It's You!
Wednesday, July 8, 2015
Buntu
Saturday, June 27, 2015
Iftar
Salam,
Apabila AJK KKUUiTM Pulau Pinang berkumpul, tak dah kalau tak bergelak ketawa.
Jumaat yang baru lepas, kami berbuka bersama di Park Avenue, Sungai Petani. Ramai juga orang. Ada juga anak-anak tahfiz yang dijemput berbuka bersama tapi bukan anjuran KKUUITM tetapi mungkin memenuhi undangan pihak hotel. Ada juga solat terawih selepas berbuka tetapi kami tidak ikut serta. Bagus juga pihak hotel menyediakan surau untuk pelanggannya so sebelum makan tak ingat dunia, kami solat dulu. Alhamdulillah... Niat untuk berbuka bersama AJK lain untuk tahun ini telah terlaksana.
Makanannya? Ok je...ada pelbagai menu..kalau bawa saya yang tak makan banyak ni, rasa macam rugi la pulak tapi yang penting dapat berkumpul dengan kawan2.
Ok...itu je nak cerita..hehe...korang masak apa arini? Hari ni memenuhi ajakan Mr suami untuk berbuka puasa di luar bersama anak-anak dan adik ipar so jom la ^_^
Wednesday, June 24, 2015
Sayur Pokok
Salam,
"Mama...kakak nak mama masak sayur pokok, kakak nak makan"
"Baik Bos!"
"Nanti kalau dah masak, mama panggil kakak tau. Kakak nak bawa pi umah Tok"..
" Baik Bos!"
Dayana dan Dayani suka sayur pokok a.k.a. brokoli. Selain tu bunga kobis, sayur fucuk dan suhuun. Sayur lain, diorang tak minat. So, mama kena rajin beli brokoli dan bunga kubis, mesti ada stok.
^_^
Monday, June 22, 2015
Saya suka, korang?
Saya suka
Karipap Sardin
Saya suka
Popiah Goreng
Saya suka
Seri Muka
Saya suka
Roti Gulung Inti Sardin
Sekian, terima kasih
Tuesday, April 14, 2015
Makan makan makan
Time : Waktu rehat kerja shif petang
Partner in Crime : Riena, Mail & Boss C.Wan
Place : Magnifique Cakes
11, Ground Floor,
Jalan Perniagaan Perda barat,
14000 Bukit Mertajam
Penang.
Hahaha, saya jarang pos pasal makanan dalam blog
Tapi hari ni nak pos jugak
Sebab dah banyak hari dok teringat Spagetti Aglio Olio kat sini
Makan kat sini pun sebab member sekerja Riena ajak
Tapi berbaloi datang
Harga?
Masih dalam range yang boleh dengar tapi tak boleh la makan selalu
boleh menipis poket
Portion makanan mengenyangkan
Rasa, sedap
Servis, agak lambat tapi sebab kedai cantik, dimaafkan hahaha....
Sekian, review saya. ^_^
Tuesday, August 12, 2014
Tak Sihat
Sudah bertahun tak makan rambutan, semalam makan lima biji. Hari ni sakit tekak, mata dah panas, hidung dah tak berfungsi, kepala dah berat semacam. Yani di rumah pun dah start batuk. Dia kalau batuk, sampai kena ambil gas. Tapi malam tadi bagi ubat batuk dua kali, pagi ni takdela bunyi bila bernafas tapi Mr hubby akan bawa ke klinik pagi ni untuk langkah berjaga-jaga. Kalau mama pun tak sihat, teruk la sikit di rumah.
Thursday, July 3, 2014
Bazar Ramadhan
Sudah lima hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tak terasa sudah nak dekat seminggu kita berpuasa. Di kawasan perumahan saya, ada satu bazar Ramadhan. Saya dah dua kali mengunjunginya. Ramai yang berniaga, ada yang baru nak mula berniaga, ada juga yang sudah lama berniaga atau di bulan-bulan lain juga mereka berniaga.
