It's You!
Monday, March 3, 2014
Red Riding Hood & Mr Wolf
Pagi ni mr wolf & red riding hood keluar berjalan2 di dalam hutan. Semalam, masing2 terasa hati dan mr wolf kata jangan jumpa dia sebab dia takut dia akan marah red riding hood dan buat sesuatu yang akan dikesali nanti.
"Org minta maaf" kata red riding hood. Dalam hati mr wolf, 'berapa banyak kali maaf daaa? nanti buat lagi'
Red Riding Hood buat muka comel. Mesti mr wolf kesian kalau dia buat muka comel...tp mr wolf kata dalam hati..dia takmo layan drama red riding hood..biarkan..
"kalau tak maafkan orang, takpela" kata red riding hood. mulutnya dah muncung.
mr wolf naik geram. 'patutnya aku yang merajuk...ni asyik dia je merajuk...sekeh kang...geramnya!!!' tapi dalam geram tu, mr wolf jadi lembut hati tengok red riding hood. diakan sayang red riding hood...walau macamana degil pun dia.
"meh sini budak manja...nak sekeh!" kata mr wolf sambil tarik red riding hood dalam pelukannya dan sekeh kepala red riding hood.
"adui...sakitla" balas red riding hood tapi dia tetap peluk mr wolf sebab dia sayang sangat mr wolf dia ni...walaupun macam2 jadi antara mereka..
"i love you"
"i love you more"
"i love u more...more..more"
dan mereka start gaduh lagi...
Nota kaki: Mood menulis cerpen plak..
Sunday, March 2, 2014
Red Riding Hood & Mr Wolf - Episod Buku
Hari ni red riding hood sangat sibuk. Semalam..dia tidur jam 12. Letak kepala terus lena walaupun sebelum tu dia berkeras tak mau tido. Suka paksa diri. Macamana la Mr Wolf tak hangin satu badan.
Kadang-kadang Mr Wolf hairan dengan sikap Red Riding Hood. Nak kata dia tak faham, kadang tu nampak dia faham sangat bila ditegur tapi kerap pulak dia buat hal walaupun dah ditegur berulang kali. Alasannya...mesti lupa. Apa yang dia ingat pun tak tau. Lupa..lupa..lupa...nyanyuk ke apa?
Red Riding Hood pulak sebenarnya bukanlah lupa atau saja-saja lupa. Kadang-kadang dia tak pasti Mr Wolf cakap tu merujuk kepada perkara yang mana satu...dia jadi confius..tu sebab dia kata lupa. Tapi kadang-kadang tu..memang dia lupa betul. Hai....macam-macam.
"Arini boleh teman orang tak?" tanya Red Riding Hood sambil kelip mata laju-laju.
"Nak pi mana?" tanya Mr Wolf. Kalau boleh, dia akan tunaikan apa saja permintaan Red Riding Hood kesayangannya.
"Orang nak beli novel"
"Ok..orang belanja k?"
"Hish...tak payah la..."
"Hmm...tak sudi la tu. Takpela...orang tak sudi...nak buat macamana"
"Bukan tak sudi la"
"Abis tu?"
"Hish...seganlah...asyik belikan kat orang je"
"Orang suka tengok dia baca novel so orang nak belikan"
"Hmmm...ok..tapi...dapat bunga tak?"
Mr Wolf buat muka. Ceh...dh bagi betis nak peha pulak. Dah nak belanja novel, nak.minta bunga pulak. Apa kes perempuan dan bunga???
Tuesday, July 23, 2013
Projek Kami
Dah petang baru boleh buat entri baru. Cik Kak Pau Kacang tu bukan sebab dia suka makan pau kacang tapi sebab pipi dia tu dah macam kuih pau. Bila saya panggil dia Puteri Pau Kacang dia akan senyum-senyum je. Tapi jarang la panggil...karang melekat jadi nama panggilan pulak. Penat je bubuh nama panjang cantik-cantik...hehehe..
Hari ni sibuk dengan dekorasi raya. Banyak lagi nak buat. Setahun sekali kami buka bengkel kesenian kami. Waktu ni la mengecat, menukang, menampal, menjahit dan macam-macam la "me" kami buat.
