It's You!

Showing posts with label FamilyDay. Show all posts
Showing posts with label FamilyDay. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Jalan-jalan

Salam,

Semalam punya cerita
Yana dan Yani kata nak tengok zirafah
Nak tengok harimau...gajah...singa
So, Mr Hubby kata jomla bawa diorang p zoo Taiping
Sebelum ke Taiping, jalan-jalan di Queensbay Mall sebab diorang nak tengok pokok krismas besar
Dok excited kata mr snowman tu si Olaf...
Layankan je la
Kol 3 lebih, kami sampai di Zoo Taiping..
Naik train pusing satu zoo tengok binatang
Semua orang tak larat nak jalan..
Sebelum balik, singgah Kuala Sepetang, merasa mee udang tapi saya makan nasi goreng je...
Itu je cerita jalan-jalan kami..

Nota kaki : Binatang dalam zoo tak banyak dan nampak tak bermaya je...

Saturday, December 21, 2013

Happy Days

Salam,

Semalam sempat menziarah mummy di Rinching Hilir. Lama tak jumpa. Mummy to be sihat. Kenyang dijamu bihun goreng dan cempedak goreng.

Sebelum pulang, singgah di Downtown dekat the Mines tu...saja jalan cuci mata. Yana dan Yani excited tengok macam2 gerai menjual baju dan lain2. Dapat sehelai dua seluar comel dan baju untuk diorang.

Pagi tadi SIL dan BIL bawa kami semua ke Presint 9. Bagi diorang mandi di kolam mandi sambil Mr Hubby dan BIL breakfast dan tapau breakfast untuk kami. Seronok betul budak2 tu. Lepas mandi, main di tempat permainan dulu sebelum balik.

Petang lepas Zohor, ada jemputan kenduri dekat ngan Setia Alam..rumah member Mr Hubby. Insya Allah lepas tu nak menziarah member Mr Hubby di Padang Jawa. Cuti ni memang rileks..have fun dan penuh dengan kawan rapat dan family. Enjoying every moment.

Monday, November 18, 2013

Santai 2

Salam,

Ni sambungan entri santai sebenarnya. Dalam dok rileks tengok tv, Mr Hubby ajak kami keluar ke Sungai Petani. Hajatnya nak beli nasi beriyani lepas tu bawa budak-budak berjalan tetapi kedai Nasi Beriyani tu tutup la pulak. Nak cerita kat mana kedai tu pun tak tau nak habaq, huhu.

Mr Hubby bawa kami ke Amanjaya Mall, dia kata sebelum ni dia pernah pi kat situ dengan MIL lepas membeli nasi beriyani juga. Besar juga shopping complex ni dan ada macam-macam. Budak-budak dapat main kat playground dalam shopping complex tu, memang dah tak ingat dunia...dengan si abang-abang pun excited gila. Seperti biasa, saya dan Mr Hubby pun masuk sama jadi supervisors.

Muka apa ni Yani???

Layankan ajela...

Masa ni la boleh panjat, lompat, lari, golek sesuka hati diorang

Penat bermain, masa untuk minum susu!

Supervisors yang kerjanya melepak sambil tengok anak-anak.

Lepas main sakan, siap minum susu dalam tu, semua orang dah letih, kami pun balik. On the way balik, singgah makan bihun sup kat Lahar Kepar. Sampai umah solat dan tidurkan dua budak kembar, lepas tu saya layan CSI:New York back to back sebab dah record. Layan sorang-sorang sebab Mr Hubby dah lena dan dua budak lelaki tu dah sibuk dengan PS2 diorang.

Malam pulak sebab tak tau nak makan apa, bawa budak-budak ke Bagan, makan KFC. Mula-mula ingat nak tapau KFC tu pastu makan kat tepi pantai tapi hujan la pulak. Lepas makan dan ronda-ronda, kami pun balik umah. Seharian bawa anak-anak berjalan, walaupun tak buat apa sangat tapi seronok tengok diorang happy. Insya Allah, Mr Hubby kata nanti dia akan bawa kami pi berjalan sempena cuti sekolah. Saya, kalau bab berjalan, memang suka saja, lebih-lebih lagi dengan orang-orang tersayang, duduk tepi jalan makan aiskrim pun dah best.

