Salam,
Masa Bercinta...
Melekat kat telefon berjam-jam pun rasa sekejap.
Kadang-kadang tu, takde apa pun yang diborakkan.
Kau diam, aku tanya 'napa diam?'
Kau jawab, 'takde apa'
Pastu diam lagi...hahaha
Telinga kanan panas, tukar gagang ke telinga kiri
Kalau pun mengantuk tahap gaban, masih juga tak mengaku
Sebabnya, terasa sayang pulak nak letak gagang
Padahal, setiap malam bergayut.
Sekarang...
Call bila perlu je
'Nanti abang balik lambat'
'ok'
Jarang nak cakap panjang2
Skang ni ada WhatsApp lagila mudah
Semuanya taip je
Kan?
Macamana nak mengembalikan masa silam?
Adakah memang lumrah sebegitu?
Tetiba kan? Sebenarnya waktu makan di pantry dengan member ofis tadi, terkeluar pula kisah muda-muda. Dok dengar diorang bercerita, rupa-rupanya sama je kaedahnya waktu bercinta :P
Nota kaki : Prayers for MH370
It's You!
Showing posts with label Funny. Show all posts

Monday, March 10, 2014
Tuesday, November 12, 2013
Random Stories
Salam,
Hari ni rasa bosan. Meh tempek gambar2 random yang ada dalam hp saya ni. Saya ni suka ambil gambar, kadang tu gambar yang bukan-bukan je. Saja seronok-seronok tapi biasanya memang nak mengusik. Hehehe...

Hahaha...waktu tangkap gambar ni saya gelak tak henti-henti. Waktu mesyuarat bulanan dan Hari Ini Dalam Sejarah, saya kena duduk barisan belakang so bila dah duduk belakang budak2 lelaki ni, apa lagi...buat kerja mendajal la...dah tangkap terus upload dalam WhatsApp geng library. Noty me..
Gelagat budak bambam yang baru bangun tidur. Sibuk main dengan sticker. Bubuh kat muka mama sambil kiss-kiss mama dia. Gebu la kamu ni Yani!
Ahad yang lepas, singgah di Sunway Carnival sebab nak tapau sandwich kat Subway. Yana cukup suka dengan gajah ni. Dia tanya "Ama..leh egang tak?" so saya kata boleh. Dia pegang gajah tu, dia bercakap ngan gajah tu lepas tu dia suruh saya ambil gambar dia dengan gajah. Yana pun macam Danish, jarang nak suruh kita ambil gambar dia. Kalau dia suruh tu, maknanya dia suka la tu.
Tu je la cerita random saya hari ni. Nanti kita cerita benda lain pulak. Cuti sekolah dah nak mula, apa perancangan untuk anak-anak? Saya tengah berfikir-fikir ni...
Wednesday, October 9, 2013
Hotel Berapa Bintang Ni?
Salam,
Terbaca berita ni dalam paper semalam.
Hotel berapa bintang tu?
Hehehe....kalau nak ketuk pun janganlah sampai melampau tahap begitu...
kalau org tak ada duit, camna agaknya nak bayar?
Macam-macam hal
Friday, June 7, 2013
Mana Hadiah Kakak?
Salam,
Semalam adik ipar dan suami sampai ke rumah kami selepas bercuti di Pulau Redang dan pulang ke Kelantan. Dah banyak hari Yani dok tanya "bila Cik Liana nak balik? Cik Liana balik bawak hadiah kat kakak". Amboi...dah pandai minta hadiah dah...huhuhu..
Semalam diorang cerita, bila adik ipar sampai je rumah, dia dah tunggu depan pagar rumah dengan berpampers je. Nampak-nampak muka adik ipar dia tanya, "Mana hadiah kakak?"