Tadi dah siap wallboard dedikasi raya kami untuk pelajar-pelajar meluahkan rasa dan memberikan ucapan kepada rakan-rakan. Simple je tapi penuh gelak tawa waktu nak menyiapkannya. Lepas ni nak siapkan rumah kampung kami tu. By this week kena siap sebab nanti bila student dah balik kampung, tak ada maknanya la pulak. Hehehe...
Oklah...esok kita cerita lain ya..
Monday, July 1, 2013
Belajar Memasak
Hujung minggu adalah hari memasak buat kaum ibu yang bekerja. Sejak ada Mummy Yon dan mak, saya mengaku saya jarang masuk dapur. Sebab diorang memang rajin memasak. Hari bekerja memang mereka yang memasak. Saya jenis sangat simple...kalau diorang tak masak, baru lah saya masak, itupun lauk simple je, sesuai la dengan waktu yang ada.
Mummy pun memang suka memasak. Bila nak dapat bakal suami orang Jawa ni, dia rajin berguru dengan mak saya, masakan orang Jawa. Sekarang dia dah pandai buat asam pedas mabeles, lontong, sambal goreng, dan lain-lain.
Sekejap lagi mak dah balik Johor dan Mummy lepas kahwin akan mengikut suami so saya pun belajar masak makanan yang selalu Mummy masak pulak. Hari Ahad, saya, Mr Hubby dan Mummy Yon pergi ke Pekan Hari Penaga. Tak tau nak masak apa sebab laksa semalam pun masih banyak. Kuah laksa ni makan dipanaskan, makin pekat dan sedap (tapi saya tak makan). Mr Hubby nak kepala ikan Nyok-nyok. Saya tak tau pulak orang luar Penang panggil apa. Dia nak suruh wat kari kepala ikan mamak style. Mummy yang masak so saya pun turun ke dapur tolong dan belajar.
Senang je rupanya. Yang ni style Mummy ye. Saya berikan resepi di sini. Untuk rujukan saya juga sebab takut terlupa karang, boleh la tengok blog...hehe...
Monday, June 17, 2013
Ayam Oh Ayam
Dah hampir sebulan projek ayam BIL ngan Mr Hubby berjalan. Saya jarang-jarang tengok pun. Diorang je yang rajin. BIL memang rajin membersihkan reban, bagi makan dan minum dan buat macam-macam kat kawasan reban. Baru-baru ni dia pasang lampu menuju ke reban. Dia kata biar cerah kalau malam-malam nak check ayam.
Hari Jumaat lepas balik kerja saya pun jenguk la reban ayam tu. Wah...tak sangka dah besar ayam-ayam mereka. Kalau ikut kata nyonya kedai ayam tu, dalam 3 bulan lebih dah boleh sembelih. Mr Hubby kata, bila dah cukup umur nanti, dia akan bagi sorang sekor kat jiran terdekat sebab dia risau bila dah membela ayam ni, ada bau busuk ke, lalat ke masuk umah diorang. Tapi setakat ni, alhamdulillah takde yang mengadu sebab reban pun letaknya jauh dari rumah dan BIL n Mr Hubby maintain kebersihan reban.
Najis ayam tu, diorang buat baja pokok-pokok cili yang baru ditanam so tak la terbuang begitu saja. Saya ni nak bercucuk tanam tapi belum kesampaian lagi. Kena kuat semangat nak ke kebun ni. Hehehe....
Friday, May 17, 2013
Kisah Hero-hero
Tuesday, May 14, 2013
Tutorial Makes Perfect!
Entry hari ni semua tentang apa yang saya belajar ketika berkursus ya...pagi tadi kami belajar mengedit gambar HDR @ High Dynamic Range yang memerlukan kita menggunakan teknik gabungan tiga @ lebih imej yang sama tetapi mempunyai "exposure" yang berbeza. Hari ni cikgu kami ajar edit guna CS3 Extended je takdelah guna aplikasi Photomatix Pro 4.0 atau sewaktu dengannya.
