It's You!

Showing posts with label My Princesses. Show all posts
Showing posts with label My Princesses. Show all posts

Thursday, October 8, 2015

Memories

Salam,

Buka Facebook, ada memories lama yang boleh dikongsi. Gambar ni tahun 2011, masa ni diorang belum pandai berjalan, masih merangkak lagi. Waktu ni memang sangat mencabar, menyusu badan sorang sebelah, susu botol tak mau tapi rasa happy sebab tengok mereka membesar dengan sihat.

Tu je nak share....ehehehe....

Wednesday, June 24, 2015

Sayur Pokok

Salam,

"Mama...kakak nak mama masak sayur pokok, kakak nak makan"

"Baik Bos!"

"Nanti kalau dah masak, mama panggil kakak tau. Kakak nak bawa pi umah Tok"..

" Baik Bos!"

Dayana dan Dayani suka sayur pokok a.k.a. brokoli. Selain tu bunga kobis, sayur fucuk dan suhuun. Sayur lain, diorang tak minat. So, mama kena rajin beli brokoli dan bunga kubis, mesti ada stok.

^_^

Sunday, March 8, 2015

Weekend

Salam,

Hujung minggu, biasanya berada dalam mood sedia, kalau en. Suami kata "Cepat siap, kita pi .... " so dengan lajunya kami bersiap. Kalau dia diam je tu, faham-faham sendiri la maksudnya.

Semalam, awal pagi sibuk menyidai kain. Ada dua bakul kain yang sedang menunggu untuk dilipat. Tiba-tiba en. Suami tanya, nak bawa budak-budak tengok wayang ke? Cerita spongebob...tapi dia tak tengok sama sebab nak ke PC Fair di shopping complex yang sama. Saya ok je, walaupun kepala terasa sakit, mungkin penangan cuaca panas. Makanya, saya jadi the guardian kepada 4 orang budak yang fuhh...boleh tahan noty hehehe...belikan popcorn dan air dan jom tengok wayang. Saya bukan layan sangat cerita spongebob ni tapi sebab dah kena tengok, tengok pi la. Ok la ceritanya, kisah spongebob n the geng mencari jalan untuk mendapatkan semula resepi krusty krab yang dicuri. Ada certain parts, saya tertido..huhu...lepas tu si adik Yana pukul tangan saya, dia kata "Mama, jangan tido, tengok spongebob, kalau mama tido, adik pukul mama".... Adoila...tapi terlelap jugak dan kena dua tiga kali pukul ngan si kecik tu...hahaa

Habis menonton, en.suami pun dah selesai shopping barang komputer dan macam2 lagi. Biasala...kalau saya suka borong buku, dia pulak memang suka borong gadget. Kami ke AtuZ pula..kat sini jual bermacam barangan orang kahwin dan kraf/hiasan. Al-kisahnya, adik ipar saya nak bertunang hujung minggu depan so saya tolong buat hantaran untuk dia. Lama tak buat hantaran, harap2 ok la....hehehe... Call adik ipar, tanya nak kaler apa, dia kata ikut kak la...so saya pilih ikut apa yang saya suka la. Tengah pilih barang, dia pun sampai so dia mengekor je la saya mencari barang. En.suami duduk temankan Yana Yani, sebab kalau diorang mengikut saya, mesti tak jadi kerja.

Itu je yang kami buat. Balik rumah, mengemas dapur sekejap lepas tu ajak budak-budak tu tidur. Bangun tidur, hilang la sikit sakit kepala. Apa korang buat hujung minggu ni?