Kawan saya kata, dia hanya akan pergi ke gerai yang dah tau kesedapan makanannya. Kalau nampak periuk belanga dan bekas makanannya tu berkilat semacam baru tu, dia tak pergi. Hahaha...lawak pulak saya dengar tapi itulah hakikatnya. Ada yang berniaga sekadar peniaga Ramadhan je. Kalau makanannya sedap, alhamdulillah tapi takut juga bila ada peniaga yang suka recycle bahan jualan. Oh..yang ni saya takut...bukan takut apa...takut keracunan makanan. Tapi saya pasti tak ramai yang begitu dan ramai yang betul-betul menjadi peniaga yang berhemah.
Makanan apa yang korang suka beli di bazar Ramadhan? Saya suka cari karipap. Hahaha...paling penting karipap sardin. Lain-lain, saya tak minat sangat. Kalau berhenti di gerai jualan, mesti tanya dulu, "karipap ni inti apa?". Kalau dia kata keledek, saya tak ambil..kalau ubi, saya ambil, kalau sardin, saya skeptikal sikit sebab selalu dapat karipap sardin yang bawang besarnya lebih banyak dari sardin. Huhuhu...Nak buat sendiri tu boleh, tapi kena tunggu hari minggu. Nak buat banyak pastu sejuk bekukan. Kalau rajin..hehehe...
Apa yang korang cari di bazar Ramadhan?
Nota kaki : Semalam teringin murtabak rendang. Beli sekeping, makan ramai-ramai. Sedap juga. Boleh beli lagi lain kali.
Monday, May 5, 2014
Kenduri & Gulai
Hari minggu yang baru lepas ni, Mr Hubby ajak kami semua menghadiri jemputan kenduri kahwin adik ipar kawan baiknya di belah pulau so hari Sabtu tu memang tak masak la. Makan di rumah kenduri.
Lepas tu, kami ke kedai uniform menukar seluar PBSM abang Danish yang tersalah saiz. Masalahnya bukan salah saiz. Saya dah bagi saiz yang betul tapi Mr Hubby silap masuk kedai. Selalunya beli kat kedai cap Guitar tapi hari tu Mr Hubby masuk kedai cap Racket. Macam-macam.
Hari Sabtu tu, jalan di pusat bandar Georgetown sangatlah sesak. Di mana-mana ada banyak kenderaan, membuatkan asyik tersangkut kat trafik jam je. Kepala pun dah naik pening dengan gelagat empat org budak yang tak boleh duduk diam. Agak-agak dah nak masuk jambatan, baru Yana dan Yani tidur. Itupun kena marah dulu baru nak tidur.
Di atas jambatan, kami menyaksikan satu fenomena yang sangat menarik. Ada angin puting beliung yang kecil sedang terbentuk berhampiran dengan Pulau Jerjak. Sayangnya tak dapat nak tangkap gambar sebab jambatan Pulau Pinang kan dipasang pagar tinggi so terlindung la pulak. Nampak pusaran angin di permukaan air laut dan di awan gelap ada puting beliung kecil. Huhu...takut tapi teruja.
Balik tu singgah rumah Penaga sebab Mr Hubby nak ambil beberapa laptop yang perlu diformat semula. Huhui..letih di jalanan je. Sempat lelap mata setengah jam. Malamnya keluar menghantar barang tempahan yang telah siap dan selepas itu singgah pasar malam. Konon nak masak gulai kepala ikan tapi dalam kepala asyik teringat kari ayam so beli bahan untuk kari ayam minus the ayam. Esoknya nak masak kari kepala ikan rempah semuanya silap. Sudahnya saya masak je kari kepala ikan versi kari ayam...sedap jugak hahaha. Itu je la kisah saya di hujung minggu.
Nota kaki : Minggu ni Abang Danish dan Abang Danial sedang menghadapi peperiksaan. Semoga dapat menjawap soalan dengan jayanya. Yang pasti, kalau cemerlang, ada habuan, kalau tidak, ada juga benda yang ditarik balik. Tepuk dada tanya hati.