Sekejap je dah besar dan pandai buat muka cheeky bila bergambar



My little noty girl


Itu jela aktiviti kami hari Sabtu. Korang pulak macamana ye? Mesti lagi havoc...

Wednesday, October 16, 2013

Cuti-Lengang-Sambung Cerita

Salam,

Hari ni saya sudah mula bekerja. Tak sambung cuti sebab hujung bulan akan bercuti lagi sebab majlis bertandang di rumah suami Mummy pulak so simpan-simpan cuti la. Cuti masih ada lagi tapi kena simpan untuk hujung tahun. Mana tahu ada orang nak ajak kita bercuti makan angin ke? Hehehe...berangan aja saya ni...

Hari ni sangat lengang. Masing-masing masih bercuti. Student pun sudah bercuti dari minggu lepas so memang lengang UiTM. Dalam ofis ni cuma ada 8 orang je. Lepas tu sebab lain department, so nampak macam satu department ada seorang je yang datang kerja. Hari ni saya pasang lagu sepanjang hari, buat peneman diri.

Kami bertolak pulang dari Putrajaya jam 6.30 petang dan sampai dengan selamat di Pulau Pinang jam 10.45 malam. Perjalanan lancar dan saya tertidur dalam kereta kerana sepanjang hari tak tidur sebab melayan The Voice dan tetamu yang hadir.

Berhari raya di Putrajaya sama macam beraya di Pulau Pinang sebab lepas sembahyang raya duduk dalam rumah buat-buat sibuk. Hari raya haji tak sama dengan hari raya aidilfitri. Tak dapat bayangkan terpaksa beraya di Putrajaya ketika Aidilfitri. Mau banjir Putrajaya nanti kot. Hehehe...

Oh ya...sambung cerita selepas melawat Syaza Imaani. Selepas melawat Imaani, kami ke Sogo pula. Memang betul-betul ambil kesempatan waktu Kuala Lumpur lengang. Jalan tak jam, dalam Sogo walaupun ada ramai orang tapi masih boleh tolerate lagi nak bershopping. Shopping apa? Cuma belikan Danish dan Danial sepasang slacks, Dayani dan Dayana seorang sepasang t-shirt dan saya dapat sepasang kasut. MIL mencari beg tangan so kami peneman saja.

Pulang dari Sogo, kami singgah di Ramal Junction Food Court di Kajang. BIL pesan semangkuk mi kuah Kuala Sepetang, saya pesan otak-otak JB dan Fish n Chips, Mr Hubby pesan sebiji burger Abang Burn dan BIL lagi sorang pesan sate. Kami makan berkongsi-kongsi sebab masing-masing masih kenyang. First time rasa burger Abang Burn dan suka dengan rasanya. Danish dan Danial makan separuh pun tak habis. Saya cubit sedikit tapi saya balun cendawan goreng dia yang sedap tu. Sorry la tak ada gambar pulak...hehe..

Itu cerita kami hari Sabtu yang lepas. Balik rumah, mandi dan semuanya terus tidur. Habis cerita satu hari...nanti saya cerita pasal outing ke Marina Putrajaya pulak ya. Daa!

Friday, October 11, 2013

Travelling & God's Creations

Salam,

Insya Allah malam ni kami akan bertolak ke Putrajaya untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan saudara di Cheras. Kami bermalam di rumah SIL di Putrajaya dan cadangnya akan menyambut Hari Raya Haji di sana. Kalau jadi, insya Allah, ini kali kedua kami berhari raya haji di Putrajaya.

Doakan perjalanan kami malam ini selamat. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan di alam maya. Ucap awal tak apa kan?

Tinggalkan korang dengan gambar alam yang menakjubkan. Subhanallah..

