It's You!
Friday, November 28, 2008
Double Your Income Doing What You Love
Title : Double Your Income Doing What You Love Author : Raymond Aaron with Sue Lacher
Genre : General
Reading Date : November 2008
Chapter 1 Important key-points
1. Pilih satu matlamat jangka panjang yang nak kita wat
2. Pilih cara kita hendak merealisasikan matlamat kita itu setiap bulan. Mula-mula kita bayangkan je dalam kepala. Contohnya matlamat kita nak simpan RM100 sebulan dalam bank. So bulan pertama kita simpan seratus kat bank. Awal bulan kedua (setkan berapa hb cth 3hb) kita p bank & bank in wet RM25 tapi dalam otak kita still kata kita bank in seratus sebulan. So bulan ketiga kita p bank 3hb gak & bank in wet "seratus" kita. Kena jadikan habit setiap 3hb. At least tiap2 bulan kita p bank & bank in wet.
3. Beritahu matlamat kita sekurang-kurangnya kepada seorang kawan yang positive thinker. Kawan yang positif akan memberi galakan dan dorongan kepada kita....
4. Lepas tetapkan matlamat, terus jalankan key-point no. 2 secepat mungkin supaya kita cepat merealisasikan matlamat kita
5. Raikan kejayaan anda setiap kali anda berjaya menjalankan matlamat anda. Cth kalau bulan ni dapat bank in pada 3hb cakap kuat2 kat diri sendiri "Ari ni aku berjaya bank in seratus hengget dalam bank. (walau sebenarnya kita bank in lima puluh hengget je tapi sebab matlamat jangka panjang kita nak bank in seratus)
Actually, ia bermula dengan mind games. Kita kena set dalam minda kita apa yang kita nak wat. Pastu setiap waktu kita kena cuba merealisasikan matlamat tu walaupun ianya tak memenuhi matlamat 100%. Bagus gak tuh. Best buku ni...Lepas baca chapter dua, saya akan bgtau lagi ya!
Check this out for more info Raymond Aaron
Tuesday, November 25, 2008
The Missing by Chris Mooney
Title : The Missing
Author : Chris Mooney
Genre : Thriller
Reading date : October 2008
Novel ni mengisahkan seorang penyiasat CSI, Darby McCormick yang sedang menyiasat tentang penculik dan pembunuh bersiri di Boston. Siasatannya itu membawanya mengimbau kisah ketika dia berusia belasan tahun di mana dia dan dua orang rakan baiknya terserempak dengan seorang penculik yang ingin membunuh mangsanya di dalam kawasan hutan. Peristiwa itu telah meragut nyawa seorang rakannya manakala seorang lagi hilang tanpa dapat dikesan selama 23 tahun.
Siasatannya menemukan Darby dengan seorang mangsa penculikan yang terlepas dari kurungan selepas lima tahun dikurung. Dengan bantuan FBI, Darby mendapati penculik yang diburunya merupakan orang yang sama yang menghantui hidupnya.
Tanpa disedarinya semua yang berlaku telah dirancang dengan kemas oleh pembunuh itu dan dia adalah mangsa seterusnya.
Pengenalan..
Blog ini dicipta untuk sinopsis buku-buku yang telah saya baca sepanjang tahun. Mungkin ada buku-buku yang sama yang kamu baca yang kamu tafsirkan berbeza dengan apa yang saya tafsirkan. Anyway, happy reading guys!
Subscribe to:
Posts (Atom)