Cilok gambar ni kat FB adik ipar.
Diorang dapat set dapur masak. Wah...bila saya balik, tak sibuk pun nak sambut saya...leka dengan dapur mereka. Sibuk sangat sampai saya minta air kopi secawan pun tak dibuatkan. Hehehehe...nampaknya dua tiga hari ni, basikal-basikal mereka tak dapat perhatian la. Perhatian dah tertumpu ke dapur pula. Nanti mama tumpang main sekali ya!
Wednesday, May 22, 2013
The Twins Again
Salam,
Situasi 1
Yani : Tok Madah...nak susu!
Tok Madah : Kejap tok buat.
Bila Tok Madah hulur botol susu kat Yani...
Yani : Terima kasih Tok Madah buatkan kakak susu.
Yani dan Yana sekarang akan ucap terima kasih dan beri sebab kenapa mereka berterima kasih. Kalau Yani yang cakap, memang jelas kalau Yana dia akan cakap, "Acih ama...wat ucu" tapi...jadilah.
Situasi 2
Dua budak nakal tak boleh duduk diam. Dah malam dah ni, tak tidur lagi.
Tok Madah : Cepat meh tidur. Dah malam ni. Nanti hantu topeng mai. Hantu...mai sini..
Biasanya mama atau abah yang akan jadi hantu topeng.
Tok Madah : Tu dia! Hantu topeng mai dah..cepat baring!
Dua-dua lari kat Tok Madah, baring dan tutup mata.
Tok Madah : Cepat baca bismillah
Yani & Yana : Milla..oman..ohim
Hantu topeng pun lari.
Yani : Haaaa..kan dah lari.... (bajet nak bangun main lagi..adoila!)
Yani dan Yana takut ngan hantu topeng. BIL yang beli topeng hantu tu untuk gertak mereka bila mereka terlampau aktif tak reti nak duduk diam. Biasanya "hantu topeng" keluar tengah malam bila diorang takmau tidur.

Bila mama solat, mereka pun nak solat juga...so diorang akan pakai tudung ni..kadang-kadang pakai telekung mama je..
Situasi 2
Dua budak nakal tak boleh duduk diam. Dah malam dah ni, tak tidur lagi.
Tok Madah : Cepat meh tidur. Dah malam ni. Nanti hantu topeng mai. Hantu...mai sini..
Biasanya mama atau abah yang akan jadi hantu topeng.
Tok Madah : Tu dia! Hantu topeng mai dah..cepat baring!
Dua-dua lari kat Tok Madah, baring dan tutup mata.
Tok Madah : Cepat baca bismillah
Yani & Yana : Milla..oman..ohim
Hantu topeng pun lari.
Yani : Haaaa..kan dah lari.... (bajet nak bangun main lagi..adoila!)
Nila antu topeng tu...huhu takot tak?
Yani dan Yana takut ngan hantu topeng. BIL yang beli topeng hantu tu untuk gertak mereka bila mereka terlampau aktif tak reti nak duduk diam. Biasanya "hantu topeng" keluar tengah malam bila diorang takmau tidur.
Tuesday, May 21, 2013
Lagi Sibuk!
Salam,
Ini mood tuan punya blog sekarang..mahu siapin kerjaan yang ada..lagi dua hari mau liburan..hahaha...
Friday, May 17, 2013
Kisah Hero-hero
Salam,
Kisah hari guru Danish dan Danial.
Mama dah cakap tak payah beli hadiah
Sebab mama akan buat hadiah untuk cikgu-cikgu
Mama suruh kira berapa ramai cikgu
Danish kira kejap je
"Cikgu Danish ada 9 orang, mama...4 orang lelaki"
"Kalau cikgu lelaki takkan nak bagi keychain love mama"
"Mama buat keychain donut ok tak?"
"Emm..boleh juga"
Danial pulak lain kisahnya
"Cikgu Danial ada 10, tambah lagi satu, nak bagi ustazah yang ganti guru kelas"
Mama kata "Ok"
Esoknya tak jadi pula
"Ustazah tu dah pindahlah mama, cikgu ada 10 je"
Mama kata "Ok"
Semalam pulak dia kata "Danial punya 8 je mama, ada cikgu tu dia ajar dua matapelajaran"
Pulak dah!
Mama tanya nak bagi minggu ni ke minggu depan waktu sambut Hari Guru
Abang Danish kata, "Danish bagi minggu depan"
Danial kata, "Hari ni la mama"
Tak lama tu, "Hari ni bagi 4 dulu la"
Lepas tu, "Bagi minggu depan la"
Hish..Danial ni...
Macam-macam!
Mama ni buat kerja serampang dua mata, hadiah ngan promosi hehehe
Hottest Crew Cabin
Salam,
Ini jadinya bila seorang billionaire kalah bertaruh. Sir Richard Branson, pemilik Virgin REcords, Virgin Atlantic Airways dan lain-lain. Beliau kalah bertaruh dengan CEO AirAsia, Tony Fernandes ke atas pasukan Formula 1 masing-masing.
Baca selanjutnya di SINI
Hehehe....