Selamat bercuti rakan-rakan semua. Semoga apa yang kalian lakukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan olehNya.

In this phenomenal capture by Roberto Giudici, we see four waterspouts over the Adriatic Sea. The photograph was recently featured as the Earth Science Picture of the Day. A waterspout is an intense columnar vortex that occurs over a body of water, connected to a cumuliform cloud. In the common form, it is a non-supercell tornado over water.

Photographer Haley Luna took this amazing photograph while flying into Denver, Colorado

Pictures credit to twistedshifter.com

FAmily Outing - Teater Oh Teater

Salam,

Lama nak cerita tentang outing kami ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang pada 28 September yang lepas. Kami datang memberi semangat kat Muhammad Danish yang terlibat dalam persembahan hari penutup Festival Teater Malaysia.

Hari Sabtu pagi tu Danish awal pagi dah keluar rumah, ada van dari JKKN yang ambil mereka di sekolah. Hari Sabtu tu ada raptai penuh kot. Kami bertolak dari rumah jam 6.30 petang. Solat di masjid dekat dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang dekat ngan Rope Walk. JKKN Pulau Pinang terletak dekat dengan tempat-tempat tersebut dan bersebelahan je dengan Rumah P. Ramlee.

Mula-mula sampai, pak guard tak bagi kami parking dalam kawasan JKKN, ok la...kami parking kat luar. Lepas tu, dia kata kalau tak ada pass tak boleh masuk dalam auditorium. Pulak dah..saya call cikgu pengiring Danish. Dia kata protokol sebab melibatkan VIP..takpelah..kami tunggu kat luar dulu.

Pukul 8.30 lebih semua tetamu dijemput masuk, kami pun dijemput masuk sebab tak ramai mana pun jemputan yang hadir. Malam tu sebenarnya malam penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta/team yang menyertai Festival Teater Malaysia peringkat Pulau Pinang. Rupa-rupanya UiTM pun menghantar penyertaan. Acara malam tu ialah penyampaian sijil dan hadiah disulami dengan persembahan teater daripada artis JKKN dan group TBT (Tunas Budaya Tari Cemerlang). Danish jadi pari-pari...kalau tak silap yang ni diorang lakonkan semula teater popular...lupa plak tajuknya...Puteri Gunung Ledang kah?? Aiyo...hilang ingatan jap.

Seronok gak tengok persembahan teater. Yang seronok Yana dan Yani. Setiap kali orang ambil hadiah, Yana jerit "Yeay...yeay..." sambil tepuk tangan. It's a memorable outing with my families. Sebelum balik, kami singgah Nasi Kandar Deen di Jelutong untuk makan malam. Bedal je apa yang ada sebab dah lapar gila. Hehehe...

Itu je cerita kami di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Menunggu masa untuk masuk ke auditorium

Persembahan sejurus perasmian

Sang pari-pari

Gambar beramai-ramai selepas majlis tamat.

Mr Hubby dan BIL sibuk kutip belon untuk yana dan yani





Tuesday, October 8, 2013

Bila Rindu

Salam,

Minggu lepas kami tak balik Penaga. Abang-abang nak periksa so kami tak balik sebab bila balik rumah Penaga, si abang-abang akan main PS2 dan online games. Si abang-abang buat muka ketat...sebab tak dapat balik...haha.

Maghrib semalam, pintu rumah kami diketuk bertalu-talu. Hui hui...siapa yang mai ni? Mr Hubby baru nak bangun buka pintu, si Yani dah buka pintu siap-siap. Sekali tengok rupanya Tok Abah ngan Tok Ibu mai bikin surprise. Saya tau diorang mesti rindu kat Yana dan Yani. Yana dan Yani pun apa kurangnya, punya la excited, peluk cium dan menempek kat Tok Abah dan Tok Ibu je.

Yani dan Yana bersama Tok Abah

Oh, ya. Tahniah buat Acu Anuar (BIL) yang telah menghadiri konvokesyen dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UTHM, Batu Pahat Johor baru-baru ini. Semoga sentiasa sukses selalu. Semoga perniagaan yang diusahakan bersama itu berjaya dan terus maju, insya Allah.