Nota kaki: hari ni, sibuk menjahit dan membuat gubahan hantaran pula. ^_^

Wednesday, February 25, 2015

Birthday

Salam,

Dah lepas baru nak update entry ya?
Tak sempat nak update hari tu, hehe

Al-kisahnya, 3 orang anak saya ni menyambut birthday selang sehari je
Muhammad Danish pada 17 Februari manakala Nur Dayani Hayfa & Nur Dayana Hayfa pada 18 Februari
Masing-masing dah sibuk tanya bila birthday mama dan abah nak bagi hadiah apa
Masing-masing dah sibuk nak kek apa untuk birthday
Yang adik nak kek Olaf, kakak nak kek Frozen (sama je la tu), abang nak kek Gumball
Jenuh mama fikir, camna la nak bagi semua ada...
Lastly bagitau En Suami, order cupcake je la pastu suruh member saya print-out sugared pictures tu tampal kat atas cupcake..
Gagah mama p cari gambar kartun kegemaran diorang, gambar diorang, edit dan crop jadi bulat
Terima kasih kat member Anita sebab buatkan kek yang super sedap

Tahun ni, Danish dah 12 tahun
Tahun ni, akan ambil UPSR
Wah, tahun ni mama akan merasa perasaan berdebar-debar menantikan tarikh exam dan tarikh keputusan keluar
Tuisyen dah start
Alhamdulillah pihak sekolah sangat memberikan kerjasama dengan mengadakan pelbagai program untuk membantu ibu bapa dan murid menghadapi peperiksaan (ya...ibu bapa pun dilibatkan dalam pelbagai program yang saya kira sangat bagus)
Danish rajin membantu saya di rumah, walaupun kadang-kadang dengar gak rungutan sebab dia sorang je buat kerja, si Danial pulak malas nak menolong, hehehe
Danish rajin melayan adik-adiknya dan mudah mendengar kata
Hoping for the best, insha Allah berkat doa dan usaha, pasti berjaya
Hadiah tahun ni, tak tau lagi nak beli apa...
Kalau saya, mesti nak beli buku
Sebab dia pun macam mama dia, suka membaca, beli buku pagi, balik rumah, setengah jam dah habis baca
So, mama dia baru je beli buku cerita online di PTS BookCafe
Bagusnya membeli di PTS BookCafe ni, ada diskaun untuk buku-buku terpilih dan harganya lebih murah daripada di kedai buku. 
Syaratnya, daftar dulu sebagai ahli, sangat berbaloi..

Tahun ni, Dayani & Dayana sudah berusia 4 tahun
Semakin cerdik
Banyak kosa kata baru yang mereka pelajari
Kebanyakannya ayat baku yang dipelajari daripada kartun-kartun Disney Chanel yang dialihbahasa seperti The Amazing World of Gumball, Uncle Grandpa dan The Adventure Time with Finn & Jake.
Cerita kartun yang saya rasa entah apa-apa ntah tapi diorang sangat suka tonton
Si adik masih pelat lagi terutama menyebut perkataan yang bermula dengan huruf "K", "R" dan "S"
Selalunya bila sebut "Kakak" jadi "Tatak" 
Bila kita betulkan, dia akan tutup muka dan kata "Adik tak reti la nak cakap camtu" hehehe...comel pulak
Si kakak dah semakin advance, bercakap sangatlah petah, loghat utara lebih power daripada mama tapi boleh bertukar ke loghat selatan sekelip mata. Adik memang pure Johorean, cakap pelat lidah Johor dan pandai nyanyi lagu Ayuh Johor...hahahaha
Dua-dua die hard fans Frozen dan sudah pandai nak bermekap macam mama
Girls will always be girls

Happy birthday to all of you
We all love you





Many faces of them ^_^



Kartun-kartun kegemaran diorang..pelik-pelik je mama dia tengok tapi pernah juga menonton bersama, kelakar juga 

Thursday, January 8, 2015

Missing

Salam,

Dua budak kembar yang sangat noty tapi sangat menggeramkan ni ada kat rumah Tok Ibu diorang. Sejak malam Isnin ada di sana. Tok abah dan Tok ibu rindu sama dua budak kembar tu. Hahaha....

Duduk ngan tok ibu, xingat pun kat mama dia. Seronok la diorang layan dan manjakan mereka. Takpe...petang esok mama dan abang2 balik ya.