Yang ni hasil yang saya edit.
Saya Budak Baru Belajar
Hasil berkursus semalam dan hari ni. Yang ni masih basic, hehehe. nanti ada banyak lagi nak belajar. Sangat menyeronokkan!
Monday, May 13, 2013
Penternak
Kan saya ada cerita nak tolong Mr Hubby siapkan reban ayam minggu lepas. Sebenarnya idea nak membela ayam tu tercetus apabila kami berbincang-bincang untuk mengusahakan sedikit tanah di seberang jalan rumah tu. Kami beruntung sebab rumah kami tidak mengadap rumah lain. Untungnya sebab adalah tanah untuk bercucuk tanam, kurang untung sebab bilangan jiran jadi kurang la sikit.
Sebelum ni, Pak Teh sebelah rumah (bapa saudara Mr Hubby) sudah mula menanam pokok kelapa, nangka, cempedak, pisang, jambu air dan mempelam. Selain itu, ada juga pokok pandan dan serai. Dulu kami tanam pokok cili dan kacang botol tapi oleh kerana tanah di situ jenis berbatu (mungkin kontraktor dulu dok buang batu-batu dan sisa pembinaan di situ) so tanaman seperti itu mudah mati. Tapi alhamdulillah, dah dapat juga merasa hasilnya.
BIL dan Mr Hubby plan nak membela ayam so mereka berdua la yang beli barang untuk buat reban ayam. Reban mereka tu reban upgrade sikit, diorang kata ini adalah satu lagi projek mega Barisan Nasional. Ntah apa-apa ntah.
Dah siap, dah ada 30 ekor anak ayam di dalamnya. Insya Allah selepas 3-4 bulan, kami dapat lah makan ayam sendiri. Lepas ni nak cuba tanam cili, tomato dan bendi pulak. Mungkin kena beli tanah hitam untuk topup tanah yang keras tu. Harap-harap menjadilah hendaknya. Hehehe
Tuesday, January 22, 2013
Birthday Theme
Saturday, October 20, 2012
Felt Craft is My Love
Hujung minggu selain daripada merehatkan diri di rumah dan bersantai dengan anak-anak adalah masa untuk saya perah otak sikit-sikit.
Biasanya benda yang saya fikir adalah benda-benda ringan je. Tak kuasa nak fikir benda-benda yang berat. Kadang-kadang tengok ada orang tu bila tengok berita kat televisyen pun ble marah-marah. Orang ni tak betul la, orang ni salah la, itu la ini la...sakit telinga dengar. Kan boleh just dengar berita, absorb the infos dan buat analisa sendiri dalam kepala. Tak suka bising2 la..itu cara saya la...
Saya tengah nak siapkan projek Felt Craft saya. Nak buat item baru untuk jualan secara suka-suka. Maksud suka-suka saya ialah kawan-kawan tempah dan saya buat ikut kemampuan saya dengan hati yang tenang je. Boleh gitu? Lagipun saya buat craft ni di waktu terluang saya iaitu lepas waktu kerja sebelum ambil Danish dari sekolah dan waktu rehat tengahari atau waktu pagi sebelum jam 8 pagi. (Saya selalu datang awal ke pejabat ^_^)
Ingat nak buat Car Charm dan bantal hiasan dalam kereta tu. Bantal tu tak start lagi tapi car charm tu saya dah mula buat. Nak cari lagi banyak idea untuk perbaiki skil berkraf saya. Hehe..
Jomlah ke Jari untuk tengok hasil kraf saya yang tak seberapa. Hehe..kalau ada komen membina, sila-silalah komen ya.
Happy holidays!
Friday, October 19, 2012
Saya Budak Baru Belajar
Hari Jumaat ni kalau belajar benda baru mesti berkat kan?
Hari ni saya berkampung kat blog Sis Bui
Belajar buat tutorial
Antara yang saya dah buat sejak tadi ialah Tutorial Centerkan Sidebar Title
Nampak tak sidebar saya dah jadi centre? hehe
Lepas tu buat tutorial ni pulak Tutorial Blockquote
Nampak tak kat entry sebelum ni saya ada bubuh Blockquote?