BIL dan SIL

Tuesday, October 1, 2013

Wedding 14hb September 2013

Salam,

Nak cerita pasal hari perkahwinan Mummy Yon tapi gambar takde..boleh gitu? Padahal, banyak juga tangkap gambar tapi guna kamera orang lain so lambat la nak dapat gambar.

Majlis diadakan di Dewan Sukan MPSP Kepala Batas. Haritu semua keluarga terdekat berpakaian sedondong termasuklah saya. Kalau nak kirakan, setiap kali ahli keluarga terapat kami buat majlis kahwin, kami akan beli kain sedondong buat baju so senanglah orang nak kenal keluarga pengantin.

Majlis berjalan sangat meriah dengan gelak tawa ahli keluarga. Dewan pun luas so taklah rasa rimas cuma meja dan kerusi pula tak cukup dan tetamu terpaksa tunggu giliran nak makan. Saya cuma tolong sikit-sikit je selebihnya jalan sana-sini tengok si kembar berdua tu yang seronok menyukat tanah. Maklumlah...bila lagi nak berlari sana-sini tanpa orang marah?

Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Nurul Adilah Idros dan Rohisham Rahmad. Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mummy dah duduk jauh dari kami. Tak dapatlah nak manja-manja minta dia masakkan lauk atau makanan sedap.

Tok Ibu dan TOk Abah pun dah sunyi dah sekarang sebab kami pun dah pindah duduk di rumah MIL yang lebih dekat dengan tempat kerja dan tempat pengasuh Yani dan Yana. Bila Mummy dah ikut Sham balik Kajang, takde sapa nak tengokkan si kembar so kami hantar mereka ke rumah pengasuh. Alhamdulillah ok cuma ada bunyi juga sikit2 bila time hantar waktu pagi. Sementara nak biasa...

Kami akan jenguk Tok Ibu dan Tok Abah untuk mummy ya. Janganlah risau...tiap hujung minggu kami balik, tengok mereka dan tengok rumah kami yang kena tinggal. Sob sob sob...

K la...nak cerita tu je...nanti kalau dah dapat gambar2 majlis perkahwinan, saya akan kongsi di sini. Buat kenangan sampai bila-bila. ^_^

Bilik tidur yang saya kerjakan..haha...simple je

Danial di hari keramaian

Pengantin baru ngan mak n mak saudara saya

Sepupu pengantin a.k.a Mr Hubby dan adik2nya

Curi dari FB pengantin..suka tengok gambar ni...sangat nice!

Gambar waktu nikah 13hb September 2013

Si cilik ni pun nak bergambar juga

Dua budak nakal tapi bijak ni huhu

Kalau suruh posing...

Mummy





Saturday, August 3, 2013

Selamat Tiba

Salam

Alhamdulillah dah selamat sampai di Putrajaya. Jalan pun x sesak lagi mungkin tak ramai yg bertolak pulang ke kampung lagi.

Semalam hari last bekerja tapi saya sibuk siapkan tempahan kawan-kawan. Biasalah...bila dah sibuk, untuk anak-anak sendiri tak sempat bak buat. Pi bercuti pun bawa beg kraf.

Hari ni nak melilau cari baju raya anak2 tapi xtau lagi nak ke mana. Mesti semua tempat sesak dengan orang ramai. Huhuhu

Saturday, June 29, 2013

Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu duduk di rumah dengan anak-anak. Hari ni masak telur itik masak lemak cili api.

Alkisahnya...member kerja bawatelur itik sebab ada member tu pesan nak. Tapi waktu dia bawa tu, si pemesan tak mai sebab bercuti. Sebab malas nak bawa balik, dia jual kat kami. Sebiji 30 sen so saya dan sorang kawan bahagi dua telur yang dibawa...dapat sorang 10 biji. Tak tau nak masak apa telur itik tu...tahunya masak lemak je itupun mak yang masak. Saya goreng tauhu, tempe dan ikan temenung.