Nota kaki : Bila ada, nak marah, nak berleter, tapi bila xde mesti rindu. Bukan setakat terpakai kepada anak2 je, termasuk juga org2 kesayangan yang lain, betul tak?

Wednesday, December 10, 2014

My Picassos

Salam,

Anak mama dah pandai melukis
Pada umur 3 tahun 10 bulan
Walaupun bentuk dia tak sempurna, tapi boleh diagak apa yang dilukis
Maknanya...imaginasi dia tinggi gak n dia boleh mengekspresi apa yang ada dalam kepala dan apa yang dia lihat..

Kalau diperhatikan, Yani lebih cepat belajar..si adik, Yana lambat sedikit dari kakak. Yana lebih cepat bab emosi dan lebih mendengar kata dan mengikut arahan.

Walaupun keluar dari perut mama selang 3 minit je, tapi tetap tak sama. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.

Sunday, August 10, 2014

Aduhai...nakalnya kamu!

Salam,

Dah la hari ni penat mengemas rumah. Kena wat kerja-kerja kemas-pilih-sisih di bahagian dapur. Buat kerahan tenaga  Danish dan Danial. Itu pun dah penat berleter ngan mereka berdua.

Bila semua kerja dah siap, si kembar pula jadi tukang menyepah. Saya kalau dah letih ...ditambah dengan stress..mesti akan menangis.Masih boleh tahan lagi...tapi bila si kembar main air dan sabun, saya pun menangis bercucuran. Cengeng sungguh la mama kamu ni. Bila mama sedih camtu, Danish tolong siapkan adik-adiknya. Tau pulak menolong bila tengok mama menangis macam org gila huhu...

Bila stress...mudah sungguh nak menangis. Padahal benda kecik je...boleh settle punya tapi tu la...mungkin sebab asyik nak marah je...mula la sakit kepala. Sabarlah mama oit...anak-anak sedang membesar..banyak karenahnya. Sabar dan mengalah...walaupun kadang kala tak berjaya pun nak buat camtu.

Thursday, July 17, 2014

Penangan Frozen

Salam..

Just nak share satu gambar. Lama tak share gambar dua budak nakal ni. Sorang Cik Bambam sorang lagi Cik Mek. Sangat banyak mulut sekarang ni. Semalam dapat patung Frozen, Abah diorang beli. Ala...beli kat downtown Perda je.

Balik dari rumah pengasuh terus excited baik tangga bila saya bagitau ada hadiah kat dalam bilik. Bila dapat tu..punya la suka. Ke sana ke mari mengelek Princess Anna dan Princess Elsa.

Yang tak tahan tu siap tanya...kenapa kasut princess ni tak sama dengan dalam cite Frozen? Kenapa takde rumah dia? Kenapa Baju dia lain sikit?

Dan dah request boleh tak bawa Princess Anna dan Princess Elsa naik kereta balik kampung raya ni?

Saturday, May 24, 2014

Time For You

Salam,

Minggu sudah..dah sibuk dengan exam. Membaca buku di rumah sangat mencabar dengan anak-anak. Minggu sebelumnya sibuk dengan bengkel...outstation meninggalkan anak-anak di rumah dengan Mr Hubby dan MIL.

Minggu ni...minggu untuk anak-anak. Hari ni bawa mereka ke Taman Rama-rama. Mama excited pi tengok rama-rama tapi Yana dan Yani takut kat rama-rama. Bila rama-rama hinggap kat badan...mula la menangis. Haiyaaa....apa la...

Round satu Pulau Pinang. Tengok banyak pokok durian sudah berbuah. Ramai orang makan durian di tepi jalan. Durian Balik Pulau...sapa yang gemar durian mesti beli punya. Mr hubby pun beli tiga biji. Saya tak makan durian...so saya cium bau je...huhu..pening kepalaku.