Credit to AirAsia Facebook
Thursday, May 16, 2013
The Twins
Salam,
Lama dah tak cerita pasal si kembar kan...sekarang ni makin cerdik dah dua-dua. Kakak Yani makin petah bercakap dan Yana pun sudah bertambah vocabularynya walaupun masih pelat. Pergerakan fizikal makin baik dan lincah bukan main kedua-duanya.
Al-kisahnya, Tok Nani belikan basikal roda tiga untuk mereka berdua. Sorang satu ya, kalau beli satu alamat bergaduh hari-hari la jawabnya. Mula-mula beli, Yani dah pandai kayuh tapi Yana masih tak reti nak kayuh basikal. Siap nak tukar basikal sebab dia ingat basikal jadi punca dia tak boleh kayuh. Selepas beberapa hari mengayuh tanpa henti, siang malam, pagi petang, akhirnya Yana pun berjaya kayuh.
Yani pulak sekarang makin laju mengayuh siap pandai brek lagi. Bila brek tu siap dengan reaksi muka tu yang tak tahan. Korang tau tak camna? Bila kita dah kayuh laju-laju, kita kayuh terbalik untuk berhentikan basikal...haa..macam tu la dia buat. Bikin kami gelak je si Yani ni.
Malam tadi, diorang masih lagi sibuk main basikal. Tiba-tiba basikal kakak jatuh. Sebab dia malas nak bagi perbetul basikal dia, dia pi rampas basikal adik. Apa lagi, menangis la si adik, mai mengadu kat abah, mama, tok-tok dia. Kami pun buat-buat marah kat kakak, "Apa la kakak ni...awat ambil basikal adik? Kan basikal kakak ada?" Lepas tu Yani jawab,
"Adik ni kalut la, kakak nak main pun tak boleh. Kacau aja,"
"Aik..adik pulak yang kalut. Kakak yang ambik basikal adik,"
"Kalut la adik ni. Nah...amik la ni, kalut!" Lepas tu dia heret basikal adik dia tu bagi kat Yana.
"Kakak nak main jauh-jauh sikit la, adik tu kalut kacau kakak" Katanya lagi sambil mengayuh basikal jauh sikit.
Adoila...pandai je cakap tu. Kalau cakap siap ngan mimik muka dan mulut muncung pulak tu. Merajuk tak usah cakaplah. Kalau merajuk, dia tarik muka 14 lepas tu tak bercakap sepatah pun. Dia akan mai dekat dengan kita dan buat muka sedih. Aduhlah...nak marah pun tak jadi.

My sweet princesses
Susah nak tangkap gambar dia macam ni..boleh buat gambar passport ni hehe

Thursday, May 9, 2013
Surat
Salam,
Tiba-tiba teringat hal dolu-dolu. Kisahnya macam mana ntah boleh sembang ngan member ofis tentang surat-menyurat, internet, emel bagai. Lepas tu teringat zaman kita sekolah dulu kalau tulis surat kat awek/pakwe/kakak angkat/abang angkat.
Dulu-dulu, takde internet, handphone dan media lain, yang ada hanya media persuratan je. Pemilihan kertas surat waktu tu amat memainkan peranan penting. Kalau lekeh sangat, guna kertas buku latihan...kalau cantik sikit guna kertas surat kaler biru dan kalau lebih advance waktu tu, beli kertas surat bercorak dan berbau wangi. Ingat tak?
Sampul surat biasa, mesti yang ada corak jalur-jalur keliling sampul, yang advance sampulnya sama corak ngan kertas surat. Tapi saya ingat dulu-dulu ada abang angkat saya tu suka guna sampul surat coklat, mungkin kena ngan citarasa dia kot.
Mesti ada pantun pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Kalau waktu jiwang, ada pantun pen merah pen biru, you marah i love you. Pantun apa lagi yang korang bubuh ya?
Satu lagi trademark kalau bagi kat pakwe/makwe, mesti buh bedak wangi dalam surat sebelum lipat. Kalau sapa-sapa ada resdung mau bersin tak sudah. hahaha...
Surat pula dihantar oleh posmen tak bergaji. Kadang-kadang buh je bawah meja waktu pagi atau selit dalam buku, konon-konon pinjam buku. Kalau ada sesiapa yang kata dia tak pernah buat semua ni, memang tipu la tu..huhu...