Saturday, April 19, 2014
Tukang Dobi dengan Spageti
Salam,
Seharian duduk di rumah. Membasuh baju dan peralatan berkhemah Danish. Minggu lalu dia ada perkhemahan selama tiga hari di Teluk Air Tawar. Program kepimpinan sekolah. Kami benarkan dia pergi supaya dia merasa sendiri keseronokan berkhemah.
Balik hari Jumaat (semalam) badan agak panas. Nak demam la pulak. Lepas makan malam, suruh dia telan ubat demam. Dah banyak minggu dia nak makan spageti, favourite dia tapi tak dapat lagi nak tunaikan sebab bila nak buat, dah ada makanan lain so pagi tadi masak spageti untuk dia. Makan bertambah-tambah...
Kerja mama pun tak habis lagi. Kain dh kering, nak kena lipat pulak. Ni dah second round punya lipatan. Bila budak2 xde kat umah, laju sikit tangan bergerak sebab xberlawan dengan mulut membebel. Selamat berhujung minggu!
Tuesday, February 11, 2014
s.a.r.d.i.n
Tuesday, February 4, 2014
Makan Yum Yum
Lama dah nak update entry pasal HQ Headquarters Restaurant & Cafe di Kulim Avenue. Sebenarnya dah lama Mr Hubby ajak ke sana sebab tuan punya restoren adalah member sekerja dia. Nak jadikan cerita pula, rakan kongsi member tu ialah Chef di UiTM. Pi mai pi mai, tang tu jugak noo..hahaha..
Makanan memang sedap, kena la dengan tekak kami sekeluarga. Kalau orang lain, tak tahu la saya. Kadang tu, kita kata sedap, orang lain kata tak sedap pulak so bergantung kepada individu. Suasana kedai best, dan pekerjanya ramah. Serve pun cepat. Sebelum order sampai, kita akan dihidangkan dengan segelas teh bunga.
Ikut kata tuan punya restoren, waktu puncak ialah tengahari dan malam. Ramai yang suka buat gathering atau majlis kat restoren ni so kalau datang waktu-waktu tersebut mungkin la ramai orang.
Sekian saja, melaporkan. Mesti pelik kan kalau saya buat entry tentang makan. Hahahaha.
Layan la gambar..malas nak menaip dah.
Thursday, January 2, 2014
New Day New Year
Hari baru..tempat baru..
Masih pelik bila duduk tempat baru
Masih tidak.habis berkemas
31 Disember 2013...saya dan anak-anak bermalam di Hotel Palm Inn di Bagan untuk sambutan Sembang Ambang Tahun Baru bersama Ustaz Azhar Idrus. Saya hanya mengikut saja. MIL yang booking hotel tapi dia admit KPJ pula sebab pengsan di tempat kerja so saya bawa anak-anak bermalam di sana. Alhamdulillah...sambutan tahun baru bersama UAI amat mendapat sambutan. Penuh dataran dengan manusia. Rasanya cara sambutan seperti ini boleh diteruskan lagi di masa akan datang.
1 Januari 2014...balik dari hotel dijemput oleh MrHubby. Di hotel..hanya saya dan anak-anak serta Ibu saudara dan suaminya. Ada dua bilik kosong tu yang p tu. Kami singgah di rumah mengambil buku-buku Danish dan Danial dan singgah membeli beg sekolah. Kalau ikutkan..tengah tahun nanti baru beli beg tapi abah diorang nak belikan so saya ikut je. Si kembar berdua tu pun dapat beg. Punyala suka tak mau letak beg tu...dok galas sampai ke KPJ waktu tengok Tok Nani diorang.
Malam 1 Januari makan di Restoren Qasar Hydramawt di Bandar Perda. First time makan di restoren Arab sebegini nak order pun tak tau. Nasib baik pelayan yang ambil order tu budak melayu. Apa lagi kami tanya la mana yang sedap. Nak makan Nasi Mandy tapi dah habis la pulak so kami order Lamb Madghout, sebab semua orang nak makan kambing. Order 1 kg punya tapi memang sedap sungguh walaupun makan nasi dengan kambing saja. Harga dengan minuman untuk 5 orang RM70++. Lepas ni dah tau camna nak order, bolehlah datang lagi. Mai dengan member pun best ni...hehehe.