Sebelum balik..singgah makan mi udang kat Teluk Kumbar. Mata dah berat sekali Mr hubby ajak teman dia tukar tayar dan sport rim keta dia. InsyaAllah..hujung minggu depan nak pi berjalan.

Wednesday, May 21, 2014

Exam oh exam!

Salam

Kesian blog kesayangan ni terabai minggu ni. Tuan tanah sibuk dengan exam Peningkatan Secara Lantikan. Soalan boleh tahan juga. Berpinar biji mata menengoknya. Jari-jemari ni pulak dah macam nak tercabut je menulis laju-laju. Tiga jam macam tak cukup nak menjawab soalan. Doakan saya berjaya habiskan  tiga paper ni. Lulus atau tidak, itu belakang kira....yang penting, saya dah cuba.

Saya tinggalkan korang dengan gambar terbaru Miss Cilik..si Yana dan Yani. Dh potong rambut waktu saya ke Shah Alam minggu lepas. Mr Hubby bawa mereka menggunting rambut sebab lama dah janji nak potong.Lagipun rambut dah masuk ke mata dah. Tinggal mama je tak lagi. Dh rimas dengan rambut panjang. Maaflah minggu ni tak dapat nak berkunjung ke rumah kawan-kawan blogger. Rindu nak tau cerita korang. Nanti saya datang umah korang tau!

Thursday, May 1, 2014

Kayuh adik...kayuh!

Salam,

Malam semalam bawa anak-anak keluar. Sebenarnya bawa Yani ke klinik. Amik nebulizer..batuk dan demam lagi sampai kena buh gas sebab ada kahak. Alhamdulillah hari ni dah ok..cuma makan ubat batuk..ubat demam..antibiotik dan ubat kuatkan paru-paru.

Lepas ke klinik bawa diorang makan di Pizza Hut. Malas nak pi jauh..sebab dekat ngan klinik tu ada Pizza Hut. Si Yana dan Yani dok nampak KFC saja. Malam sebelumnya pi klinik dah pau ayam goreng KFC so malam ni takmau la makan KFC.

Duduk dalam Pizza Hut..riuh dengan suara Yana dan Yani saja. Nak main sudu la...nak main garfu la. Si kakak memang tak suka air yang bergas dan masam so order untuk dia ice water (padahal baru nak baik batuk huhu). Si adik dengan air gasnya.

Sedang makan adik bersuara nak air lagi. Saa tuang sedikit dalam gelasnya. "Mama nak lagi..buh panjang" katanya sambil tunjuk gelasnya. "Tu mama dah bubuh. Minum la dulu", kata saya. "Buh pnjang...buh panjang laaaaa" adik bersuara lagi. Hah? buh panjang? Rupa-rupanya buh penuh. Hish....

Sedang sedut air, Yana kacau-kacau air dalam gelas dengan straw. "Mama...tengok..adik kayuh..kayuh...kayuh.." Hah? kayuh? Si kakak tengok adik. Mr Hubby kata kat kakak "Kakak, bagitau adik..buat macam ni..ni apa?" sambil mengacau air drngan straw. "Kacau la adik...bukan kayuh" Kami gelakkan adik. Hahaha...kayuh plak...hahaha

So...bukan buh panjang tapi buh penuh....
bukan kayuh tapi kacau....
adik...adik....

Wednesday, April 16, 2014

My Family

Salam,

Wordless Wednesday katanya...

Kadang-kadang, saya panggil Yana, Baby Adik...dia suka jalan-jalan...hehe

Abang Danial...Mr Hubby panggil dia chipmunk...hahahaha...gigi depan besar..gigi kapak..semua makanan dia telan hehehe

Abang Danish jenis skema dan pemalu...jerangkung dalam almari @ The Joker sebab bila senyum sangat la lebar hehe...

Senyum adik...senyum adik

Kakak Bambam, kakak gendut...tapi dia selalu kata "Kakak tak gendut...kakak kurus" sebenarnya dia tak gemuk pun cuma badan dia berisi lebih dari abang-abang dan adik...sebab tu panggil dia gendut..


