It's You!

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Sunday, March 2, 2014

Ultimate Foam

Salam,

Biar gambar je berkata-kata

Sabtu 2 Mac 2014
Hard Rock Hotel, Penang
Mr Hubby bawa the boys pi Ultimate Foam..pesta buih untuk kanak-kanak

Sunday, February 9, 2014

It's Sunday Again

Salam,

Salam hujung minggu. Lama tak baca paper, hari boleh pulak belek paper dari muka surat 1 sampai last. Sungguh tak disangka. Cerita yang ada...skang ni balik2 pasal pilihanraya DUN Kajang, JDT, T-Team, Pahang, pasal kemalangan. What to do...dah free sangat lah ni..sampai paper pun baca habis.

Bangun awal, breakfast awal, mengemas awal, semuanya awal. Siap iron baju anak-beranak selama 3 hari lagi. Janji ngan anak-anak nak keluar berjalan...tak jauh pun..ada yang nak ke kedai buku, ada yang nak bersantai main games di pusat permainan di Aeon Big. Waktu cuti memang kami bawa mereka. Kalau pergi dengan kita, bolehlah kita sama memantau. Bila kita dah bawa, tak adala mereka nak pergi sendiri. Sekurang-kurangnya diorang merasa pergi juga. Itu cara saya dan Mr Hubby la..orang lain, tak tau la saya.

Rupa-rupanya Mr Hubby ada janji nak tengok tempat nak buat wiring internet di Kulim pagi tadi so aktiviti jalan-jalan terpaksa ditangguhkan ke petang. Jadilah hari saya senggang dan dipenuhi dengan melepak. Tapi ok jugak..bolehlah rehatkan badan sebentar.

Oklah...tadi xmau taip panjang..tetiba jadi panjang pulak. Saya tonggalkan semua dengan gambar si comel Yana. Sambil saya iron baju, dia kata dia nak tolong saya sidai kain. Habis dikerjakan dia penyepit baju tu...huhu

Sunday, February 2, 2014

My Sunday

Salam,

Hari ni bangun pagi bawa dua budak kembar cari ikan. Sudah beberapa minggu ikan temenung x ada di tempat meraih ikan di Pekan Penaga. Kalau selalu..boleh dapat temenung RM4 sekilo, beberapa minggu ni sekilo ikan temenung boleh pi sampai RM14. Padahal..ikannya punyalah kecil. Huhu...

Di rumah hari ni ada ramai orang, ada kawan BIL datang bertandang, ada sepupu2 yang pulang menziarahi ibu so parking depan rumah tu memang penuh dengan kereta kami je. Nasib baik depan umah kami tu xde rumah..cuma ada kebun je so dekat situ la kami parking kereta. Tapi..time macam ni la yang nampak meriah..bila adik-beradik balik, kereta berderet menandakan semua anak2 balik..suasana pun riuh rendah. Happening! Cuma cuti kali ni...kami takde buat BBQ pun...tunggu cuti lain la pulak.

Hari ni, siapkan tempahan car charm dan kemudian terus ligat menjahit pencil case pula. Bila dah menjahit, memang susah nak berhenti tapi bila masa malas sampai..nak start tu punyalah seksa. Bila menjahit di rumah ni, terpaksalah tahan marah sebab ada dua orang budak yang sibuk mengacau. Selagi tak dapat apa yang diorang nak, banyak pula bunyinya. So, terpqksalah bagi apa yang diorang nak lepastu gigih plak mengemas lepas mereka sudah menyepah.

Esok dah start kerja. Pasti ada yang masih bercuti. Anak-anak masih bercuti sekolah so jalan pasti masih lengang tapi saya dengar highway dah mula jam sebab masing-masing nak balik ke bandar semula. Berhati-hati ya...sabar lebih di perjalanan. Daa!

Friday, January 31, 2014

Happy Holidays

Salam,

Selamat Tahun Baru Cina buat kawan2 berbangsa Cina. Terus teringat beberapa orang kawan lama ketika bekerja di Penerbitan Pelangi di Johor Bahru. Kenangan yang tak dapat saya lupakan. Bekerja jauh dari kampung, selalu ikat perut sebab takut tak cukup duit, tapi selalu ada duit untuk beli buku...hahahaha...

Oleh kerana department saya ketika itu hanya ada dua orang yang berbangsa Melayu, maka saya lebih rapat dengan rakan berbangsa Cina. Ingat lagi outing kami setiap Sabtu, makan-makan, window shopping...gossiping..rindu plak masa lalu.