Okla...setakat ni dulu cerita saya. Salam Khamis semua!
Monday, December 16, 2013
Pemandangan ?
Hari Isnin, mood menulis blog pun ke laut. Dah lama saya tak buat entry gambar-gambar pemandangan yang cantik kan? Saya bukan jenis yang suka bergambar tapi suka berangan ambil gambar pemandangan yang cantik, macam Wak Gelas. Hehehe...kamera di rumah tu dah lama jadi tukun, teringin nak berhenti kat sawah padi dekat ngan umah...nak try tangkap gambar sawah yang menghijau, setiap kali lalu mesti teringat tapi setakat tu je la.
Hari ni, saya takdelah nak bubuh gambar pemandangan cantik tapi nak tempek gambar "pemandangan" di atas meja makan. Gambar random je..semua tu hasil duduk di rumah hujung minggu. Kalau nak wat yang sedap atau lain dari yang lain, kena tunggu semua orang bercuti baru berbaloi sebab sekarang ni tak ramai yang pemakan di rumah. Pemakan semua dah diet termasuk saya..hehe (dietlah sangat Rafidah oiiii)
Thursday, December 12, 2013
Memories With Love
Tetiba hari ni teringat pulut serunding. Sebenarnya, pulut serunding tu kegemaran arwah abah. Dulu masa kecil, mak dan arwah abah suka wat pulut serunding. Saya pula memang suka sangat dengan serunding buatan mak. Kalau mak buat, mesti pedas sebab dia tau anak-anak semua suka yang pedas. Tugas saya, mestilah membentuk pulut menjadi bulat dan tolong golek pulut dalam serunding. Aduhai sedapnya.
Lagi satu, arwah abah suka buat ubi kayu masak kari. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang ditumbuk lumat, lepas tu masukkan rempah kari dan masak sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan gula dan garam dan ubi kayu yang dipotong jejari. Buh air setakat untuk bagi ubi empuk pastu masak sampai kering. Sedapnya...
Arwah abah memang suka memasak. Saya ingat, kalau mak kerja atau ada kerja nak buat, arwah abah yang masuk dapur memasak. Saya dan adik-adik mestilah kena tolong di dapur. Mungkin sebab tu, kami adik-beradik pandai memasak sejak kecil tapi setakat untuk makan sendiri je la.
Tetiba rindu kat arwah abah. Walaupun garang, tapi dia selalu buat yang terbaik untuk kami walaupun serba kekurangan.
Thursday, November 21, 2013
Macam Sedap Je..Macam Best Je..Macam Senang Je...
Awal pagi tetiba teringin nak baca Majalah Pilihan Rektor pulak. Kat library, ada satu sudut yang menempatkan majalah-majalah pilihan Rektor Kampus untuk bacaan umum. Ada banyak majalah luar negara yang tuan rektor pilih. Kebanyakkannya adalah majalah-majalah berkisar tentang perkara yang beliau suka seperti fotografi, sains/angkasaraya, kesihatan, kejuruteraan.
Ambil satu majalah, Good Food dan jumpa resepi simple tapi nampak sedap ni. Nak la share ngan semua. Mana tau ada yang nak buat. Saya dah google 'chorizo' tu dan ianya ialah sosej yang dibuat daripada daging khinzir so kita boleh ganti dengan sosej yang halal dimakan ye. Saya suka cari resepi barat sebab resepi diorang simple je dan boleh disediakan dalam masa yang singkat tapi macam sedap..hehehe. Lepas tu, pandai-pandailah kita 'substitute' bahan yang kita tak boleh makan dengan apa yang boleh. Tak salah kan?
- Steam the potatoes for 15-20 mins or until cooked.
- Heat 1 tbsp oil in a non-stick pan. Add the onions and peppers, then cook for about 10 mins until soft. Push the peppers to the side of the pan and add the sausages, sizzling until cooked though and releasing its oils. Transfer to a plate.
- Once cool enough, halve the potatoes. Heat 1 tbsp oil in another non-stick pan and tip in the spuds. Fry for about 10 mins until golden and beginning to crisp. Stir in the onion mix, heat through and season.