Waktu Jambatan kedua Pulau Pinang dibuka percuma kepada semua tu, kami pun lalu la juga. Orang Penang kata cemuih duduk dalam kereta sebab dia lebih panjang dari Jambatan Pulau Pinang dan bila lalu waktu malam bukan nampak apa...satu tambahan tarikan untuk orang melawat Pulau Pinang.

Nota kaki : Yana dan Yani dah baik demam. Malam tadi sudah boleh bermain. Yang penting, dah boleh tengok Hagemaru dalam tab! Hehehehe



Tuesday, April 15, 2014

Demam Lagi Laaaa...

Salam,

Arini Yana dan Yani demam. Tak kebah lagi demam mereka. Semalam balik dari rumah pengasuh Yana terus je ambil bantal dan baring. Lepas maghrib kakak Yani masuk bilik panggil Yana :

Yani : Adik...jom tengok Hagemaru...dalam tv pun ada
Yana : Tak mau la...adik penat...
Yani : Tak mau tengok Hagemaru ke?
Yana : Tak mau la...adik penat

Budak kecik yang mengaku dia penat

Kesian adik. Betul-betul demam ni sampai nak bangun tengok kartun kegemarannya pun tak larat. Ni ikut abang-abang diorang la ni...dok tengok kartun Hagemaru yang banyak akai tu...entah apa-apa ntah.


Adik rajin..bila dah buat sepah, dia akan kutip dan buang dalam plastik sampah. Bila saya suruh apa-apa, mesti dia akan kata "Baik, mama!"...hehehe sweet sungguh!

Ni budak yang kena paksa makan ubat. Nak kena ligan satu ruang tamu baru boleh bagi makan ubat...

Monday, April 14, 2014

Library & Anak-anak

Salam,

Musim cuti semester tiba lagi. Bila cuti, kampus memang sunyi...yang ada cuma staf saja. Ada la dua tiga kerat student degree yang tak balik tapi selebihnya sunyi. Library pun hanya buka setakat jam 4.45 petang saja.

Ari ni...tak sampai 10 orang masuk ke library. Kononnya nak start buat projek keceriaan tapi semuanya masih terencat otak dek terkena virus malas...hahaha....akhirnya kami hanya buat kerja-kerja pejabat je. Sangat membosankan...kalau waktu ni kami wat lawatan kerja pun bagus. Huhu...

Cuti pun tak ke mana. Cadang nak balik Penaga pun tak jadi bila pagi Sabtu tu kami berkampung di klinik. Abang Danish sakit mata...bangun pagi mata bengkak..doktor kata mungkin alergik so dapat ubat mata. Alang-alang dah sampai, buat follow up untuk kakak sekali. Kahak dah takde cuma jaga-jaga takut demam lagi.

Memang pun si kakak demam...malam semalam nak tdo dia muntah..badan panas so saya terus mandikan dia dan beri makan ubat demam. tu pun jenuh paksa.

Tengahari tadi Tok Anjang yang mengasuh diorang call bgtau dua-dua plak demam so terpaksa minta tolong adik ipar hantar balik ambil ubat diorang.

Balik ni dua-dua pakai koolfever yang saya beli tengahari tadi. Harap-harap xmelarat la demamnya. Huhu....

Tuesday, April 8, 2014

Kenduri & Klinik

Salam,

Hari ni baru nak cerita tentang kenduri doa selamat tu tapi maaflah...tak ada gambar waktu kenduri. Kenduri ni tak la besar mana cuma panggil orang surau baca doa selamat. Lepas tu, panggil jiran-jiran sebelah rumah dan dua tiga orang saudara mara yang terdekat.