Sekarang, nak rehat sekejap. Sudah siap tempahan car charm (ada lagi 4 sebenarnya tapi kejap lagi boleh buat). Sekejap lagi tuan punya tempahan akan datang collect. Sekarang masa untuk baring, baca novel baru. Tak sabar nak habiskan novel ni sebab nak pi cari juga novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Okla...selamat bercuti. Happy happykan diri. Senyum selalu..dont be sad. ^_^

Thursday, December 26, 2013

Exchanging Knowledge

Salam,

Selepas seminggu bercuti, hari ni saya memulakan tugas semula. Hari ni, pagi-pagi lagi ada "student" baru datang nak belajar. "Student" yang saya maksudkan ialah member dari bahagian Perkhidmatan Pelanggan nak belajar tentang Perolehan. Kan kami ada pertukaran tempat bertugas dan member saya ni akan menggantikan tempat saya manakala saya pula menggantikan tempat dia. Pagi ni, giliran saya buat tutorial untuknya. Alhamdulillah, dia excited dengan tugasan baru. Petang nanti, saya pula akan ke tempatnya untuk belajar benda baru.

Selain itu, saya masih belum sempat menyediakan senarai tugasan yang perlu di "hand over" kepadanya. Dengan macam-macam benda yang nak difikirkan, saya tak mula lagi membuat senarai. Ada juga laporan yang saya perlu siapkan sebelum tugas bertukar tangan.

Minta maaflah kawan-kawan tentang gambar-gambar yang tunggang terbalik dalam entri-entri yang lepas. Maklumlah, update guna hp je pastu gambar tu takble pulak nak di"edit" sebab tu jadi macam tu.

Last...nak tempek gambar budak2 tu di Hotel Sentral Seaview (Dulu Hotel Naza Talya) hari Selasa lepas. Abah diorang bagi mandi kolam puas-puas lagi tapi ada sorang budak bambam tu boleh tanya abah dia "Abah, arini kita tak pi jalan-jalan lagi ka?" sejurus selepas pulang bercuti. Hahaha....


4D

La ni kalau suruh berposing, huiii....sakan!

Dua comel saya.


Tuesday, December 24, 2013

A Quick Vacation

Salam,

Pagi ni kelam-kabut sikit mengemas rumah dan mengurus 4 orang budak noty. Banyak tugas sudah di`sub` kepada abang-abang mereka. Mama sibuk mengemas beg dan rumah. Destinasi kami arini ialah Pulau Pinang. Hahaha...jauh kan?

Hari ni bawa budak2 ke Hotel Naza, diorang nak mandi kolam. Cuaca panas...kereta banyak..nak sampai pun letih walaupun tak jauh mana.

K la..nanti cerita lagi. Daa!

Friday, December 20, 2013

Arrived

Salam,

Alhamdulillah selamat sampai di Putrajaya jam 1 pagi semalam. Itupun kena berhenti tidur di Sungai Buloh sebab Mr Hubby mengantuk gila. Maklumlah semalam dia kena siapkan kerja-kerjanya sebelum bertolak. Petang semalam pun sempat lelapkan mata tak sampai setengah jam. Lepas asar kami bertolak. Singgah di Ipoh berjumpa dengan member Mr Hubby satu family dan sempat makan bersama di Ipoh Hainan Chicken Rice. Ipoh sudah banyak berubah...banyak kenangan di sana.

Sampai di Putrajaya, anak2 buat reunion. Rindu la tu. Yana Yani asyik tanya bila nak sampai umah Cik Liana sebab nak jumpa abang. Pagi ni....abang2 yang melayan adik2. Mama nak rehat sat...sat ja..hehehe.

Selamat bercuti untuk yang bercuti dan selamat bekerja utk yang bekerja. Tahniah buat rakan sepejabat. Hari ni ada yang menerima Anugerah Pekerja Cermerlang sempena Hari Kualiti. Happy for them!

Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharam

Salam,

Cuti awal muharam...duduk di rumah...mengemas rumah, memasak untuk family. Dah lama saya tak memasak selengkap ini...bukan tak mahu masak, tetapi bila dah bekerja, semuanya nak ekspres..semua nak cepat so biasanya hari bekerja kalau masak pun mesti masak makanan yang mudah macam nasi goreng atau lain-lain yang ada "goreng" belakangnya atau lagi ekspres beli kat kedai. Saya respek ibu bekerja yang mampu memasak setiap hari. Rasanya...saya pun boleh....kan?

