cari baju kemeja di abang. Dah alang-alang kat situ...kami berbuka je kat sana. Itupun nasib baik dapat seat kol 6 petang. Semua tempat makan fully booked..itu tandanya betapa ramainya orang ada di sana. Solat pun dalam shopping complex je. Lepas berbuka baru kami balik. Yani pun ok je..tak meragam.
Hari ni tak pasti pula nak ke mana sebelum balik. Tengoklah nanti. Ingat nak cari sepasang baju kurung. Baju kurung saya tak siap dijahit lagi. Huhu
memang besar ye gm klang tu..
ReplyDeletedah siap yer persiapan raya..selamat hari raya yer kniedaz =)
ReplyDeletewah jauhnye soping....
ReplyDeleteasha pun tak pernah sampai kat sana...mesti menarik kan
Khamis lepas saya pergi Aeon Bukit Tinggi. First time. Parking ia best, walaupun agak tercangak-cangak mencari jalan masuk. Awal pagi lagi, so parking pun kosong. Urusan sekejap shj, so free-charge parking la.
ReplyDeletekniedaz duduk mana?
Saya selalu jugak lalu depan GM Klang ni...Tapi tak pernah masuk lagi...:)
ReplyDeletememang .now semua shopping mall pun penuh kan. gi mana pun ramai betul manusia
ReplyDeletegambar yang akhirtu GM lama diambil dari GM yanga barukan... seronok gak kalau shopping kat sanani...
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin..
meriah kan raya tahun ni..,iHHikks
ReplyDeletesalam. ..kejap jer dah raya ke-3.
ReplyDelete