It's You!

Tuesday, August 6, 2013

Masak Punjungan

Salam

Kami dah selamat sampai di kampung awal pagi semalam. Lepas sahur, terus bersiap dan selesai je solat subuh kami terus bertolak dri Putrajaya. Jalan pun masih ok...x ada jam.

Pagi tadi lepas subuh, duduk sekejap bersembang dengan adik bongsu saya. Bila balik kampung macam ni, barulah seronok bergosip bgai. Jam tujuh pagi dah sibuk ke dapur...memotong tauhu..tempe..kentang..bawang suma untuk memasak sambal goreng..ayam masak merah dan sambal kacang. Hari ni kami buat punjungan (menghantar makanan ke rumah2 jiran). Di sini adat berbalas2 makanan masih lagi diteruskan. Seronok kerana dapat merasa pelbagai jenis lauk-pauk yang khusus untuk ketupat. Tapi skang diorang dah tak rebus ketupat daun dah...dah ganti ngan nasi himpit je...mudah dan cepat.

Oklah..itu saja nak cerita. Nanti kita cerita lagi. Nak tolong2 apa yang patut lagi di dapur.

9 comments:

  1. nak tengok macam mana rupa punjungan tu..

    ReplyDelete
  2. eh awalnye hntr makanan. kg sy pg ry baru hntr.

    ReplyDelete
  3. Salam.. wes munjong yo.. enak e sambal goreng e..

    Selamat hari raya, maaf zahir batin. Taqabalallah minna wa minkum

    ReplyDelete
  4. wah bestnye...kekalkan tradisi itu...so ptg nanti x payah masak byk le kan..

    ReplyDelete
  5. ooo bagus tu tradisi punjungan tu. selamat hari raya dan maaf atas segala salah silap ye

    ReplyDelete
  6. eh kak..

    library ko ada tak buku

    once i was a princess - jacquelin pascarl
    raja bahrin story - a father's dramatic resque mission

    ReplyDelete
  7. Ya, di kawasan saya pun masih amalkan tradisi ini. Biasanya dibuat beberapa hari sebelum raya, bukan lagi pagi raya atau malam raya. Pernah berlaku pada keluarga saya, malam raya kami sendiri dah siapkan lauk raya. Terima punjungan dari jiran-jiran, penuh meja jadinya. Sejak itu, agaknya jiran-jiran pun sendiri faham, makanya punjungan dihantar sebelum raya.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...