Tahun baru, apa azam baru kita? Pastinya kita mahu jadi yang lebih baik daripada kita sebelumnya. Saya juga begitu tapi azam saya tahun baru ni nak memperbaiki hubungan saya sesama insan dan dengan Allah semestinya. Satu je azam tapi insya Allah sekiranya tercapai, hidup saya akan lebih bahagia, lebih gembira dan lebih tenang. Bila hati tenang, segala perbuatan kita samada untuk bekerja atau berhibur akan lebih diredhai.

Apa azam tahun baru kalian? Semoga apa sahaja yang kita minta, memberi kebaikan sehingga tahun hadapan. Tinggalkan korang dengan hidangan tengahari kami...selamat bercuti dan menjamu selera. ...hehe



Nota kaki; Jangan jadikan kesalahan yang sekelumit menutupi kebaikan yang menggunung. Jangan jadikan kebaikan yang pernah kita lakukan sebagai tiket melakukan keburukan.

Monday, November 4, 2013

Deepavali Outing

Salam,

Selamat pagi ISnin semua. Mesti ramai yang bercuti hari ni, maklumlah esok cuti Awal Muharam pula di Pulau Pinang. Saya tidak bercuti hari ni kerana anak-anak bersekolah, alang-alang hantar mereka ke sekolah, baik saya kerja saja...esok baru cuti lagi.

Hari Sabtu yang lepas, lepas mengemas rumah, kami semua bersiap-siap nak pergi beraya di rumah rakan baik Mr Hubby di Kuala Ketil. Tapi sebelum ke Kuala Ketil, kami singgah di Kids Carer Child Speacialist Clinic di Taman Inderawasih Perai untuk berjumpa doktor sebab kes Yana tu. Memang dia ada eczema yang agak teruk dan ada infections sebab dia dok menggaru tak henti-henti. Doktor bekalkan antibiotik, ubat gatal, 2 jenis krim sapu dan syampu head to toe. Alhamdulillah, sampai hari ni, luka dah makin kering dan dah tak merah-merah lagi cuma kena rajin sapu krim ke seluruh badan untuk make sure badan dia lembab dan mencegah kegatalan.

Sebelum jumpa doktor sempat lagi main-main dulu.

Posing tak hengat

Kami sampai di Kuala Ketil jam 1 lebih. Cuaca sangat panas, sampai di rumah kawan baik Mr Hubby, kami dijamu dengan pelbagai kuih seperti maruku, biskut tart, kuih kapal terbang, kuih ros ..huiii banyak sungguh macam raya kita pula. Kawan abang kata dont worry, semua kuih ni dia tempah ngan org melayu dan ada yang mak cik dia yang dah muallaf buat. Tapi yang paling menarik hati mestilah air oren sejuk yang bergelas-gelas diteguk penghilang dahaga. Lepas berborak dan makan kuih, kami dihidangkan dengan menu nasi tomato dengan pelbagai lauk-pauk, ada ayam masak merah, ayam kari, kambing masak kurma dan jelatah.

Kami sampai kat rumah dalam jam 3 lebih dan apalagi, terus melepak sebab keletihan. Selepas solat Zohor, semuanya ghaib. Malamnya pula, kami semua makan di luar je sebab tak tau nak masak apa. Itu jela cerita hari Deepavali kami. Maaflah gambar beraya takde sebab terlupa nak bawa keluar hp sebab dok kalut dengan 4 budak nakal hehehe...Cuti raya korang macamana?

Friday, November 1, 2013

Some stories

Salam,

Sekejap je dah hari Jumaat kan. Macam-macam cerita ada sepanjang minggu tapi saya masih lagi mood malas bercerita. Insya Allah, nanti saya cerita. Lama dah tak cerita tentang Yana dan Yani. Ada ke yang rindu dengan mereka?

Mereka sihat, alhamdulillah cuma Yana ada masalah kulit la ni. Sejak dari baby Yana mempunyai kulit yang lebih sensitif berbanding Yani. Kalau cuaca panas dan berpeluh banyak, mulalah dia menggaru. Susah nak suruh dia berhenti menggaru, tapi bila dah luka barulah dia stop sebab sakit. Pantang buh ubat dah kering elok, dia akan garu balik so lambatlah baiknya.

Budak rajin tapi kalau mengamuk, fuiyooo...