Thursday, April 18, 2013
GA & Gwiyomi
Salam,
Tetiba je saya buat GA ye. Macam tak percaya pulak. Oh..silalah percaya. Dari bulan February nak buat GA untuk kawan-kawan tapi takut takde orang yang nak join. Waktu tu kononnya sempena birthday Si Kembar dan Danish.
Lepas tu konon nak buat bulan Mac tapi terasa tak konfiden lagi so terbantut lagi. Semalam saya saja ambil gambar bear-bear Yani dan Yana yang setiap hari bersepah tu. Tiba-tiba terasa nak buat GA simple je. Harap maklum, tuan tanah nak mengira bear-bear dalam gambar tu pun naik berpinar biji mata. Siap suruh Danish dan Danial tolong kira. Hampeh je minta tolong diorang. Si Danial jawab 79..mak ko...mana datang 79? Danish jawab, sipi-sipi.
Masih belum join? Jomlah join. Eksesais tajamkan mata. Hahahaha....hadiahnya? Takla grand mana. Semua hadiah ditaja oleh Big D's Crafts (sambil berGA, sambil promote bisnes)..hehe...
Sila Klik SINI untuk join
Nota kaki : Tengah sibuk ngan Gwiyomi ... lupa sekejap pilihanraya hahaha.

Penaja GA ^_^
Nota kaki : Tengah sibuk ngan Gwiyomi ... lupa sekejap pilihanraya hahaha.
Thursday, March 7, 2013
Go to Bed Together-gether
Salam,
Just another pictures-related-entry
Hahaha...this is so funny...tapi mesti ada antara kita yang mengalami situasi ini. Mungkin juga terbalik pulak, Mr Hubby yang konker tempat tidur. Lepas ni kalau jumpa mentadak boleh tanya "mentadak mentadu macam mana saya tidur?" Hehehe...
Salam Khamis semua!
Wednesday, March 6, 2013
Wednesday, February 6, 2013
Ubat Gegat Dalam Kereta
Salam,
Alkisah, Mr Hubby merungut kat saya sebab dalam kereta dia ada lipas kecik-kecik tu. (bukan kodok ya...naya kalau ada binatang geli-geliman dalam kereta takut jadi macam cikgu yang maut sebab muncul kodok dalam kereta). Macam mana tak ada lipas, anak-anak dia makan macam-macam dalam kereta so serdak-serdak makanan tu yang buat lipas mai kot.
Satu hari tu Mr Hubby kata, member dia cadangkan buh ubat gegat dalam kereta. Member dia buat, lipas pun takde. Saya macam....ye ke? Mr Hubby kata, kita cubalah dulu, kot kot berkesan. Lepas tu dia pi borong ubat gegat punyalah banyak. Saya tak tau berapa tan dia bubuh dalam kereta.
Saya lama tak naik kereta dia sebab saya naik "mini cooper" saya tu. Sekali hari tu naik, perghhh! Bau ubat gegat punyalah kuat. Saya cakap kat Mr Hubby, macam ni bukan lipas je mati, kita pun boleh mati sesak nafas ni. Mr Hubby sengih-sengih je. Aiyooo...
Sebelum balik kampung Khamis ni, saya nak suruh dia buat "Nano Mist" dalam kereta. Bagi hilang segala bau ubat gegat tu..kalau tak jenuh la bau ubat gegat sepanjang jalan dari Penang ke Johor. Mau ada yang mabuk pulak nanti. Kami buat "nano mist" tu kat CARs International. Lepas buat "Nano Mist" mesti rasa segar je kereta kita..hehehe...
Ada petua atau cara tak nak hilangkan lipas dalam kereta. Memang tak nampak dia jalan-jalan tapi kekadang tu dia lalu lalang plak. Huhhuhu