- Meanwhile, in the onion pan, fry the eggs to your liking. Place them on top of everything, allowing 1 egg per person.
Friday, November 8, 2013
Day 2 - Lawatan Akademik Library to UTHM Johor
Punyalah lama...skang baru sempat nak update pasal lawatan Akademik Library UiTM pada 22hb hingga 24hb Oktober yang lalu. Malas nak cerita panjang so saya buat entri bergambar je la ye.
Kami sampai di Parit Raja lebih kurang jam 10 malam lebih. Sampai je terus check in di D'Impian Inn dan merehatkan diri. Esok, jam 9.00 pagi kami perlu berada di UTHM untuk program lawatan.
Nota kaki : Untuk gambar yang lebih banyak, meh la singgah ke Facebook library kami di https://www.facebook.com/perpustakaanuitmpenang
Tuesday, November 5, 2013
Awal Muharam
Cuti awal muharam...duduk di rumah...mengemas rumah, memasak untuk family. Dah lama saya tak memasak selengkap ini...bukan tak mahu masak, tetapi bila dah bekerja, semuanya nak ekspres..semua nak cepat so biasanya hari bekerja kalau masak pun mesti masak makanan yang mudah macam nasi goreng atau lain-lain yang ada "goreng" belakangnya atau lagi ekspres beli kat kedai. Saya respek ibu bekerja yang mampu memasak setiap hari. Rasanya...saya pun boleh....kan?
Tahun baru, apa azam baru kita? Pastinya kita mahu jadi yang lebih baik daripada kita sebelumnya. Saya juga begitu tapi azam saya tahun baru ni nak memperbaiki hubungan saya sesama insan dan dengan Allah semestinya. Satu je azam tapi insya Allah sekiranya tercapai, hidup saya akan lebih bahagia, lebih gembira dan lebih tenang. Bila hati tenang, segala perbuatan kita samada untuk bekerja atau berhibur akan lebih diredhai.
Apa azam tahun baru kalian? Semoga apa sahaja yang kita minta, memberi kebaikan sehingga tahun hadapan. Tinggalkan korang dengan hidangan tengahari kami...selamat bercuti dan menjamu selera. ...hehe
Nota kaki; Jangan jadikan kesalahan yang sekelumit menutupi kebaikan yang menggunung. Jangan jadikan kebaikan yang pernah kita lakukan sebagai tiket melakukan keburukan.
Friday, October 18, 2013
Pinggan Saya
Salam,
Nak tunjuk pinggan makan je? Heehehe....nak tunjuk pinggan makan saya kenduri korban semalam. Lauk yang diorang masak ialah sup tulang, daging masak apa ntah..nak kata kicap bukan..nak kata masak hitam pun xjugak, jelatah timun dan oren.
Simple je tapi dengar kata ajk..periuk semua clear. Sup tu memang sedap. Berpeluh menghirup sup dan mengikis daging dari tulang tapi saya tak amik banyak pun. Sekadar cukup saja...kata nak diet..huhuhu....
tu je nak cerita. Nak berblogwalking dulu. Salam jumaat semua!
Thursday, August 29, 2013
The Day
Semalam sibuk menghubungi pihak hotel untuk tempahan bilik Program IMD (Ilmu Mengubah Destini) di Balik Pulau minggu depan. Dah macam receptionist plak asyik call orang je. Nanti saya cerita pasal kesinambungan program IMD Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam ni ya.
Lepas tu petangnya pula dah ada mesyuarat Hari Mesra Pelanggan pula. Memang terkejar-kejar sikit la. Minggu depan ramai juga yang terlibat dengan Program IMD di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau. Minggu depan juga sibuk siapkan segala persiapan untuk Hari Mesra Pelanggan yang akan berlangsug 10 - 12 September. Library sangat sibuk bulan Ogos dan September.
Hari ni nak tempek gambar jamuan raya je. Hehehe...
























.jpg)



