Best day...best


Yani pula makin keletah dan petah berkata-kata. Macam-macam dia buat. Yang buat semua orang geram, dia suka sangat buat perangai, nak tarik perhatian orang la tu. Ada orang kata, perangai anak-anak ni ikut ibu bapanya. Agak-agak, perangai sapa la Yani ikut ni? Attention seeker betul. Ada sehari tu kat Putrajaya, kami pakaikan dia baju takde lengan, dia kata "baju ni seksi la...nanti Ustaz Don marah," Adoila....terdiam kami sekejap.

Masih lagi membaca novel "Past Secrets" oleh Cathy Kelly. Ada satu dialog yang saya rasa benar pula.

" The people we love often don't see our pain, and that's one of the hardest things in the world to cope with. We think they should see, they should know. If they don't, we feel as if they've failed us somehow and we have to deal with it all on our own"

Okla..selamat berhujung minggu. Mesti ramai yang bersambung cuti sebab cuti Deepavali dan Awal Muharram. Semoga hujung minggu kita semua baik-baik sahaja.

Sunday, October 13, 2013

Family Outing

Salam,

Alhamdulillah...selamat sampai di Putrajaya jam 1pagi lebih...hari Sabtu. Jalan raya menuju ke ibu kota tidaklah sesak..cuma banyak lori dan bas tetapi lebuh raya menghala ke Utara kenderaan bertali arus. Ramai yang meninggalkan kota untuk pulang berhari raya di kampung la kan....kami pulak yang songsang..hehehe.

Kenduri di area Taman Desa Damai, Cheras...kalau tak silap saya. Bab jalan dan tempat, saya memang agak fail sedikit. Alhamdulillah dapat bertemu dengan Mummy dan keluarga yang lain. Mummy nampak berisi...mungkin happy di samping suami atau mungkin sudah ada isi...hehehe.

Selesai di rumah kenduri, kami menuju ke Keramat AU melawat adik saya dan baby baru, Syaza Imani yang sangat comel dan bambambam. Aduila...geram tengok pipinya yang labuh. Teringat masa Yana dan Yani baby. Pipi labuh buat orang asyik nak gomol je. Hahaha...

Sepanjang di rumah adik, hujan turun dengan lebat beserta angin. Cuaca sejuk dan nyaman buat kami lagi rancak bersembang hingga nak dekat maghrib. Sebelum maghrib kami tinggalkan baby Syaza dan family di sana. Mak saya pun masih di rumah family adik sebab menjaga adik berpantang. Insya Allah pertengahan bulan November baru dia pulang ke kampung. Lama tinggalkan rumah di kampung mesti dia rindu tapi di kampung cuma ada adik lelaki saya so mesti dia akan rindu kat cucu-cucunya yang dah menjadi sembilan orang. Hahaha...kalau balik kampung nanti...mesti riuh-rendah dengan suara cucu-cucu je.

Setakat ini saja dulu coretan hari ini. Ada banyak lagi benda yang kami buat hari Sabtu tu hingga ke malam. Letih tapi sangat happy sebab dapat jumpa ramai kesayangan saya. Anak-anak pun happy dan tak meragam buat hati pun senang nak berjalan. Lagi satu sebab jalan tak sesak buat perjalanan lancar dan cepat. Ok...daa! Jumpa lagi nanti

Tuesday, August 6, 2013

Masak Punjungan

Salam

Kami dah selamat sampai di kampung awal pagi semalam. Lepas sahur, terus bersiap dan selesai je solat subuh kami terus bertolak dri Putrajaya. Jalan pun masih ok...x ada jam.

Pagi tadi lepas subuh, duduk sekejap bersembang dengan adik bongsu saya. Bila balik kampung macam ni, barulah seronok bergosip bgai. Jam tujuh pagi dah sibuk ke dapur...memotong tauhu..tempe..kentang..bawang suma untuk memasak sambal goreng..ayam masak merah dan sambal kacang. Hari ni kami buat punjungan (menghantar makanan ke rumah2 jiran). Di sini adat berbalas2 makanan masih lagi diteruskan. Seronok kerana dapat merasa pelbagai jenis lauk-pauk yang khusus untuk ketupat. Tapi skang diorang dah tak rebus ketupat daun dah...dah ganti ngan nasi himpit je...mudah dan cepat.

Oklah..itu saja nak cerita. Nanti kita cerita lagi. Nak tolong2 apa yang patut lagi di dapur.

Saturday, June 29, 2013

Hujung Minggu

Salam

Hujung minggu duduk di rumah dengan anak-anak. Hari ni masak telur itik masak lemak cili api.