Awal pagi semua orang dah bangun. MIL dan BIL dah mula mengankat barang-barang memasak ke seberang rumah. Di seberang jalan memang ada tempat untuk memasak yang redup. Ada la dua tiga jiran yang menolong MIL memasak. Saya? Saya sibuk mengemas rumah, memvakum, menyapu, mengemop, mengubah kerusi, membentang karpet, menyediakan pinggan mangkuk, gelas. Dengan keadaan si kakak yang demam dan batuk teruk sampai bernafas pun berbunyi tapi memang Mr Hubby dah kata, lepas kenduri, nak lari kejap ke klinik.

So, lepas Zohor, kami bawa Yana dan Yani ke klinik. Bila doktor check, memang nafas berbunyi kuat so kena la nebulizer. Sehari dua kali selama dua hari. Hari ni dah elok dah, takla nampak dada dok berombak-ombak bila menarik nafas. Tapi punyalah payah nak makan ubat. Ada tiga jenis ubat yang doktor bekalkan tapi dia nak makan satu je. Siap bagitau doktor, kakak nak makan satu je ubat. Doktor kata, "Eh..kena makan tiga ubat bukan satu" tapi dia tetap geleng dan kata "Nak makan satu ubat je". Adoila...bila dah pandai cakap, cakap doktor pun mau lawan...huhu

Mama ngan adik Yana nak berselfie dulu la sementara tunggu kakak Yani dan abah.

Budak kecik yang dah banyak cakap...dia siap kata kat kakak dia "Pandai kakak...tak nangis" huhuhu

Tak mau kat orang lain...semua nak abah yang buat. Anak abah la katakan...ngan mama pun tak mau....

Monday, April 7, 2014

Salam,

Hujung minggu lepas, adalah hujung minggu yang sangat sibuk dan memenatkan. Secara terkejut-tergempar MIL nak buat kenduri doa selamat untuk BIL yang akan berlepas ke Iraq kerana bertugas di sana dalam beberapa minggu lagi. Dengan rumah yang tak berkemas sebab sudah beberapa minggu kami tak balik, dengan nak keluarkan pinggan mangkuk, periuk belanga, jemputan orang lagi tapi alhamdulillah sudah selesai. Nanti kita cerita tentang kenduri.

Hari Sabtu, masa untuk membawa dua orang tuan puteri berjalan-jalan. Sibuk mengajak pergi jalan-jalan. Kami tak bawa jauh pun just bawa naik motor tengok orang main layang-layang di bendang. Musim angin banyak ni, ramai la yang main layang-layang. Layankan je la...

Layang-layang pun tak nampak sangat..maklumlah hp mama ni biasa-biasa saje..hahaha

Yang ni memang kena naik..kelentong la apa pun...tetap nak naik hatta rosak sekalipun..huhu

Dapat naik, senyum meleret je. Suka sangat!

Nampak yang ni pun kena berhenti, kalau tak mereka akan buat bunyi selagi tak berhenti. Malas nak dengar bunyi, berhenti jela..5 minit pun jadi la..langit pun dah mendung

Tak sudah lagi dengan "sakura" tapi banyak yang dah gugur....

Suka tengok awan mendung berarak. SAngat cantik...subhanallah!


Tuesday, April 1, 2014

Adik Kakak

Salam,

Dah beberapa hari adik Yana demam. Semalam suara pun dah serak macam Ella. Semalam adik amik kakak Yani di airport. Abah kata, dia merajuk sebab semua orang dok tanya kakak macam-macam. Kakak pun excited bercerita sampai tak ingat kat adik.

Si adik yang demam tetap aktif bermain. Rindu kat kakak ya?

Abah kata sepanjang jalan balik, adik takmau tengok kakak. Dia asyik tengok pemandangan kat luar je. Dia jeles la tu sebab orang sibuk tanya kakak macam-macam.

Abah kata adik baik semalam. Dia makan ubat bila abah suruh makan (tu pun lepas kena gejut nak panggil Acu. Acu garang sikit bila depa tak dengar cakap). Sampai rumah malam tadi, kakak terus lari peluk mama. Abah kata dia dok marah abah, "kenapa tak telefon kakak?" Huhuhu..abah punya la fikir nak kelentong apa. Last-last, abah kata telefon tak ada line. Bukan tak telefon pun, tapi kalau telefon pun bukan cakap dengan dia.