Sebelum ni, tak tau pun apa blockquote tapi lepas berguru di blog Sis Bui, baru la saya tau
Nak cuba tutorial lain pulak la...
Rasa seronok pulak
Nak bagi blog saya cantik so bila korang masuk rasa syok je..hehe buleh gitu
Try la...
Nota kaki : Lepas ni nak try tukar template pulak. Kalau jadi, saya bagitau. Nota kaki ni pun saya blockquotekan...kehkeh
Friday, May 28, 2010
Cerita Bawah Sink Pulak
Salam,
Apa yang korang simpan di bawah sinki? Kalau kat umah aku bawah sinki tu ada ruang yang sangat luas. So, aku bubuh periuk belanga di situ. Oleh sebab kabinet baru tu ada pintu, so terlindunglah segala periuk2ku dari pandangan mata orang.
Selain dari itu, ada satu ruang aku simpan segala bahan2 pencuci. Sebab ia jauh tersorok daripada pandangan dan capaian anak2 aku so aku kira selamatlah.
Dalam majalah yang aku baca ni, dia tunjukkan beberapa tips untuk "declutter" bawah sink kita. Paling mudah dengan menggunakan beberapa bekas plastik untuk menyimpan peralatan mencuci dan bahan2 pencuci atau apa2 saja yang korang nak simpan di bawah sinki tu. Tujuan menggunakan bekas plastik kerana di bawah sink mungkin keadaannya lembab so taklah berkarat.
Oleh itu, rajin-rajinlah mengemas bawah sink rumah kita. Kalau kemas kan seronok kita tengok. Nak cari barang pun senang.
Note : Tak suka orang yang dah amik barang tapi tak reti nak simpan balik di tempatnya. Boleh buat aku "bebai" seharian.
Friday, May 21, 2010
Gigihnya aku
Setelah berperang ngan code html, aku berjaya menukar background yg aku photoshop sejak kol 12.30 tadi..
Tu je nak bagitau
Hahaha
Wednesday, April 7, 2010
Header & Boarder

sebelum, perasan tak line boarder tu? Header aku tak masuk petak boarder

Lepas edit html, boarder tu hilang le...
Salam & selamat pagi
Berbalik pasal header yang aku wat sendiri tu, Pn asHa tanya yang mana satu..so aku bagi gambar perbezaan sebelum dan selepasnya supaya asha tau yang mana aku maksudkan, hehe.
Tapi jangan tanya aku macamana kalau kita nak boarder tu ada n kita punya header yg zass tu nak cantik terletak kat dalamnya...yang itu aku tak try lagi...japg aku try hokeyy...
Nak wat keje dulu...bubbaiii
Tuesday, April 6, 2010
Aku pandai (ayat takble blah..sila abai kalau takmo tau)
Hari ni aku telah belajar satu benda baru selepas dikomen oleh En Ben. Nak tau tak apa dia? Aku telah berjaya menghilangkan boarder wrapper kat header tu..muahaha...Aku bab tanya orang ni memang malas sket walaupun orang kata malu bertanya sesat jalan. Tapi prinsip aku, kalau tak try dulu janganlah tanya. Bukan bodoh sombong ek..tapi saja nak cuba dulu, kalau berjaya, wah..kan ke bangga cam aku nih? Ngeee...

Puas dah aku belek sana sini. Last-last aku g kat layout n try edit html. Pastu aku ubah boarder tu dari 1px ke 0px (macam dalam gambar yg aku bulat tu. Aku trylah save and view..tak sangka plak jadi. So lepas dah edit html tu, ble la aku buh header aku sendiri. (sesapa yang dah memang dari dulu tau tu, abaikan je la apa yang aku cakap ni ek...buat2 tak taula pastu korang cakaplah kat diri sendiri..."ooohhh..macam tu rupanya..bagus tol Kniedaz ni..tunjuk kat aku" muahahaha)
K..la..nak blogwalking nih...