Alkisahnya...member kerja bawatelur itik sebab ada member tu pesan nak. Tapi waktu dia bawa tu, si pemesan tak mai sebab bercuti. Sebab malas nak bawa balik, dia jual kat kami. Sebiji 30 sen so saya dan sorang kawan bahagi dua telur yang dibawa...dapat sorang 10 biji. Tak tau nak masak apa telur itik tu...tahunya masak lemak je itupun mak yang masak. Saya goreng tauhu, tempe dan ikan temenung.

Petang ni diorang kat rumah ni buat laksa. Saya tak gemar laksa tapi tengok juga cara membuatnya sebab anak2 dan mr hubby suka laksa. Itu je setakat petang ni. Waktu ni la boleh makan dan masak apa yang kita suka. Hari bekerja makan yang simple je.

Tuesday, June 4, 2013

Jakarta

Salam,

Tak habis-habis lagi ya...hehehe...layankan aja la ye...

Hari terakhir kami dimulakan dengan jalan-jalan keliling bandar Jakarta. Pak Herman cerita lagi, di Jakarta bila hari minggu ada beberapa jalan utama yang ditutup sehingga jam 12 tengahari, kalau tak silap dekat dengan Tugu Monas. Tujuannya ialah untuk membolehkan warga Jakarta beriadah, bersenam, berjoging di waktu pagi itu. Waktu kami keluar memang tak ada kereta di jalan-jalan tertentu. Bagus betul idea ini...

Mula-mula kami singgah sebentar di Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Asia Tenggara. Oleh kerana kami hanya diberikan masa 10 minit sahaja untuk bergambar, tak sempatlah nak masuk ke dalam masjid yang boleh memuatkan hampir 120,000 orang ini.

Di seberang jalan pula, ada sebuah gereja besar untuk penganut kristian. Waktu kami sampai, mereka ada upacara keagamaan seperti biasa tiap-tiap pagi Ahad. Yang menariknya, Pak Herman cerita lagi, jika penganut kristian tidak cukup parkir, mereka akan menumpang parkir di parkir Masjid Istiqlal. 

Kawasan kuliner ini terletak di tepi Masjid IStiqlal, menjual makanan, minuman dan pelbagai barangan berunsur keagamaan seperti CD, buku-buku agama dan lain-lain.

Selepas singgah di Masjid Istiqlal, kami dibawa membeli-belah lagi di Tanah Abang. Sangat luas gedungnya sehingga pihak berwajib membina Blok B pula untuk pedagang-pedagang mereka. Bermacam benda dijual tetapi yang kami tuju ialah bahagian textiles dan pakaian siap. Pak Herman kata di sini kalau nak membeli borong lebih bagus malahan ramai pedagang di Bandung membeli barang di sini untuk dijual di Bandung. Saya dan Mr Hubby hanya membeli blouse dan bahan kraftangan saya. Itupun secara tak sengaja terjumpa kedai tu. 

Bagi saya, saya lebih suka membeli belah di Bandung. Di Tanah Abang, kawasannya memang luas dan banyak penjual dan boleh pening kepala tengok pelbagai barang. Satu lantai menjual benda yang sama, contoh baju kanak-kanak. Satu lantai saya rasa ada beratus kedai kecil yang menjual barangan yang sama. Kira rezekilah kalau pengunjung tertumpu ke satu kedai je. Tapi kalau nak beli kain sulam memang berbaloi datang ke sini, lebih-lebih lagi yang nak berkahwin...aduh..banyak betul pilihan.

Ni kedai-kedai di luar Gedung Tanah Abang. Pak Herman cerita lagi, para jemaah haji Indonesia kadang-kadang tidak membeli ole-ole jika mengerjakan haji kerana di sini semua jenis ole-ole dari Mekah boleh dibeli dengan mudah. Yang bezanya, ole-ole ini tak naik kapal terbang saja. Memang betul...saya dan Mr Hubby sempat meninjau sedikit kedai-kedai menjual ole-ole haji ini, memang sebijik macam yang mak haji dan pak haji bawa balik dari Mekah.




Tugu Monas. Tak singgah pun sebab orang sangat ramai. Lepas tu ada yang buat demonstrasi pulak tu so kami ambil gambar dari dalam bas saja.

Jakarta dengan bangunan-banguna pencakar langitnya dan gedung-gedung yang besar.