Kakak dalam kapal terbang. Dia kata, seronok naik kapal terbang tapi sekejap je dah sampai...huhu

Adik pun laju je peluk mama malam tadi. Kena pujuk adik juga sebab dia merajuk. Waktu nak tidur pun abah kata mama peluk adik...abah tidur ngan kakak. Nanti adik merajuk lagi. Pagi tadi pun, mama yang kejut adik bangun. Dia memang manja dengan mama. Kan adik copy paste mama? Semua serupa..bab perangai sentap dan merajuk tu pun ikut mama..huhuhu...

Jangan lupa makan ubat ya adik...baru cepat baik. ^_^

Monday, March 24, 2014

Malam Cinta Allah & Rasul

Salam,

Selepas beberapa hari bercuti, saya mula bekerja hari ini. Kalau ikutkan hati, nak je cuti panjang dan pulang ke kampung di Johor tetapi kerana Mr Hubby tidak dapat bercuti maka kami berkumpul adik-beradik di Keramat AU sahaja. Alhamdulillah, dapat jumpa mak sebab adik perempuan saya mengadakan kenduri Aqiqah anak perempuannya pada hari Sabtu lepas.

Hari ni, saya berpuasa sunat. Lama dah tak buat so nak mulakan balik berpuasa. Alhamdulillah puasa ganti dah lama beres tahun lepas so sekarang cuma buat yang sunat sahaja. Bangun bersahur lepas tu rasa badan tak sedap pula...nak demam ke? Alhamdulillah sehingga petang masih bertahan, mungkin letih perjalanan pulang je.

Nak cerita, kami bertolak ke Putrajaya pada malam Khamis kerana malam Jumaat tu nak bawa Yana dan Yani ke Program Malam Cinta Allah & Rasul di Presint 1, Putrajaya. Mereka berdua memang minat sungguh dengan Habib Syech Assegaff. Awal minggu dah sibuk bagitau nak pergi tengok so bawa la mereka ke sana. Kami keluar dari rumah SIL jam 8.30 malam. Waktu sampai sudah ramai orang, parking pun dapat jauh tapi sebab nak tunaikan janji, menapak jauh pun tak kisah. Ramai orang, tapi tak terasa penat, dengan pelbagai jualan, dapat sejadah free, ada air dan buah-buahan free...hmmm..berebut orang. Bukan nak kata la...dah orang bagi free, rasanya tak perlulah berulang dua tiga kali ambil sampai macam nak berjual. Huhuhu...

Kami bawa Yana dan Yani ke Dataran Putra tu, menapak jauh untuk cari port yang paling dekat tapi taklah depan stage sebab waktu tu dah penuh dah. Semua orang duduk beralaskan sejadah yang diberikan tadi. Mr Hubby dan BIL bawa Yana dan Yani ke depan lagi. Bukan main seronok mereka. Sambil duduk di sejadah sambil mengalunkan Qasidah yang memang jadi kegemaran di rumah dan di dalam kereta.

Jauh lagi tu.kitorang parking kat depan Bangunan Bahagian Pinjaman Perumahan, nak menapak sampai Dataran Putra...




Si comel berdua ni pinjam tudung makcik diorang. Alkisah, saya terlupa bawakan tudung mereka so pinjam la tudung bawal makcik. Punya seronok dapt pi, sampai balik jam 12 tengah malam tak buka tudung. Hehehe

Susah nak tangkap gambar Yana sekarang tapi bila dah pakai tudung dan diminta bergambar, laju je dia mahu. My sweet baby ^_^


Nota kaki : Sebelum tu, kami seharian di Kajang, ke rumah baru SIL. Mr Hubby dan BIL pasang Alarm System kat rumah diorang. Seharian mengadap mereka membuat kerja sambil curi2 masa siapkan tempahan kraf. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...