Hari tu gi cuci luar jek
Ada petua atau cara tak nak hilangkan lipas dalam kereta. Memang tak nampak dia jalan-jalan tapi kekadang tu dia lalu lalang plak. Huhhuhu
Tuesday, February 5, 2013
Skinny Dip?
Salam,
Something to read and laugh about.
It's not about the morale, it's about the witty reply by the man
Sometimes, a little bit of laughter is a must to continue your day...
Enjoy!
(Awat tetiba speaking english ni? Hehehe...)
Tetiba nak tulis pasal Bahasa Inggeris
Saya ni nak kata petah bercakap dalam bahasa inggeris pun tak juga
Kalau setakat menjawab soalan yang biasa-biasa tu bolehlah
Kalau nak jawab yang panjang-panjang, letih juga
Letih mengarang ayat dalam kepala...lepas tu tak tau nak guna perkataan apa
Tapi..baca buku bahasa inggeris adalah kesukaan saya
Saya suka mencabar diri
Dulu-dulu selalu buka kamus
Sekarang alhamdulillah boleh faham dah
Ada dua tiga perkataan yang jarang jumpa baru rujuk e-dictionary
Bahasa inggeris ni penting juga
Kalau tak tahu langsung pun susah juga
Nak nak kalau kena selalu berdepan dengan pelanggan dan pembekal
Ok ...daaaa!
The Farmer and the Skinny Dippers
An elderly man in Louisiana had owned
a large farm for several years.
a large farm for several years.
He had a large pond in the back. It was
properly shaped for swimming, so he fixed
it up nice with picnic tables, horseshoe
courts, and some apple and peach trees.

One evening the old farmer decided to
go down to the pond, as he hadn’t been
there for a while, and look it over.
go down to the pond, as he hadn’t been
there for a while, and look it over.
He grabbed a five-gallon bucket to
bring back some fruit.
bring back some fruit.
As he neared the pond, he heard voices
shouting and laughing with glee.
shouting and laughing with glee.
As he came closer, he saw it was a bunch of
young women skinny-dipping in his pond.
young women skinny-dipping in his pond.
He made the women aware of his presence
and they all went to the deep end.
and they all went to the deep end.
One of the women shouted to him,
“We’re not coming out until you leave!’
“We’re not coming out until you leave!’
The old man frowned, “I didn’t come down here
to watch you ladies swim naked or make you
get out of the pond naked.”

Holding the bucket up he said,
“I’m here to feed the alligator…”
“I’m here to feed the alligator…”
Some old men can still think fast!!
Monday, February 4, 2013
Instagram/Whatsapp Untuk Abah
Salam,
Dear Abah,
Ketika ketiadaan abah,
Kami semua jadi tak keruan
Sebab kebosanan
Jadi untuk menghilangkan kebosanan
Ini yang kami buat di rumah
Untuk menambahkan stress mama
Sekian.
Ps : Abah jangan lupa ole-ole untuk kami ya...
Nota kaki : Adik abang sama naik...huhuhu...aktiviti kami di hujung minggu ^_^
Wednesday, January 30, 2013
Friday, January 25, 2013
Doctor in the House
Salam,
This was Actually Said..
This was Actually Said..
This was actually said in court and taken from a transcript:
Lawyer: "Doctor, before you performed the autopsy, did you check for a pulse?"
Witness: "No."
Lawyer: "Did you check for blood pressure?"
Witness: "No."
Lawyer: "Did you check for breathing?"
Witness: "No."
Lawyer: "So, then it is possible that the patient was alive when you began the autopsy?"
Witness: "No."
Lawyer: "How can you be so sure, Doctor?"
Witness: "Because his brain was sitting on my desk in a jar."
Lawyer: "But could the patient have still been alive nevertheless?"
Witness: "Yes, it is possible that he could have been alive and practicing law somewhere."

Nota kaki : Sapa yang pening skang ni? (Sekadar hiburan ya...tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati hehe)
Monday, January 21, 2013
Betul ke Bohong?
Salam,
Fakta...fakta...Benda yang kita jarang ambil tau...
Ayat "Quick Brown Fox Jumps Over The Lazy Dog" mengandungi semua huruf dalam A..B...C...tak caya cuba nyanyi lagu ABC sambil tengok ayat tu..hehe
Lipas boleh hidup tanpa kepalanya selama 9 hari sebelum mati kelaparan. Oleh itu pastikan sembur sampai dia mati betul-betul. Dia boleh hidup sebab dia bernafas melalui liang-liang rongga badannya...bukan dia jadi hantu tau!
Adalah mustahil untuk kita bersin sambil buka mata. Nanti terkeluar biji mata....huhu
Siput babi boleh tidur selama 3 tahun. Lama tu...
Ikan jerung ialah satu-satunya ikan yang boleh mengerdipkan kedua-dua belah matanya.
Mata burung kasawari lebih besar daripada otaknya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)

.jpg)