Kami bertolak ke airport jam 3 petang dan naik flight tertunda jam 7 petang lebih kurang. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Banyak juga idea-idea yang boleh dikongsi dari negara jiran kita ini. Bak kata orang, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. ^_^




Monday, June 3, 2013

Towards The End Bandung-Jakarta

Salam,

Entry jalan-jalan tak habis lagi tapi saya buh gambar-gambar ngan caption je ye. Letih nak menaip banyak-banyak tapi kalau tak ditulis tak jadi kenangan pulak. Tapi sebenarnya, semua kenangan pahit manis tetap terpahat di dalam hati hehehe....

Turun dari Tangkuban Parahu, kami masih makan tengahari di Bandung. Lupa pulak nama Restoran kami ni tapi ada pisang, daun pisang ke apa ka.

Antara menu terakhir kami di Bandung. Saya suka sangat tauhu goreng mereka tu. Digoreng bersalut tepung nipis yang rangup dan rasanya pedas-pedas sedikit. Nak buat juga kat rumah nanti walaupun tak tahu apa rempah yang dia bubuh. Ikan Gurami tu, saya sorang je makan sebab Mr Hubby dan 2 lagi teman semeja tak makan ikan darat.


Pemandangan dari meja makan kami. Waktu ni jam 12 tengahari tetapi saya tak nampak orang pun kat rumah-rumah tu, mungkin semuanya bekerja kot. Waktu tengah makan, dengar azan Zohor, kat sini masuk waktu awal sejam la kiranya.

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke Jakarta melalui lebuhraya Cipularang juga. Bandung cuacanya nyaman, sawah-padi terbentang luas dan banyak pokok pines dan ada juga ladang teh di tepi jalan. Rasa rugi pulak kalau tertidur so sepanjang jalan saya buka mata luas-luas. ^_^

Banyak juga padi bukit ditanam di sini. Cuaca sangat redup dengan kabus walau dah tengahari.

Di pertengahan jalan, kami singgah di kawasan rehat KM97, perhentian yang sangat bersih dan luas. Ada masjid besar untuk solat dan kedai-kedai makanan dan cenderahati. Di sini Mr Hubby membeli pisang keju. Ada juga yang beli brownies Amanda dan kek KArtika Sari yang femes tu. Rupa-rupanya ada kisah juga di KM97-KM95 ni. Kawasan ini dikategorikan sebagai kawasan keras dan selalu terjadi kemalangan di sini. Banyak juga penampakkan lembaga-lembaga misteri di sepanjang kawasan ini. Kata Pak Herman itu salah satu sebab mereka membina masjid di perhentian supaya suara azan sentiasa berkumandang di kawasan tersebut. Memang seram gak bila dengar cerita Pak Herman.

Salah satu plaza tol menuju ke Jakarta. Pak Herman cerita lagi, di Jakarta-Bandung, waktu siang yang menjaga tolnya ialah perempuan tetapi bila malam, orang lelaki yang jaga.

Di kaki langit, Jakarta menunggu kami. Sepanjang jalan ke Kota Jakarta, banyak rumah-rumah yang dibina rapat-rapat seperti dalam gambar. Semua orang mahu berada di bangunan dengan dengan kaki langit, pastinya. Sampai di Jakarta, kami dibawa melawat Taman Mini Indonesia Indah (TMII) tapi kami sekadar sightseeing menggunakan bas sahaja. Orang sangat ramai di TMII dan taman mini ni sangat luas. Nanti cerita.

Sampai di Jakarta, kami dibawa ke ITC Cempaka untuk last shopping hari itu. Di sana kami tidak membeli apa-apa. ITC Cempaka sangat luas dan menjual pelbagai barangan. Orang sangat ramai. Selepas ke ITC Cempaka, kami dibawa makan masakan Padang/Minang, my favourite. Nampak tak sambal ijo tu? Waduh...yang itu saja yang saya ulang ceduk. Hehehehe

Selepas makan kami dibawa ke hotel kami menginap di Jakarta, Hotel Gren Alia, Prapatan. Hotel muslim ini baru saja siap dibina tahun 2012. Hotel ni cuma 2 bintang ya tapi selesa.

Terbangun jam 5 pagi, pergi ke tingkap tangkap gambar bulan penuh ni. Kat sana matahari naik awal. Jam 6 pagi sudah terang.

Kami turun breakfast jam 6 pagi tapi dah cerah. Lepas breakfast naik balik ke bilik untuk mengemas beg. Sekejap je dah hari last. Hari last kami akan dibawa ke Masjid IStiqlal, Tugu Monas, dan Tanah Abang. Nanti saya cerita ye.

Hotel Gren Alia.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...