Petang ni diorang kat rumah ni buat laksa. Saya tak gemar laksa tapi tengok juga cara membuatnya sebab anak2 dan mr hubby suka laksa. Itu je setakat petang ni. Waktu ni la boleh makan dan masak apa yang kita suka. Hari bekerja makan yang simple je.

Thursday, March 21, 2013

Langkawi Pt 4 - Oriental Village & Cable Car

Salam,

Lepas Island Hopping, kami terus cari kedai makan untuk mengisi perut yang berkeroncong yang amat sangat. Nak makan kat Restoren Haji Ramli yang terkenal tu tapi dia tutup pulak so cari la kedai makan mana-mana yang dekat.

Mula-mula kami nak balik dulu, mandi lepas tu gi Oriental Village dan Cable Car tapi fikir-fikir balik kalau balik mesti nak rehat la...so kami dengan sempoinya terus ke Oriental Village dengan baju lembab sebab dah mandi laut semua...hahahaha...

Meh kita cerita bergambar je la ya...banyak pulak gambar yang ada.


Akhirnya sampai juga kami ke sini..hehehee

Sepanjang jalan ke Stesen Cable Car ada banyak kedai menjual cenderamata...sedia duit saja..

Naik Kuda ni RM5 kalau tak silap...tapi kami tak naik pun

 
Setiap selekoh ada kedai..seronok je tengok

Dekat ngan tasik ada budak lelaki ni pegang ular sawa.."Nak bergambar tak kak? Pegang la kak..ular ni jinak..dia dah makan" Hohoho....tak mau la...Yani pun tau geli

Beli tiket...tunjuk kad pengenalan ble dapat harga RM15, kanak-kanak RM5 kalau tak silap..kalau salah tolong betulkan ya. 

Sempat lagi BIL bergambar ngan ehem ehem dia

Memang seronok pergi waktu bukan cuti sekolah, kaunter pun lengang je. Kalau tidak, mau tak kena beratur panjang sampai ke luar.

Beratur pun tak lama

Satu gondola boleh muat 6 orang dewasa...sila beratur berenam-enam..kalau tak cukup korum, nanti staf diorang akan panggil sesiapa di barisan belakang untuk isi tempat kosong.

Jauh lagi perjalanan tu..kecut perut!

Anak panah tu tunjuk telaga tujuh...gerun woi nak tengok ke bawah

Mr Hubby, SIL dan suami

Kami

Dari stesen pertama..kat sini kalau tak mau turun kat stesen ni dan nak terus ke stesen last, kita tak payah la keluar dari gondola. Hari tu kami tak tau, so kami turun la pulak. Lepas tu kena beratur lagi sekali.

Yani tengah buat kerja...setiap saat dia cium mama dia ni, tak berhenti. Sampai Mr Hubby naik jeles...dia kata "sayang abah la pulak.." hahaha

Bye!
 
Jambatan gantung terkenal dan diundi sebagai ke 5 menakutkan oleh Tripadvisor. Kami tak pi sini sebab waktu kami sampai, hujan turun kejap renyai kejap lebat. Nak menapak turun dalam hujan dengan anak kecil adalah "NO"

Dalam perjalanan turun, gondola berhenti lebih kurang 2 minit tetapi terasa seperti 20 minit. Amat menyeramkan sebab dengar cerita ada kes sistem kereta kabel terpaksa dihentikan lebih kurang 2 jam kerana cuaca buruk. Bayangkan waktu itu kita berada di paras ketinggian yang kalau jatuh sure mati. Sampai je kami kat stesen bawah, diorang buat pengumuman operasi kereta kabel telah dihentikan akibat angin dan cuaca..nasib la siapa yang ada kat tengah tu...nasib baik kami sempat turun. Sangat gerun tau..kereta kabel di Genting tu kira ok lagi...Yang ni keceruman kabel tu je kalau tengok boleh rasa "Adoyai!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...